WADAH PELANCAR EDISI JUN 2021

12 COOPCARE

JUN 2021

Bersama Masyarakat

ASNAF, GOLONGAN SUSAH TIDAK DILUPAKAN... ANGKASA telah menyumbangkan 10 beg barangan keperluan harian kepada Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (Insaf Malaysia) untuk membantu keluarga asnaf dan individu yang kurang bernasib baik pada 5 Mei 2021. Sumbangan itu disampaikan Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah kepada presidennya, Encik Ishak Abdul Kadir di Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Insaf Malaysia ditubuhkan untuk membantu mengedarkan keperluan asas kepada rumah anak yatim, badan amal dan individu serta keluarga asnaf di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Pusat pengumpulan dan pengedaran Insaf Malaysia terletak di Setiawangsa dan Seputeh. Hadir sama, Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Nasir Ramli; Ahli Jawatankuasa Insaf Malaysia, Encik Mustafa dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

BA100 UNTUK ASNAF RAMUAN CHINA BESAR... ANGKASA menerusi Program CSR COOPCARE PRIHATIN COVID-19 menyampaikan sumbangan barangan keperluan melalui projek Barangan Asas 100 (BA100) kepada asnaf kariah Masjid Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka pada 8 Mei 2021. Sebanyak 50 beg barangan keperluan harian disampaikan Timbalan Presiden ANGKASA me­ rangkap Anggota Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail kepada 50 orang asnaf bertempat di Masjid Al- Muhtadi Ramuan China Besar. Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, ANGKASA menerusi program CSR Coopcare akan terus berperanan membantu membangunkan ekonomi serta menaikkan taraf hidup

masyarakat terutama ketika berdepan pandemik COVID-19. “Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini banyak memberi kesan secara langsung terhadap kestabilan ekonomi koperasi dan masyarakat. “Kita akan teruskan usaha membantu masyarakat khususnya dalam kalangan anggota koperasi yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan ia sedikit sebanyak memberi makna yang sebenar tentang pengamalan prinsip dan nilai-nilai koperasi kepada anggota serta masyarakat,” ujar beliau. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka, Haji Ab. Rahim Md. Tawel dan Imam 1 Masjid Al-Muhtadi Ramuan China Besar, Encik Abdul Rahim Abd Jalal.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease