13 COOPCARE
JUN 2021
Bersama Masyarakat
PROGRAM CSR DI KUALA NERUS... Sebanyak 70 pek barangan asas (BA100) menerusi Program CSR COOPCARE ANGKASA disumbangkan kepada anggota Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad di pekarangan pejabat ANGKASA Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu, pada 8 Mei 2021. Sumbangan berkenaan diserahkan kepada lima wakil penerima daripada tiga koperasi iaitu Koperasi Pertis Terengganu Berhad, Koperasi Peka Terengganu Berhad dan Koperasi Gerak Wawasan Terengganu Berhad. Sumbangan ini adalah bertujuan meringankan beban golongan berkenaan di samping persiapan menyambut Aidilfitri. Dalam majlis yang sama, ANGKASA Negeri Terengganu menyampaikan sumbangan sebuah mesin taip Braille ( Brailler ) bernilai RM4,520 kepada Pengerusi Koperasi Pertis Terengganu Berhad, Encik Fauzi Mansor bagi kemudahan anggota koperasi yang cacat penglihatan. Ia disampaikan oleh Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed Yusoff. Turut hadir, Pengerusi Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad, Haji Ismail Muda; Setiausaha Koperasi Peka Terengganu Berhad, Ustaz Saifulah Yuslizam Yakar dan barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Terengganu.
ANGGOTA 26 KOPERASI, 14 NGO TERIMA BA100... Program CSR COOPCARE PRIHATIN COVID-19 turut melibatkan sumbangan Barangan Asas 100 (BA100) kepada anggota koperasi dan orang ramai di pekarangan Bangunan Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak Berhad (SKOMK), Teluk Intan, Perak pada 10 Mei 2021. Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, pada tahun ini usaha menyantuni masyarakat kepada yang benar-benar memerlukan di Teluk Intan telah digandakan kepada wakil 26 koperasi dan 14 pertubuhan NGO. Menariknya, selain daripada ANGKASA, sebahagian daripada pek BA100 itu turut melibatkan sumbangan individu, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 400 pek termasuk buah kurma. Dato’ Abdul Rahman turut menyatakan harapan beliau agar sumbangan tersebut dapat memberi gambaran lebih positif dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan berkoperasi sekali gus menggalakkan penyertaan lebih ramai sebagai anggota. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri dan barisan Anggota JPAN Perak serta Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Hilir Perak, Muhammad Fitry Hamizan Hamzah.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease