WADAH PELANCAR EDISI JUN 2021

14 RENCANA

JUN 2021

COVID -19: Rangka Strategi Baharu Koperasi yang Berkesan

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ K ajian Kesan Wabak COVID-19 terhadap perniagaan koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan kaji selidik usahawan pasca COVID-19 Kemen- terian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) pada Dis- ember 2020 mendapati prestasi koperasi merosot 32 peratus me- nyebabkan penguncupan penda- patan sehingga 33.9 peratus. Situasi ini dilihat membimbang- kan kerana kesan Perintah Kawa- lan Pergerakan (PKP) yang dilak- sanakan kerajaan menyebabkan hanya 39 peratus koperasi berope­ rasi manakala 17 peratus pernia- gaan koperasi telah terhenti. Ini tidak termasuk lebih 42 peratus koperasi yang mengalami masalah kecairan tunai berikutan kekurangan modal pusingan untuk meneruskan kelangsungan pernia- gaan masing-masing. Tahun 2020 menyaksikan sek- tor keusahawanan memberi sum- bangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 38 peratus. Dianggarkan kira-kira 30 peratus daripada 14,668 koperasi seluruh

negara dikesan tidak aktif beri- kutan impak pandemik COVID-19 dan sehingga kini, pelbagai usaha dilakukan SKM untuk membantu koperasi terbabit termasuk inisiatif mengubah pelan perniagaan. Koperasi yang terkesan pan- demik COVID-19 perlu mencari inisiatif baharu serta mengubah strategi perniagaan masing-masing mengikut situasi ekonomi negara bagi mengurangkan impaknya. Dalam mendepani cabaran krisis kesihatan dunia ini, koperasi perlu memikirkan strategi yang sesuai dan berkesan supaya dapat me- nampung kembali kerugian sewak- tu mendepani wabak ini seperti memilih dan meneroka industri ba- haru yang diyakini tidak terkesan oleh pandemik ini. Usaha mengadakan rundingan, nasihat dan bimbingan untuk me- mastikan koperasi kembali aktif memerlukan sokongan pelbagai pihak termasuk komitmen tinggi kalangan anggota koperasi. MEDAC di bawah kepimpinan Menterinya, Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyaran- kan supaya setiap koperasi mem- pelbagaikan aktiviti perniagaan sekali gus menghakis stigma ter- hadap sektor tersebut yang sering dikaitkan dengan aktiviti pinjaman kredit semata-mata.

Kementerian itu juga mengambil inisiatif menerusi Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bagi me- mastikan momentum perniagaan koperasi kembali stabil. Cara berniaga dalam suasana norma baharu memerlukan kope- rasi menerapkan penggunaan teknologi dalam sistem perniagaan bagi memudahkan kerja seharian tanpa memutuskan rantaian per- niagaan yang sedia ada terjalin. Pasaran e-dagang tempatan di- jangka berkembang pesat untuk beberapa tahun akan datang dan ia berupaya menarik sektor kope- rasi turut sama memajukan pernia- gaan mereka. Peralihan trend pengguna yang mendorong perniagaan meneroka strategi baharu berinteraksi den- gan pengguna dan memudahkan proses urusniaga sekali gus men- yerlahkan potensi e-dagang. Menurut statistik Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor e-dagang negara menyum- bang RM127 bilion daripada ke­ seluruhan KDNK pada tahun 2020 sekali gus menunjukkan trend peningkatan dari segi prestasinya berbanding 2015 yang mencatatkan RM89 bilion. Naib Presiden ANGKASA me- rangkap Pengerusi Jawatankuasa

DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA

Perkhidmatan Kewangan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa berkata, sektor koperasi perlu berani meneroka bidang industri baharu termasuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan serta menyer- tai entiti dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Menurutnya, gerakan koperasi mampu membawa transformasi dan perubahan menyeluruh ke- pada persekitaran ekonomi me- mandangkan 14,668 koperasi telah

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease