WADAH PELANCAR EDISI JUN 2021

16 KOPERASI

JUN 2021

Ketidakupayaan Fizikal Bukan Penghalang Koperasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad

Oleh NADIAH KAMARUDIN K etidakupayaan penglihatan bu- kan penghalang! Itulah kekuatan dan kesepaduan tekad warga Koperasi SM Pendidikan Khas (SMPK) Setapak Kuala Lumpur Berhad dalam mem- perkasakan koperasi mela- lui pelbagai aktiviti ekonomi antaranya perkhidmatan, per- tanian dan perikanan. Bermula pada 2005, Kope- rasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad kini me­ nguruskan sebuah kafeteria, kedai koperasi menjual pelba- gai barangan keperluan asas, kebun koperasi di mana lebih 10 jenis sayuran ditanam, ta- man terapeutik dan kolam ikan keli di samping menye- diakan perkhidmatan reflek - sologi. Bercakap kepada PELANCAR baru-baru ini, Pengerusi Koperasi yang juga Pengetua SMPK Setapak, Puan Zaidah Mahadi berkata, beliau dan tenaga pengajar yang lain akan sentiasa berusaha me- nanam sifat-sifat keusahawa- nan dalam diri murid supaya dapat dipraktikkan demi ke- baikan masa depan masing- masing. "Walaupun terdapat se- bilangan murid-murid di se- kolah ini tidak menduduki Si- jil Pelajaran Malaysia, namun mereka tetap diberi tunjuk ajar mengenai perakaunan dan pengurusan kewangan dengan harapan dapat di- manfaatkan apabila tamat persekolahan," ujar beliau. Tambah Puan Zaidah, koperasi ini memberi pe- luang kepada murid ketidak- upayaan pelbagai (KUP) un- tuk mendapat upah melalui

penghasilan gelang tangan, tasbih dan penyambung pelitup muka yang kemudian dijual oleh pihak koperasi. Mereka juga diberi keper- cayaan memberi rawatan ref- leksologi kepada pelanggan setelah melalui latihan khas. “Kami mahu menunjukkan kepada murid-murid ini ba- hawa mereka boleh berdikari mencari rezeki bagi menyara kehidupan sendiri suatu hari nanti,” kata beliau. Menurut Puan Zaidah, koperasi ini dalam peranca­ ngan menaik taraf kafeteria supaya terdapat ruangan khas untuk tempat latihan in- dustri bagi murid-murid kate- gori murid berkeperluan khas (MBK) penglihatan mengem- bangkan kemahiran mema- sak mereka dan mempela- jari ilmu perniagaan. Ruang dalam kafeteria juga adalah selamat bagi guru dan mu- rid yang berkeperluan khas penglihatan untuk bergerak. Jelasnya, selain mempel- bagaikan perniagaan, Kope- rasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad menjaga ke- bajikan anggotanya melalui hot plate , iaitu program mem- bantu murid yang kurang berkemampuan menerima makanan seimbang dan berkhasiat pada waktu rehat. “Impian besar warga Kope- rasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad adalah mem- buka sebuah kafe diberi nama 'Cafe Matahati' dengan segala aktiviti iaitu bermula dari menyiapkan pesanan ma- kanan sehinggalah mengu- ruskan akaun dilakukan oleh murid MBK penglihatan kami sendiri,” katanya. Koperasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad SMK Pendidikan Khas Setapak, Jalan Genting Kelang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur. Telefon: 03-4142 2693 / 03-4149 3701 E-mel: wea0211@moe.edu.my Facebook: @ smkpksetapak (SMK Pendidikan Khas Setapak)

Temu bual secara dalam talian antara PELANCAR dengan Puan Zaidah Mahadi pada 5 Mei 2021.

Kebun Koperasi SMPK Setapak Kuala Lumpur Berhad.

Koperasi menyediakan sebuah ruangan khas untuk murid-murid menjamu selera.

Kedai koperasi menjual pelbagai barangan keperluan asas.

Bilik refleksologi di mana murid-murid mempelajari dan melatih kemahiran mengurut.

Coop Cafe yang diuruskan oleh koperasi menjadi tempat untuk tenaga pengajar menjamu selera pada waktu rehat.

Koperasi SMPK Setapak Berhad turut menjual ikan keli salai secara dalam talian.

Murid ketidakupayaan pelbagai (KUP) membuat gelang tasbih iaitu antara produk yang dijual oleh pihak koperasi.

Penyambung pelitup muka, gelang tangan dan tasbih manik antara produk yang dihasilkan oleh pelajar KUP.

Taman terapeutik di mana pelbagai jenis herba ditanam.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease