WADAH PELANCAR EDISI JUN 2021

17 KOPERASI

JUN 2021

Akok ‘Mek Aishah’ Lambang Kejayaan Koperasi Keluarga Koperasi Keluarga Mek Aishah Temerloh Berhad

Koperasi Keluarga Mek Aishah Temerloh Berhad mengekalkan kaedah tradisional untuk membakar kuih akok.

Dengan hanya RM6, pelanggan mendapat 10 biji kuih akok yang dibungkus kemas dan menyerap minyak.

Puan Nor Kasmani menunjukkan cara mengawal bara api supaya akok tidak hangus atau tidak masak seperti sepatutnya.

Oleh NADIAH KAMARUDIN B erbekalkan ilmu asas membuat kuih akok yang diperoleh dari- pada ibu ter- sayang, Puan Nor Kasmani Abd. Rahman mengambil alih perniagaan kuih tradisional tersebut yang dijalankan selama 14 ta- hun oleh ibunya sejak tahun 2017. Berbekal galakan daripada suami, beliau mengambil langkah berani menubuhkan Koperasi Keluarga Mek Aishah Temerloh Berhad pada tahun yang sama dengan menjadikan per- niagaan kuih akok sebagai produk dan sumber pendapatan utama koperasi. Galakan tersebut ter- nyata membawa kesan yang positif, bukan sahaja mem- bawa perubahan dinamik kepada perniagaan yang di- jalankan malah membuka peluang pekerjaan kepada ahli keluarga. Ketika ditanya PELANCAR apakah keistimewaan kuih akok ‘Mek Aishah’ sehingga- kan lokasi jualan sentiasa menjadi tempat persingga- han pengguna jalan raya dari Temerloh menuju ke Jeran- tut, Puan Nor Kasmani mem-

balas ringkas: “Kita kena teliti, telur tak boleh hanyir dan aroma pandan kena ada.” Menurutnya, menge­ kalkan cara tradisional membakar kuih akok ia­ itu dengan menggunakan kayu rambutan, kayu leban dan sabut kelapa memberi keunikan pada rasa kuih tersebut yang sering dinan- ti-nantikan oleh pelanggan setia. “Oleh kerana kami me- merlukan sehingga 50 guni kayu rambutan setiap bu- lan, kami amat bergantung pada orang kampung untuk membekalkan kayu terse- but. Ini sekali gus mem- bantu mereka menjana pendapatan,” ujar Puan Nor Kasmani. Sambutan amat meng- galakkan daripada pen- duduk setempat dan pen- gunjung dari negeri lain membolehkan koperasi ini mencatat nilai jualan kasar sehingga RM1,500 pada hu - jung minggu dan RM800 pada hari biasa. Tambah Puan Nor Kasmani, melalui kursus dan latihan yang diikuti memberi idea untuk men- cipta akok sejuk beku se- telah yakin bahawa produk ini mampu berkembang lebih jauh dan mencapai permintaan yang lebih ting-

Kuih akok sejuk beku keluaran Koperasi akok sejuk beku keluaran Koperasi Keluarga Mek Aishah Temerloh Berhad.

Puan Nor Kasmani (kiri) bersama pekerja-pekerja di kedai akok yang terdiri daripada dua orang ahli keluarganya dan seorang penduduk setempat.

Bahulu keluaran koperasi ini juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

gi. Sehingga kini, terdapat lebih 10 ejen termasuk dari Sabah yang mengedarkan produk baharu ini. Mengenai perancangan koperasi ini untuk masa depan, Puan Nor Kasmani memberitahu, pihaknya bercadang menambah cawangan khususnya di Temerloh, meluaskan lagi ruang kedai sedia ada dan mempelbagaikan lagi pena-

waran produk kepada pe­ langgan. “Apabila kami melihat pe­ langgan yang sejak mereka kecil hingga dewasa dan su- dah berkahwin pun masih lagi membeli kuih akok ‘Mek Aishah’, ini memberi suatu kepuasan dan gala- kan kepada kami untuk memajukan lagi perniagaan ini,” katanya.

Koperasi Keluarga Mek Aishah Temerloh Berhad Kedai Akok Bahulu, Km44 Jalan Temerloh- Jerantut, 28050 Kuala Krau Pahang Darul Makmur Telefon: 019-276 2572 Facebook: AKOK & Bahulu

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease