WADAH PELANCAR EDISI JUN 2021

18 KOPERASI

JUN 2021

Oleh NADIAH KAMARUDIN Agihan Seimbang Ekonomi Negara Peranan Koperasi Kariah Masjid Bantu Aspirasi Kerajaan

Dato’ Abdul Fattah Abdullah berucap merasmikan webinar `Koperasi Kariah Masjid dan Ekosistem Ekonomi Islam' pada 6 Mei 2021.

P

residen ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah optimis bahawa Kope- rasi Kariah Mas- jid (KKM) boleh

semasa merasmikan webinar 'Koperasi Kariah Masjid dan Ekosistem Ekonomi Islam' pada 6 Mei 2021. Webinar tersebut menampil- kan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sebagai moderator dan tiga orang ahli panel iaitu Ketua Aktivis Persatuan Peng- guna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan; Presiden Majlis Perunding Pertubu- han Islam Malaysia (MAPIM), Encik Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Kope- rasi Kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana Berhad, Haji Yasim Mohamed. Tambah Dato’ Abdul Fattah, umat Islam mempunyai tang- gungjawab memastikan pe­ ranan masjid sebagai bukan sa- haja tempat beribadah, malah pusat meningkatkan penyatu- an dan pembangunan ummah. “Kita perlu kembali kepada era kegemilangan zaman Nabi Muhammad SAW yang men- jadikan masjid sebagai pusat aktiviti keagamaan, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan. “Kesemua Koperasi Kariah Masjid sedia ada perlu beker- jasama secara kolektif mewu- judkan platform kukuh supaya dapat meningkatkan kawalan terhadap rantaian bekalan dan

Webinar menampilkan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sebagai moderator dan tiga ahli panel, Dato’ Nadzim Johan, Encik Mohd Azmi Abdul Hamid dan Haji Yasim Mohamed.

memainkan peranan utama dalam membantu menjayakan aspirasi negara merelisasikan pengagihan ekonomi yang seimbang, sekali gus menyatu- padukan masyartakat. Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan kepada usaha- usaha pemerkasaan Koperasi Kariah Masjid yang sedang di- lakukan oleh kerajaan dan juga ANGKASA sendiri iaitu dalam memperkukuhkan rantaian bekalan dan nilai. “Sehubungan itu, pegawai dan jawatankuasa kariah mas- jid wajar mengambil perhatian serius saranan kerajaan mela- lui Kementerian Pembangu- nan Usahawan dan Koperasi supaya lebih banyak Koperasi Kariah Masjid ditubuhkan. “Malah, pihak terbabit harus menyedari dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Malaysia, antara peranan dan fungsi jawatankuasa kariah masjid yang ditegaskan dalam peraturan-peraturan masjid dan surau ialah berusaha me­ ningkatkan taraf hidup dan ekonomi orang Islam,” katanya

nilai dengan memperkasakan lagi peranan sebagai penge- luar,” ujarnya. Menurutnya, penubuhan Koperasi Kariah Masjid perlu dilihat sebagai suatu usaha dakwah yang mampu menarik minat bukan Islam mempela- jari keindahan Islam.

Suruhanjaya Koperasi Ma- laysia merekodkan pendafta - ran 451 Koperasi Kariah Masjid di seluruh negara sepanjang enam bulan pertama 2020 dengan keanggotaan 30,875 orang dan perolehan sejumlah RM12.38 juta.

Webinar itu merupakan siri keempat seminar ANGKASA- -UMK Research Academy (AURA) yang telah dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Ke- usahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ANGKASA.

“Umat Islam perlu memberi keutamaan pada produk keluaran Muslim yang diyakini halal dan bersih, sekali gus menanam semangat saling bantu membantu dalam ekonomi umat Islam. Kedai-kedai runcit atau pasar raya milik Koperasi Kariah Masjid sewajarnya dijadikan platform utama mengetengahkan produk buatan Muslim. Selain menjadi penjual dan pemborong, Koperasi Kariah Masjid perlu mempunyai daya usaha berperanan sebagai pengeluar supaya dapat menguasai banyak pasaran produk pengguna di Malaysia. ” Apa Kata Mereka?

"Penubuhan Koperasi Kariah Masjid bertepatan dengan Maqasid Syariah untuk memastikan kelangsungan asas masyarakat dan kestablian ekonomi negara melalui perniagaan yang diusahakan. Pegawai dan jawatankuasa kariah masjid perlu diberi pemahaman lebih luas mengenai kepentingan menubuhkan Koperasi Kariah Masjid melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan dan program mentoring/coaching.

"Ekosistem adalah sistem dengan komponennya yang tersendiri. Contohnya, ekosistem sesebuah perniagaan mempunyai komponen seperti pembekal bahan mentah, pengeluar, pengedar, pemborong dan pengguna. Ekosistem ekonomi Islam pula mempunyai matlamat luhur kerana tidak tertumpu kepada mengaut keuntungan semata-mata malah menjaga keadilan sosial, menolak konsentrasi kekayaan pada satu pihak sahaja dan memastikan pengagihan kekayaan secara lebih adil.

Masjid adalah platform yang paling berkesan untuk membina ekosistem ekonomi Islam kerana mempunyai komponen yang lengkap iaitu tenaga manusia, pembeli, penjual, barangan jualan dan kawasan untuk menjalankan urus niaga."

Koperasi Kariah Masjid sedia ada di seluruh negara pula perlu lebih agresif mempromosikan kelebihan menjadi anggota koperasi kepada anak-anak kariah terutama golongan muda. ”

DATO’ NADZIM JOHAN Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

HAJI YASIM MOHAMED Pengerusi Koperasi Kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana Berhad

ENCIK MOHD AZMI ABDUL HAMID Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease