19 KOPERASI
JUN 2021
KUKLB Lancar ANNISA Bantu Sanitasi Masjid dan Surau
45,291 penerima dengan nilai sumbangan sebanyak RM1 juta daripada keseluruhan peruntukan sumbangan COVID-19 berjumlah RM2 juta,” katanya sewaktu Majlis Iftar Bersama Koperasi Usa - hanita Kuala Lumpur Ber- had Sempena Pelancaran Program Sanitasi Masjid dan Surau di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 28 April 2021. Setakat ini, KUKLB telah melakukan proses disinfeksi di surau dan masjid sekitar Wilayah Persekutuan dan Se- langor. Mereka dalam proses mendapatkan kelulusan dari- pada lima masjid lain. Sementara itu, Pengerusi KUKLB, Puan Rozilah Mu - hammad Tahur berkata, dengan adanya program seumpama ini, orang ramai akan berasa lebih yakin ber- ibadah di masjid dan surau khususnya yang terletak di kompleks beli-belah, tempat-
tempat awam dan perhentian rehat di semua lebuh raya di Semenanjung Malaysia. “Keutamaan kami ketika ini adalah untuk menjalan- kan proses disinfeksi di surau sekolah tahfiz sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor terlebih dahulu me- mandangkan sekolah ini san- gat memerlukan bantuan ke- wangan bagi melaksanakan proses tersebut,” jelasnya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penolong Pen- gurus Besar Dakwah Zakat PPZ-MAIWP, Haji Khairul azhar Samsudin; Ketua Pe- gawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengarah Urusan R- Yang Maintenance Sdn Bhd, Yang Mohamad Rosyeidi Haji Abdul Latif Ahmad; Penasi- hat KKULB, Puan Rohana Raidzah Mohd Tahir dan Pengurus Besar Bahagian Ko- munikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
Dato’ Abdul Fattah Abdullah berucap semasa Pelancaran Program Sanitasi Masjid dan Surau.
Oleh RAHMAT MOHD DID K operasi Usahanita Kuala Lumpur Berhad (KUKLB) melancarkan program kedua di bawah Pro- jek ANNISA iaitu Program Sanitasi Masjid dan Surau bagi meringankan beban pihak masjid dan surau yang terpaksa melakukan proses disinfeksi kawasan dalaman dan luaran setiap kali selepas solat terutama selepas solat Jumaat dan tarawih pada Ramadan kali ini. KUKLB bekerjasama dengan ANGKASA seba- gai rakan rasmi dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZWP) seba- gai penaja bersama. R-Yang Maintenance Sdn. Bhd. pula bertindak sebagai pihak yang akan melakukan proses disin- feksi buat masa ini. Dalam masa sama, KUKLB berharap kerjasama ini dapat diluaskan dengan syarikat lain. Mereka memerlukan
sumbangan korporat, syari- kat swasta mahupun indi- vidu perseorangan untuk menyediakan kos disinfeksi sebanyak RM500 setiap kali proses disinfeksi dijalankan. Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan perasmian- nya merakamkan tahniah kepada pihak KUKLB kerana mengambil inisiatif menjaya- kan program tanggungjawab sosial tersebut. “Usaha ini sangat dituntut agama dan pada masa yang sama selaras dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu pri- hatin terhadap masyarakat. Ini menunjukkan koperasi se- bagai sebuah organisasi yang relevan sepanjang zaman dan sesuai untuk semua aspek ke- hidupan. “Sebagai badan induk apeks gerakan koperasi, ANGKASA berasa bangga menjadi rakan rasmi Projek ANNISA dan akan bersama- sama dengan KUKLB meluas- kan program ini melalui prog
ram tanggungjawab sosial ANGKASA. “Sehingga kini, ANGKASA melaksanakan 55 program tanggungjawab sosial yang memberi manfaat kepada
Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tengah) turut menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara KUKLB dan Advance Tech Group Sdn Bhd. dalam majlis yang sama.
COVID-19 Tidak Halang Usaha Bantu Masjid
U saha memakmurkan masjid melalui Koperasi Kariah Masjid (KKM) tetap diteruskan meskipun aktiviti perniagaan sedikit terjejas akibat pandemik COVID-19, kata Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Bukit Indah Ampang Berhad (KKMBI), Ir. Dato' Haji Ghazali Omar. Katanya, sepanjang enam tahun beroperasi, KKMBI menyumbang hampir RM31,000 kepada Masjid Bukit Indah secara berkala dan tidak berkala bergantung kemajuan perniagaan koperasi itu. “Saya juga turut berharap agar pihak pentadbiran Masjid Bukit Indah akan terus menyokong aktiviti KKMBI di Masjid Bukit Indah,” dalam ucapannya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-5 koperasi itu pada 3 April 2021.
Menurut Haji Ghazali, Per- aturan-Peraturan Masjid Dan Surau (Negeri Selan- gor) 2017 menggariskan antara lain Fungsi Jawa- tankuasa Kariah ialah
membantu Majlis Agama Islam Selangor mening- gikan taraf hidup dan ekonomi orang Islam. Pada majlis itu, KKMBI
Ir. Dato' Haji Ghazali Omar.
menyerahkan cek berjumlah RM3,000 kepada pihak Masjid Bukit Indah. Cek diterima oleh wakil Pengerusi Lembaga Tadbir majlis berkenaan, Puan Sabidah Othman.
Puan Zauyah binti Abdul Hamid (ALK KKMBI) menyampaikan cek kepada Puan Sabidah Othman.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease