2
JUN 2021
DARI MUKA 1
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi turut berkesempatan membeli produk BA100.
Dato' Abdul Fattah menyerahkan cenderamata kepada Datuk Nordin Salleh.
secara fizikal malah digital melalui platform Warong Kudan Jimat Biz. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha MEDAC, Dato' Suriani Dato' Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) MEDAC, Datuk Haji Zamri Salleh; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh; Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor; Dato' Haji Mohd Alias Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
“Selain memperkenalkan produk koperasi dengan harga lebih kompetitif kepada penduduk Putrajaya, kita juga turut mempromosi aktiviti koperasi. “Saya berharap program ini diteruskan secara bulanan agar lebih banyak produk yang boleh ditawarkan di bawah Program BA100 dan 100 Product Champion . Selain barangan kering, mungkin selepas ini kita boleh jual barangan basah dan keperluan harian yang lain,” ujar beliau. Bazar Jualan Ramadan yang berlangsung selama empat hari dari 6 hingga 9 Mei 2021 itu kali pertama dijalankan secara hibrid oleh MEDAC. Setiap penjual bukan sahaja boleh menjual
Dato' Abdul Fattah menyerahkan cenderamata berupa produk koperasi kepada Haji Zazali Haron sambil disaksikan Dato' Haji Mohd Alias Hamzah (kanan) dan Haji Nasir Khan Yahaya (belakang).
Dari Meja Presiden
Syukur Alhamdulillah, Projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA semakin menampakkan kesan yang positif khususnya dalam membantu sektor peruncitan koperasi supaya lebih berdaya maju dan meletakkan produk mereka berdaya saing serta setanding produk lain di pasaran. Walaupun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi dalam usaha memperkasakan sektor pemborongan dan peruncitan koperasi terutama dari segi persaingan harga di pasaran, ia tidak menghalang kita untuk merealisasikan projek BA100. Atas kepentingan bersama dan matlamat membantu koperasi khususnya koperasi kecil dan komuniti, ANGKASA tidak lagi menoleh ke belakang sebaliknya terus memacu perancangan, tindakan dan penambahbaikan dengan komited, selari dengan apa yang telah digariskan. Saya mengambil kesempatan di sini untuk menzahirkan
rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada koperasi yang telah bersama-sama mendukung aspirasi projek BA100. Semoga setiap usaha yang dijalankan memberi impak positif terhadap masa depan koperasi. Sekalung penghargaan juga ingin kami sampaikan kepada pihak kerajaan khususnya MEDAC dan SKM yang telah banyak memberi sokongan serta bantuan bagi menjayakan usaha murni ini. Sasaran kita adalah mahu melihat koperasi yang terlibat dalam BA100 ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan pemain utama industri pemborongan dan peruncitan negara. Kita mengharapkan sektor koperasi di Malaysia menjadi antara pembekal utama barangan asas demi kelestarian sosioekonomi mapan dalam kalangan anggota dan masyarakat.
Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease