WADAH PELANCAR EDISI JUN 2021

3

JUN 2021

Bantu Rakyat, Usahawan dan Koperasi

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Shamsudin turut meninjau gerai jualan diiringi Dato' Suriani (dua dari kiri), Dr. Hajah Salmah Ishak (kiri sekali) dan Dato' Haji Kamarudin (kanan sekali).

Dato' Haji Kamarudin memberi penerangan tentang produk yang dijual oleh ANGKASA kepada Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati.

Oleh RAHMAT MOHD DID P rogram Bazar Jua - lan Murah Raya Sempena Sambutan Aidilfitri 2021 an - juran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bu- kan saja membantu memu- dahkan rakyat jelata menda- patkan barangan keperluan dengan harga yang berpatu- tan. Timbalan Menterinya, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin berkata, program tersebut juga sekali gus dapat mem- bantu pihak peniaga yang terdiri daripada usahawan dan koperasi. “Tujuan utama program ini adalah untuk membantu rakyat mendapatkan bara­ ngan asas dengan harga yang berpatutan bagi perse- diaan menyambut Aidilfitri. “Dalam waktu yang sama,

ia membantu memperluas- kan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi dan usahawan selain me- mupuk budaya dan nilai- nilai keusahawanan dalam masyarakat selaras hasrat menjadikan Malaysia ne- gara keusahawanan menje­ lang 2030,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar se- lepas menghadiri majlis prapelancaran program itu di ruang legar Auditorium Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya pada 6 Mei 2021. Beliau melawat bazar-bazar yang mengambil bahagian dalam program empat hari sehingga 9 Mei 2021 itu. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati memberitahu, 56 para usahawan, koperasi, pengusaha food truck serta penjaja dan peniaga kecil mengambil bahagian dalam program tersebut. “Uniknya, tahun ini bazar diadakan secara hibrid iaitu

pembeli mempunyai pilihan sama ada datang sendiri ke bazar atau membeli barangan melalui platform e-dagang Warungku atau Jimatbiz,” jelasnya. Sementara itu, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail ke- tika ditanya mengenai pe- ranan ANGKASA dalam program ini menjelaskan: “Selain bekerjasama de­ ngan MEDAC dalam men- jayakan program Bazar Jualan Murah Raya ME - DAC 2021 ini, ANGKASA mengambil bahagian seba- gai pempamer dan mempro- mosikan produk BA100 dan 100 Champions . “Ketika pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, tidak banyak yang kami dapat lakukan, syukurlah inisiatif MEDAC ini memberi peluang kepada ANGKASA memasarkan produk koperasi khususnya

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati membunyikan loceng sebagai tanda bermulanya jualan Happy Hour di mana kesemua produk dijual dengan harga lebih murah di Bazar Jualan Harga Murah Raya MEDAC 2021. Turut sama ialah Dato' Suriani Dato' Ahmad (dua dari kiri), Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak (dua dari kanan), Dr. Hajah Salmah Ishak (kiri sekali) dan Dato' Haji Kamarudin Ismail (kanan sekali).

penduduk Putrajaya. “Harapan saya semoga program ini memberi ke­ sedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya gera- kan koperasi.” Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Setia- usaha MEDAC, Dato’ Suri-

ani Dato’ Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pemantapan) MEDAC, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak dan Setiausaha Ba - hagian, Bahagian Pemban- gunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil MEDAC, Dr. Hajah Salmah Ishak.

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease