WADAH PELANCAR EDISI JUN 2021

6 KOPERASI

JUN 2021

Tingkat Mekanisasi dan Automasi di Ladang: Kurangkan Kebergantungan Kepada Tenaga Kerja Asing Oleh NADIAH KAMARUDIN N aib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rah - man Abdul

Razak Shaik merangkap Pengerusi Sektor Perladan- gan, menggesa koperasi peladang supaya mengu- rangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing, sebaliknya menumpukan usaha meningkatkan kapa- siti teknologi. Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya setiap koperasi perladangan me­ ningkatkan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi dalam industri sa- wit. Jelasnya, data Jabatan Imigresen Malaysia me­ nunjukkan jumlah tenaga kerja asing dalam sektor perladangan pada 2020 ada- lah 187,732 orang, berbanding 265,397 orang pada 2019. “Data ini jelas menunjuk- kan (jika kita terus bergan- tung kepada tenaga kerja asing) jumlah tersebut tidak memadai memandangkan keluasan kawasan tanaman negara 7.46 juta hektar dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing sangat tinggi. “Oleh itu, ketika berdepan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pengurangan jumlah pekerja asing tahun lalu, sewajarnya membuka mata koperasi peladang di seluruh negara untuk meningkatkan kapasiti teknologi iaitu mekanisasi dan automasi,” katanya.

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (kanan) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak nurseri sawit milik Koperasi Wawasan Peserta-Peserta FELCRA Sungai Sepuluh Berhad di Mukim Paloh, Kluang, Johor pada 8 Mac 2021.

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berucap merasmikan webinar.

Webinar bertemakan “Model Pengurusan Koperasi Perladangan dan impak Penggunaan Mekanisasi Sawit” anjuran Sektor Perladangan ANGKASA dengan kerjasama daripada MPOB pada 27 Mei 2021.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease