WADAH PELANCAR EDISI JUN 2021

7 KOPERASI

JUN 2021

Apa Kata Mereka? “Lebih 249,000 Pekebun Kecil Persendirian di Malaysia yang tidak bernaung di bawah mana-mana agensi kerajaan berbanding Pekebun Kecil Tersusun, berdepan cabaran dan kesukaran mereka untuk lebih maju dan berdaya saing. “Antaranya, tiada ruang terlibat secara langsung dalam rundingan menentukan harga Buah Tandan Segar (BTS), hasil BTS yang rendah disebabkan pegangan tanah yang kecil dan kebergantungan tinggi terhadap orang tengah. “Demi kelangsungan ekonomi Pekebun Kecil Persendirian dan memastikan mereka mendapat faedah skala ekonomi, wajar untuk pekebun kecil disatukan dalam satu platform iaitu koperasi.” “MPOB menjalankan pelbagai usaha ke arah memperkasakan penggunaan mekanisasi di ladang sawit antaranya penyelidikan dan pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C). “Melalui usaha ini, MPOB memperkenalkan pelbagai teknologi baharu dalam penuaian, pemunggahan BTS, pemungutan buah sawit relai dan penjagaan tanaman untuk meningkatkan dan menggandakan produktiviti. “MPOB menyediakan Skim Insentif Mekanisasi Sawit yang menampung sehingga 20 peratus harga kilang jentera atau peralatan ladang. Skim ini terbuka kepada pekebun kecil, estet, kontraktor ladang dan mereka yang terlibat dalam perladangan sawit. “Selain itu, MPOB menganjurkan Labour and Mechanisation In Plantation (LAMP) Seminar setiap dua tahun dan Pertandingan Mekanisasi Ladang Sawit Antarabangsa (ICOPM).” PUAN NAZIRAH CHE JAAFAR Ketua Kumpulan, Keusahawanan Pekebun Kecil, Bahagian Penyelidikan Pembangunan Pekebun Kecil MPOB.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan webinar Sektor Perladangan ANGKASA 2021 yang bertemakan 'Model Pengurusan Kope- rasi Perladangan dan Impak Penggunaan Mekanisasi Sawit' pada 27 Mei 2021. Webinar itu menampilkan Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil, Bahagian Penyelidikan Pembangu- nan Pekebun Kecil, Lemba- ga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Haji Norkapsi Khasim sebagai moderator. Dua anggota panel MPOB ialah Ketua Kumpulan, Ke- usahawanan Pekebun Ke- cil, Bahagian Penyelidikan Pembangunan Pekebun Ke- cil, Puan Nazirah Che Jaafar dan Ketua Kumpulan, Auto- masi dan Kejuruteraan, Ba- hagian Penyelidikan Keju- ruteraan dan Pemprosesan, Encik Mohd. Rizal Ahmad. Faktanya, aktiviti ber- asaskan agrikomoditi me- nyumbangkan RM85.1 bi­ lion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020, mengikut laporan Ke- menterian Perusahaan Per- ladangan dan Komoditi. Daripada jumlah itu, 56.7 peratus atau RM48.3 bilion disumbangkan industri sa- wit, sekali gus menjadikan komoditi itu antara pen- yumbang terbesar ekonomi Malaysia. Pelan Transformasi Kope- rasi Malaysia 2021-2025 (TransKoM) menggariskan adaptasi teknologi, digitali- sasi dan automasi sebagai langkah strategik mewujud- kan ekosistem holistik dan kondusif bagi menyokong pertumbuhan perniagaan koperasi agar lebih lestari. Selain kepentingan me­ ningkatkan teknologi di sektor perladangan, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman juga menambah: “Semua pihak termasuk kerajaan, agensi berkaitan dan koperasi perlu agresif menarik pekerja tempatan langsung dalam industri ini yang dilabel kotor, sukar dan memenatkan. “Selaras tujahan ketiga dalam TransKoM iaitu pe­ ngukuhan bakat dan pem- bangunan modal insan, antara langkah strategik koperasi ialah menarik golongan belia sebagai tena- ga kerja gerakan koperasi negara. “Tenaga kerja ini tidak semestinya tertumpu bagi pekerjaan di pejabat, malah pekerjaan yang memerlu- kan kemahiran tertentu se­ perti kemahiran berladang.”

ENCIK MOHD. RIZAL AHMAD Ketua Kumpulan, Automasi dan Kejuruteraan, Bahagian Penyelidikan Kejuruteraan dan Pemprosesan MPOB.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease