WADAH PELANCAR EDISI JUN 2021

8 ANGKASA

JUN 2021

COVID-19: Pelbagaikan Aktiviti Koperasi Sekolah

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ K operasi sekolah tiada pilihan selain mempel- bagaikan aktiviti perniagaan den- gan mengadaptasi norma baharu akibat pande- mik COVID-19 bagi memastikan kelangsungan operasi. Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Sekolah ANGKASA dan Ahli Lembaga ICA Global, Dato' Haji Kamarudin Ismail berkata, wa- laupun pandemik itu membawa cabaran besar namun ia perlu dilihat sebagai suatu peluang un- tuk meneroka perniagaan baharu yang sesuai. Sehubungan itu, beliau berharap pihak sekolah dan pengurusan koperasi sekolah menangani kesan sampingan COVID-19 dengan sebaik-baik­ nya. “Cabaran ketika pandemik ini perlu ditangani sebaik mungkin oleh pihak koperasi sekolah demi memastikan usaha sekolah dapat diterus- kan dan terus memberi sum- bangan berkesan kepada anggota dan komuniti sekolah. “Usaha mempertahankan operasi di saat-saat sukar aki- bat pandemik COVID-19 ini, insya-Allah akan merancak- kan kembali aktiviti pernia- gaan koperasi sekolah yang sejak tahun 2000 telah mere- kodkan perkembangan meng- galakkan dengan perolehan sehingga RM1 juta,” jelasnya. Beliau berkata demikian ke- tika menjadi panel Sesi Dialog dalam `Webinar Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Bersama Pengetua-Pengetua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2021' bertajuk 'Koperasi Sekolah: Satu Pe- nilaian Semula' secara dalam talian pada 28 Mei 2021 lalu. Webinar yang dikendalikan Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Haji Nor Adzmi Baba sebagai moderator itu dilang- sungkan melalui aplikasi FB Live ANGKASA dengan diser- tai 110 orang. Dua lagi panel jemputan ialah Penolong Pengarah Ba- hagian Sukan, Ko-Kurikulum Dan Kesenian (BSKK), Kemen- terian Pendidikan, Haji Hafiz Ridhuan Md. Daud dan Peno - long Pengarah Unit Pemban- gunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Perseku- tuan Putrajaya, Encik Mohd Naim Bahari. Sesi dialog webinar itu membincangkan usaha-usaha yang boleh digerakkan koperasi sekolah ke arah memperluaskan aktiviti per- niagaan selaras Pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi Sekolah. Lapan koperasi sekolah diumumkan penerima Peng­ hargaan Pencapaian Koperasi Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Tahun 2019 menerusi Ka­ tegori Perolehan RM300,000- RM499,000 manakala sebuah koperasi bagi Kategori Perole- han RM500,000-RM899,000 serta sebuah lagi Kategori Per- olehan RM1 Juta dan Ke Atas. Turut mengikuti webinar itu ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Tim- balan Pengerusi Bahagian Sekolah ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian iaitu Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik; Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd. Jamil Othman dan Pengerusi JPAN Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah.

Haji Nor Adzmi Baba (kanan) bertindak sebagai moderator bersama ahli panel iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail (bawah) dan Haji Hafiz Ridhuan Md. Daud (kiri).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease