9 COOPCARE
JUN 2021
Perangi COVID-19, Takziah Buat Keluarga Mangsa S egala usaha membendung wabak COVID-19 ketika ini merupakan tanggungjawab bersama baik di pihak
Harapan kita ingin melihat situasi yang mencabar ini segera berakhir dan ekonomi kembali pulih. Kepada anggota koperasi dan keluarga yang sedang menghadapi kesukaran mahupun kesedihan akibat kehilangan orang yang tersayang, kami di ANGKASA merakamkan ucapan takziah dan berdoa agar kita diberi kekuatan serta kesihatan yang berpanjangan oleh Allah SWT dalam mendepani pandemik COVID-19 ini.
kerajaan mahu pun rakyat dan pada masa sama menuntut pengorbanan bukan sedikit, terutama apabila saban hari kita menyaksikan pelbagai kesan sosioekonomi dan sosial dihadapi masyarakat dan negara. ANGKASA telah mengambil pelbagai pendekatan bantuan melalui program COOPCARE termasuk menyalurkan sumbangan barang keperluan harian kepada individu, keluarga serta petugas barisan hadapan yang terkesan sepanjang tempoh pandemik sejak setahun yang lalu.
Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
Bersama Pasukan Barisan Hadapan
ANGGOTA KOPERASI TERKESAN COVID-19 DIBANTU... Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan berupa 100 beg barangan keperluan asas Projek BA100 bernilai RM7,000 kepada Pengerusi Koperasi Penguatkuasa PBT Berhad, Encik Tun Mohd Izlizam Haji Bahardin, bertempat di Menara Majlis Bandaraya Selayang, Kuala Lumpur, pada 27 April 2021. Sumbangan ini bertujuan meringankan beban anggota Koperasi Penguatkuasa PBT terutama golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Dato’ Abdul Fattah dalam ucapannya menyatakan, ANGKASA telah melaksanakan 55 program yang memberi manfaat kepada 45,291 penerima dengan nilai sumbangan RM1 juta daripada keseluruhan peruntukan sumbangan COVID-19 iaitu RM2 juta. Sementara itu, Encik Tun Mohd Izlizam mengalu-alukan kerjasama ANGKASA menjadi pembekal dan pengedar berdaftar untuk 149 buah kedai yang bakal dibuka di bawah Projek BA100. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
PEK BERBUKA PUASA UNTUK WARTAWAN RTM... ANGKASA meneruskan Program CSR COOPCARE PRIHATIN COVID-19 dengan menyerahkan sumbangan makanan berbuka puasa kepada barisan petugas media di Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM di Wisma Berita Angkasapuri, pada 26 April 2021. Sebanyak 300 pek makanan berbuka puasa diserahkan oleh Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Ia diterima oleh Timbalan Pengarah Seksyen Ehwal Semasa RTM, Encik Nasrul Hakim Md Noh. Sumbangan kepada warga kerja RTM itu diharap memperkukuh jalinan ukhuwah dan kerjasama antara kepimpinan ANGKASA dan warga RTM. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease