WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2021

OKTOBER 2021 JILID: WP03 /10

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

Gerakan Koperasi Miliki Daya Tahan Hadapi Pelbagai Krisis – Tan Sri Noh Omar

SAJAK

KOPERASI MENJANA EKONOMI Duhai! warga tanah airku demi menjana ekonomi komuniti bermuafakat dengan penuh semangat berteduh di bawah payung koperasi Bersyukur duhai! warga sekalian justeru kini nyata terbukti tiada suara mengeluh resah malah mengukir senyum menuai untung Tahun demi tahun warga koperasi terus menghitung helaian dividen hasil jerih perih pengurusan cemerlang pasti menjanjikan pulangan ceria Terus meneruslah menanam modal agar koperasi berkembang subur bak bunga-bunga indah di taman bukan impian, tapi kenyataan Lalu terapkan budaya koperasi dari generasi ke generasi kerana usaha nyata, bukan ilusi mendukung negara menjana ekonomi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Haji Omar ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat ANGKASA pada 14 Oktober 2021. Duduk dari kanan Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah; Menteri MEDAC, YB Tan Sri Noh Haji Omar; Timbalan Menteri MEDAC, YB Muslimin Yahaya; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan), Datuk Haji Zamri Salleh. Berdiri dari kanan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Timbalan Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron; Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Haji Nasir Khan Yahaya.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Hasilnya, gerakan ini mempunyai daya tahan untuk menghadapi pelbagai krisis global termasuk pandemik COVID-19. Demikian menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Haji Omar dalam ucapan beliau ketika mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya pada 14 Oktober 2021. BERSAMBUNG DI MUKA 2

ANGKASA telah memainkan peranan selama lima dekad penubuhannya sebagai badan apeks dalam menggembleng gerakan koperasi bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan 14 ribu koperasi di seluruh negara dengan cemerlang.

NAZERI NONG SAMAH Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Durian Hijau Jerantut Berhad

2

ANGKASA

OKTOBER 2021

Tan Sri Noh bergambar sebelum mendengar taklimat daripada ANGKASA.

DARI MUKA 1

Lawatan itu pertama kali diadakan setelah tampuk kepimpinan ke­ menterian berkenaan disandang oleh beliau pada bulan Ogos yang lepas. Turut sama mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri MEDAC, Tuan Haji Muslimin Yahaya; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan), MEDAC, Datuk Haji Zamri Salleh; Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil MEDAC, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Haji Zazali Haron. Tan Sri Noh turut menyatakan harapannya agar ANGKASA dapat membantu MEDAC mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjelang 100 hari pentadbiran melalui projek yang lebih bersasar seperti projek Barangan Asas 100 (BA100). “MEDAC melalui SKM telah memperkenalkan empat program untuk membantu koperasi yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” ujar beliau. Empat program tersebut adalah Program Jualan Koperasi Prihatin

Tan Sri Noh bercakap kepada wartawan dalam sidang akhbar di ibu pejabat ANGKASA Kelana Jaya.

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-5101 3388 Faks : 03-5101 3600 Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

3

ANGKASA

OKTOBER 2021

Rakyat (JKPR), Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) dan Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi dalam Talian (e-Dapat). “Program JKPR menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk diberikan kepada koperasi-koperasi yang terlibat secara langsung dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan sekali gus membolehkan mereka menawarkan potongan harga sehingga 15 peratus. Ini akan menggalakkan rakyat untuk melakukan perbelanjaan di kedai-kedai milik koperasi,” katanya. Beliau memuji kesungguhan ANGKASA yang berusaha mening­ katkan literasi digitalisasi dalam kalangan warga koperasi menerusi Projek Barangan Asas 100 (BA100) . Tan Sri Noh juga menyatakan hasratnya untuk menghidupkan kembali Deklarasi Putrajaya bagi menyelaraskan fungsi SKM, IKMa dan ANGKASA supaya mempunyai hala tuju ke hadapan yang lebih jelas. Tambah beliau, peranan koperasi bukan sekadar memberi dividen kepada anggota sahaja, malah mewujudkan suasana kekeluargaan selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah menyatakan komitmen berterusan ANGKASA untuk terus memperkukuhkan kerjasama dengan MEDAC, SKM dan IKMa dalam usaha menjadikan koperasi sebagai jentera pengagihan sosioekonomi yang adil dan saksama buat rakyat. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Menteri MEDAC, Datuk Kamaruzzaman Johari; Pengerusi IKMa, Datuk Wira Rosli Mat Hasan; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

Tan Sri Noh turut meluangkan masa melawat Muzium Koperasi Malaysia di ibu pejabat ANGKASA.

Dalam majlis yang sama, Tan Sri Noh Omar turut melancarkan ANGKASA Virtual Run 2021 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor sempena Sambutan Jubli Emas penubuhan ANGKASA ke-50.

Dari Meja Presiden

lagi standard Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada koperasi. Kepentingan sijil pematuhan syariah ini juga adalah untuk memberi gambaran secara lebih positif kepada pelanggan dan masyarakat terhadap tadbir urus perniagaan koperasi. Ia sekali gus dapat membantu menghapuskan segala bentuk penipuan dalam perniagaan dan secara tidak langsung dapat menggunakan sumber ekonomi secara lebih optimum dan diyakini halal. Justeru, marilah kita bersama-sama mengambil tanggungjawab memastikan setiap urusan yang dijalankan oleh koperasi mematuhi syariah yang sebetulnya serta mengikut hukum syarak demi kelestarian ummah.

Usaha ANGKASA untuk memastikan sektor koperasi memilih platform syariah dalam tadbir urus perniagaannya terus diperhebat melalui pengenalan ciri-ciri keselamatan baharu dalam Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA. Pendekatan digitalisasi ini diambil sebagai satu langkah ke hadapan demi memastikan tidak berlakunya sebarang ketirisan informasi dan risiko pemalsuan sijil pematuhan syariah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain meningkatkan ciri-ciri keselamatan dalam pensijilan, kredibiliti Jawatankuasa Syariah ANGKASA yang mempunyai kepakaran dalam bidang Syariah Muamalat dan juga bidang- bidang yang berkaitan dengannya turut meningkatkan

Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

Koperasi Miliki Daya Penggerak yang Kuat

Tan Sri Noh juga turut menyampaikan Bantuan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi (Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat) untuk gerakan koperasi negeri Kedah berjumlah RM225,000.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Menurut Tan Sri Noh, kerajaan mahu melihat gerakan koperasi terus berperanan sebagai sektor ketiga penyumbang ekonomi negara dan pada masa yang sama, mahu memastikan peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dapat dipertingkatkan mengikut perkembangan semasa. Selain itu katanya, proses membangunkan ummah menerusi koperasi juga antara yang akan diberi penekanan oleh kerajaan dengan cara meningkatkan kualiti tadbir urus koperasi melalui pemerkasaan koperasi komuniti seperti koperasi kariah masjid dan koperasi belia. Beliau juga turut menyatakan keyakinan bahawa koperasi akan mampu menjadi penggerak yang lebih unggul serta menjadi pemangkin peningkatan ekonomi anggota dan masyarakat khususnya

generasi muda dan kepimpinan koperasi di masa depan. Tan Sri Noh berkata demikian sewaktu berucap dalam Program Penyerahan Bantuan dan Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi Negeri Kedah 2021 anjuran SKM di Alor Setar 26 September 2021. Antara objektif Program Penyerahan Bantuan dan Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi adalah untuk membantu menangani peningkatan kos sara hidup rakyat termasuk anggota koperasi yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40 dan M40. Selain itu, program yang berlangsung di Menara Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad di Alor Setar itu turut bertujuan untuk membantu merancakkan semula ekonomi koperasi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 khususnya koperasi di negeri Kedah. Pada majlis tersebut, Tan Sri Noh telah menyerahkan Mock Cheque kepada lima koperasi penerima Bantuan Pembangunan Koperasi berjumlah RM272,000 dan tiga koperasi penerima Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) berjumlah RM191,300. Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Menteri MEDAC, YB Muslimin Yahaya; Ketua Setiausaha MEDAC, Dato' Suriani Dato' Ahmad; Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron; Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor; Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah; Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abdul Rani Lebai Jaafar; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Pengarah SKM Cawangan Negeri Kedah, Hajah Norzila Nayan.

Koperasi waja mempunyai daya penggerak yang kuat dan berpengaruh bagi memastikan sistem pentadbiran koperasi sentiasa berada di landasan yang betul. Hal tersebut penting demi masa depan gerakan koperasi yang lebih terjamin selain dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Haji Omar berkata, usaha meningkatkan kefahaman dan menyatupadukan anggota juga merupakan antara agenda yang perlu diberi perhatian serius oleh barisan kepemimpinan dalam menggerakkan koperasi.

Sebahagian tetamu undangan dan wakil koperasi yang hadir.

PENERIMA PEMBIAYAAN TABUNG MODAL PUSINGAN SKM

KOPERASI PENGUSAHA DAN PEMANDU KERETA SEWA/TEKSI DAN LIMOSIN LANGKAWI BERHAD 01.

02.

KOPERASI PERMODALAN MELAYU WILAYAH KUALA MUDA/SIK KEDAH BERHAD

03.

KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA KUBANG KENYENG KEDAH BERHAD

PENERIMA BANTUAN PEMBANGUNAN KOPERASI

KOPERASI MUKIM SIDAM KANAN KEDAH BERHAD

KOPERASI KAKITANGAN KUMPULAN SYARIKAT DR. AZIZAN KEDAH BERHAD

KOPERASI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEDAH BERHAD

KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN GUGUSAN WENG, BALING KEDAH

KOPERASI KELUARGA NODIN ABU BAKAR KEDAH BERHAD

6 ANGKASA

OKTOBER 2021

Koperasi Berhasrat Melabur di Tanah Milik PERDA Perusahaan Ternakan Udang Vannamei

YB Dato' Seri Mahdzir Khalid (enam dari kiri) bergambar bersama wakil koperasi dan ANGKASA.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

peluang baharu pekerjaan. sekiranya tersebut

perniagaan

dan

juga

Satu sesi perjumpaan ANGKASA bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Seri Mahdzir Khalid telah berlangsung pada 7 Oktober 2021 di ibu pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Kuala Lumpur. Pertemuan itu adalah bagi menyampaikan hasrat koperasi melalui ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang hendak membangunkan sebidang tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang untuk projek ternakan udang putih jenis Vannamei. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai delegasi tersebut hadir diiringi Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman. Beliau dalam kenyataannya berharap agar YB Menteri dapat menyokong hasrat koperasi khususnya koperasi komuniti, koperasi belia dan koperasi kariah masjid dalam usaha mereka untuk membangunkan ekonomi melalui

Menurut

beliau, hasrat

dapat di­ realisasikan, sebanyak 21 buah koperasi telah menyatakan kesediaan untuk melabur dalam projek berimpak tinggi itu dengan jumlah pelaburan permulaan sebanyak RM100 ribu bagi setiap koperasi. Koperasi tersebut kelak akan berada di bawah kawal selia syarikat Asia Aquaculture Holdings Sdn. Bhd. yang akan membimbing dan menyelaraskan bidang tugas sesuai dengan pendekatan teknologi 'Adoption Bio-Floc'. Setakat ini,

Dato' Dr. Abdul Fattah dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sewaktu mengadakan tinjauan ke pusat ternakan udang Vannamei di Teluk Tempoyak, Pulau Pinang pada 20 Oktober 2021.

konsep Farm '

' Eco-High melalui

hasil yang besar, malah jualannya sentiasa konsisten kerana permintaan terhadap Udang Putih cukup tinggi di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Antara yang turut terlibat dalam perbincangan tersebut ialah Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahya, Dato' Mohd Noor Saat dan Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Tech

Aqua

penggunaan teknologi panel solar berkapasiti tinggi. Teknologi tersebut akan menggantikan penggunaan elektrik sebagai sumber tenaga baharu yang lebih menjimatkan kos operasi selain memelihara alam sekitar. Projek ternakan udang Vannamei melalui konsep yang diselaraskan itu bukan sahaja mampu memberikan pulangan

perusahaan ternakan udang Vannamei sedang dijalankan oleh syarikat tersebut di Telok Tempoyak, Pulau Pinang seluas lima ekar menggunakan pendekatan teknologi yang sama. Justeru, tapak tersebut boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dan latihan kepada koperasi yang terlibat dalam projek di tanah milik PERDA kelak selain mengadaptasi

7

OKTOBER 2021

Memastikan Bekalan Terus Konsisten

Lawatan ke Pasar Bisik, Kota Kuala Muda.

Dato’ Dr. Abdul Fattah melihat produk hiliran hasil aktiviti laut pengusaha tempatan edaran PNK Kuala Muda. Turut sama ialah Dr. Mohd Azlan Yahya (paling kiri) dan Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh (dua dari kiri).

Dato’ Dr. Abdul Fattah turut dibawa menyaksikan aktiviti jual beli hasil tangkapan laut di Pasar Bisik.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Muda dicadang supaya dapat menstruktur semula konsep pemasaran hasil tangkapan laut termasuk produk hilirannya. Ia bagi memastikan penyertaan mereka dalam Projek Barangan Asas 100 (BA100) menghasilkan impak lebih positif dan sentiasa konsisten. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, faktor peningkatan jumlah outlet BA100 di seluruh negara telah menyebabkan aliran dagangan produk barangan pengguna menjadi semakin besar dan kerap. Justeru, dalam usaha untuk memastikan bekalan dapat disalurkan secara konsisten, pasukan BA100 ANGKASA akan bekerjasama dengan pengurusan PNK Kuala Muda dalam aspek pembekalan dan sebagai permulaan, tumpuan akan diberi kepada pasaran outlet BA100 di negeri- negeri utara Semenanjung terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakansesiperbincanganbersama wakil PNK Kuala Muda di Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda, Kedah pada 3 Oktober 2021. Hadir sama dalam perbincangan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; barisan Anggota Jawatakuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah diketuai Pengerusinya, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Kedah, Dr. Haji Abdul Salim Tajudin; Pengerusi PNK Kuala Muda, Encik Muhammad Kamal

Abidin; Pengarah Urusan Realfact Global Sdn. Bhd., Dato' Azhar Baharuddin dan Pengurus Besar

Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

8 ANGKASA

OKTOBER 2021

Bantu Bersama bagi Pemuliharaan Alam Sekitar

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

ANGKASA melibatkan

dan

YHM

turut

aspek perkongsian informasi, promosi dan pendidikan mengenai Program Penghijauan Malaysia. Encik Amin dalam ucapannya menjelaskan tentang fungsi dan peranan YHM iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang kini sedang giat berusaha untuk mendapatkan sumbangan dana kewangan bagi melaksanakan program penanaman pokok selaras dengan usaha menjayakan 'Kempen Penanaman 100 Juta Pokok' oleh kerajaan. Katanya, selain menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti penanaman pokok menerusi kempen yang dijalankan dari semasa ke semasa, YHM juga turut merekodkan setiap aktiviti dan perkembangannya melalui aplikasi 'Penghijauan Malaysia' di laman web www.100jutapokok.gov.my Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail; Naib- Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Usaha pemuliharaan alam sekitar memerlukan kerjasama semua pihak sebagai tanda sokongan terhadap Program Penghijauan Malaysia melalui kempen menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA sangat mengalu-alukan penyertaan koperasi dalam kempen tersebut sebagai salah satu langkah membantu menangani masalah pelepasan karbon yang semakin meningkat. Katanya, COOPCARE Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merupakan satu program ulung ANGKASA dengan kerjasama gerakan koperasi yang digerakkan bagi memberi impak positif terhadap alam sekitar seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dato' Dr. Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ANGKASA dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) bagi pelaksanaan Program COOPCARE KOPERASI PRIHATIN SEJUTA POKOK pada 29 September 2021. Sesi menandatangani MoU yang berlangsung secara maya itu telah ditandatangani oleh Dato' Abdul Fattah sebagai wakil ANGKASA manakala YHM pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Amin Abdullah. Bidang kerjasama antara

Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Encik Amin Abdullah.

Sebahagian daripada wakil kedua-dua pihak yang bersidang secara maya melalui aplikasi Zoom Meeting .

9 ANGKASA

OKTOBER 2021

Bantu Bekalan Darah Negara

Koperasi Diseru Anjur Kempen Derma Darah

Oleh RAHMAT MOHD DID

ANGKASA dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah CoopCare bagi membantu bekalan darah yang telah menurun ke paras bawah selamat berikutan pandemik COVID-19 . Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA menyeru koperasi dan anggota koperasi di seluruh Malaysia untuk menganjur atau menyertai kempen derma darah demi meningkatkan stok bekalan darah negara sekali gus memastikan keupayaan rawatan pesakit yang memerlukan tidak terjejas. “ANGKASA sentiasa menjunjung prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Prihatin kepada Masyarakat’ dan kempen ini dianjurkan atas dasar cakna dengan kesulitan yang dihadapi oleh Pusat Darah Negara ekoran kurangnya kempen derma darah oleh pihak swasta serta penurunan bilangan penderma yang tampil menderma darah ekoran pandemik COVID-19. “Menurut statistik, hanya 171,106 beg darah didermakan pada tahun 2020 berbanding 199,721 beg pada tahun 2019 dan ini menunjukkan penurunan sebanyak 14.3 peratus,” ujar beliau. Tambahnya lagi, kempen yang dilaksanakan secara tahunan oleh ANGKASA ini menyasarkan penglibatan 100 orang kakitangan dan ahli keluarga warga ANGKASA. Menurut maklumat daripada Pusat Darah Negara, sebanyak 2,000 beg darah diperlukan setiap hari di seluruh negara untuk kegunaan 1,000 orang pesakit termasuklah di Pusat Darah Negara yang perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 500 penderma darah setiap hari bagi kegunaan lebih dari 60 buah hospital di Lembah Klang. “Stok darah ini sentiasa diperlukan untuk merawat pesakit seperti contoh mereka yang terlibat dengan kemalangan, pesakit yang menjalani pembedahan, individu yang mempunyai penyakit berkaitan darah seperti kanser dan lain-lain. Bukan sahaja kita dapat membantu menyelamatkan nyawa seseorang, malah kita juga dapat mengesan masalah kesihatan sendiri kerana terdapat proses pemeriksaan dijalankan sebelum menderma darah. Saya yakin dan percaya aktiviti menderma darah adalah selamat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa dan langkah keselamatan yang tinggi,” jelasnya lagi. Dato’ Dr. Abdul Fattah berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke lokasi Kempen Derma Darah CoopCare di ibu pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 27 September 2021. Hadir sama dalam program tersebut adalah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

Meninjau kaunter pemeriksaan kesihatan dan jenis darah penderma.

Dato’ Dr. Abdul Fattah menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penderma.

10 COOPCARE

OKTOBER 2021

CoopCare ANGKASA Prihatin

CoopCare Tabung Relif COVID-19 ANGKASA dengan kerjasama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega IDCC, Shah Alam meraikan petugas dan sukarelawan di PPV tersebut pada 26 September 2021 dengan sumbangan berupa pek makanan, minuman, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman dengan nilai keseluruhan RM21,000. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Beliau turut diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Penolong Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin PPV Mega IDCC, Shah Alam, Puan Norhaslinda Salihin.

CoopCare Tabung Relif COVID-19 ANGKASA menyalurkan sumbangan barangan keperluan bagi membantu golongan asnaf dan fakir miskin mualaf pada 28 September 2021 menerusi Persekutuan Seruan Islam (Jamiyah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan Cawangan Kuala Lumpur. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah. Hadir sama di majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Setiausaha Agung Persekutuan Seruan Islam (Jamiyah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan, Dr. Ann Wan Seng.

Seramai 100 petugas barisan hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan telah menerima pek sumbangan berupa barangan keperluan harian di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA. Sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM7,000 itu telah diserahkan oleh Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Zaki Ismail pada 30 September 2021. Hadir sama ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Dato' Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Timbalan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Puan Sharifah Aminah Syed Mohssain; Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Encik Zulkifli Ismail dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim.

11 COOPCARE

OKTOBER 2021

COVID-19

COOPCARE Tabung Relif COVID-19 ANGKASA dengan kerjasama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Langat meraikan petugas dan sukarelawan di PPV tersebut pada 24 September 2021 menerusi sumbangan berupa pek makanan, minuman, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman. Majlis yang berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat itu dihadiri Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail. Beliau turut diiringi oleh Naib Presiden ANGKASA, Dato' Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah dan Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin PPV Kuala Langat, Dr. Siti Sabariah Samian.

COOPCARE Tabung Relif COVID-19 ANGKASA dengan kerjasama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat telah menjayakan satu sesi sumbangan di Pusat kesihatan tersebut yang bertempat Jalan Reko, Kajang pada 17 September 2021. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail telah menyerahkan agihan sumbangan berupa makanan ringan, botol air minuman, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sebagai meraikan jasa para petugas dan sukarelawan yang bertugas. Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato' Mohd Alias Hamzah; Pakar Kesihatan Awam Daerah (PKD) Hulu Langat, Dr. Zailiza Suli dan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, Dr. Siti Marwiyah Ibrahim.

Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan melalui program COOPCARE ANGKASA PRIHATIN COVID-19 kepada Kariah Masjid Kampung Sungai Jai di Lenggeng, Negeri Sembilan pada 17 September 2021. Beliau yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah dan Pengerusi Kariah Masjid Kampung Sungai Jai, Encik Hamzah Adam telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100) kepada lima penerima wakil keluarga. Sumbangan juga turut diserahkan menerusi ziarah ke dua buah rumah kariah berdekatan.

12 ANGKASA

OKTOBER 2021

Adaptasi IR 4.0 dalam Perniagaan Koperasi

Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.

Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

Dr. Haji Mohd Nazri Haji Mohd Noor.

Dr. Ahmad Rizal Mohd Yusof.

Puan Salwa Md. Hashim.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Revolusi Perindustrian Ke-4 atau IR 4.0 perlu diadaptasikan dalam perniagaan dan tadbir urus digital koperasi dalam mendepani era cabaran pandemik COVID-19. Warga koperasi perlu mem­ persiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kecekapan sekali gus meningkatkan kemahiran berfikir bagi menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang menjadi antara cabaran terkini bagi gerakan koperasi di Malaysia. Demikian menurut Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan perasmian ‘Program Webinar ke Arah Pendigitalan Koperasi Malaysia (Siri 3)’ pada 25 September 2021 menerusi aplikasi Zoom Meeting . Menurut beliau, ANGKASA bersama-sama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) sedang berusaha merencanakan Program Rintis Khas Adaptasi Teknologi dan Digitalisasi – Cooperatives in Digital Era (CiDER) kepada gerakan koperasi. “Hasrat ANGKASA agar program kerjasama CiDER dengan MEDAC dan MTDC berupaya menyemai inovasi digital dalam sektor koperasi pemula niaga yang menjadi sebahagian usaha bagi memastikan warga koperasi

Sebahagian daripada peserta program.

bersedia serta berdaya saing dalam era IR 4.0. “Ilmu pengetahuan dan adaptasi digital adalah suatu keperluan bagi kita untuk sama-sama memastikan perniagaan koperasi dapat kekal berdaya saing dan maju,” ujar beliau.

Seramai 116 peserta wakil koperasi mengikuti program tersebut yang turut berlangsung menerusi Facebook ‘ANGKASA Coop’ termasuk Timbalan Presiden ANGKASA, Naib-Naib Presiden ANGKASA, Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA. Objektif webinar berbentuk forum ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada koperasi mengenai peluang perniagaan digital yang boleh diceburi selaras dengan norma baharu.

13 ANGKASA

OKTOBER 2021

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Inovasi dan Teknologi ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang bertindak selaku moderator program banyak merungkai permasalahan dan potensi pendigitalan dalam perniagaan koperasi selain menguruskan sesi perbincangan serta soal jawab dengan sokongan tiga penceramah jemputan iaitu Acting Director, Institute Of Quality Management, Open University Malaysia (OUM), Dr. Haji Mohd Nazri Haji Mohd Noor; Felo Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Rizal Mohd Yusof dan Naib Presiden, Jabatan Program Adaptasi Teknologi, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Puan Salwa Hashim.

Sesi penggulungan dan penutup program disempurnakan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Inovasi dan Teknologi ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohamad Shukree Che Isa. Beliau dalam ucapannya memberi penekanan terhadap perubahan atau peralihan inovasi yang diperlukan oleh koperasi agar dapat menyokong segala keperluan baharu dan kecekapan dalam penggunaan Internet of Things sama ada dari segi perkakasan atau perisian. Program yang berlangsung selama lebih empat jam itu telah menerima pelbagai soalan serta pandangan daripada kalangan peserta yang mahukan pencerahan tentang strategi dan inovasi yang lebih sesuai dalam perniagaan koperasi.

IR 1.0

IR 2.0

IR 3.0

IR 4.0

Sejarah awal Revolusi Perindustrian (IR) bermula dengan (IR 1.0), yang berlaku antara akhir 1700-an dan awal 1800-an. Transformasi tenaga kerja manual kepada teknologi mesin enjin wap membolehkan penggunaan jentera serta menggalakkan perkembangan industri pesat di negara Eropah.

Revolusi Perindustrian Kedua atau (IR 2.0) bermula dengan pengenalan tenaga elektrik yang membolehkan pengeluar meningkatkan kecekapan dan membantu menjadikan jentera kilang lebih mudah alih. Pada fasa ini, konsep pengeluaran besar-besaran seperti jalur pemasangan diperkenalkan sebagai cara untuk meningkatkan produktiviti.

Revolusi Perindustrian Ketiga atau (IR 3.0) secara perlahan- lahan ketika pengeluar mula memasukkan lebih banyak teknologi elektronik dan akhirnya pada teknologi digital dan perisian automasi.

Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) memberikan kuasa kepada pemilik perniagaan untuk mengendali dan memahami dengan lebih baik setiap aspek operasi dan aktiviti yang dijalankan. Seterusnya, memungkinkan mereka memanfaatkan data segera untuk meningkatkan produktiviti, meningkatkan proses, mendorong pertumbuhan dan penjimatan kos.

14 ANGKASA

OKTOBER 2021

Pacu Pemikiran Keusahawanan kepada Pelajar

Dato’ Haji Kamarudin Ismail berucap merasmikan webinar.

Dr. Mohd. Azlan Yahya selaku Moderator program.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

sebanyak 2,457 buah dengan keanggotaan seramai 1.724 juta orang, syer/yuran berjumlah RM28.934 juta, aset berjumlah RM403.706 juta dan menyumbang perolehan sebanyak RM336.036 juta. Sebanyak 13 koperasi sekolah telah mencapai perolehan RM1 juta sehingga tahun Kewangan 2020 manakala enam buah koperasi sekolah lagi telah berjaya mencecah perolehan hampir RM1 juta (dalam lingkungan RM700,000 – 999,000). “Bagi tahun kewangan 2021, kita mengharapkan enam buah sekolah ini atau lebih akan meningkatkan perolehan mereka. 35 buah koperasi sekolah mendapat perolehan dalam lingkungan RM500,000 – RM700,000. “ANGKASA juga yakin pasaran perniagaan koperasi sekolah berpotensi maju dan diperluaskan hingga ke peringkat global. Ia selaras dalam usaha ANGKASA mempergiatkan kerjasama strategik dengan koperasi luar negara,” jelas beliau. Dato’ Haji Kamarudin berkata demikian sewaktu berucap dalam perasmian WEBINAR AURA SIRI 7 bertajuk ‘Koperasi Sekolah Pemacu Keusahawanan Murid’ pada 29 September 2021. Program yang berlangsung secara maya itu menampilkan Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya selaku Moderator. Beliau telah membahagikan pembentangan tersebut kepada tiga pusingan iaitu sesi perkongsian pengalaman, perbincangan isu dan cabaran koperasi sekolah dalam melaksanakan agenda pembudayaan keusahawanan dan sesi soal jawab. Tiga ahli panel telah dijemput bagi menyampaikan ceramah masing-masing iaitu Prof. Dr. Balakrishnan A/L Parasuraman daripada Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan; Encik Ainor Faiz Shuib daripada Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Puan Zaraiton Yusof, (CEO- Koperasi), Koperasi SMK Tansau Berhad.

Usaha yang lebih padu perlu digerakkan terutamanya oleh barisan kepimpinan koperasi bagi membantu menerapkan semangat dan pemikiran dalam bidang keusahawanan kepada pelajar koperasi sekolah. Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Sekolah (BSE), Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, proses tersebut sangat penting dalam usaha mentransformasikan ekonomi dan komuniti keusahawanan negara serta membentuk semangat keusahawanan dalam masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Katanya, sejajar dengan kejayaan koperasi sekolah yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam sumbangan perolehan setanding dengan koperasi dewasa, sudah tiba masanya pelajar diberikan lebih banyak tanggungjawab, kepercayaan dan sokongan oleh guru koperasi. “Mereka perlu diberi lebih banyak peluang dan latihan secara langsung dalam keusahawanan melalui bimbingan guru. Selain itu, pihak pentadbir dan koperasi sekolah juga perlu memahami peranan mereka sebagai ejen dalam membudayakan pemikiran keusahawanan dalam kalangan murid,” katanya. Menurut beliau, ANGKASA melalui BSE telah melaksanakan banyak program pembangunan perniagaan koperasi sekolah. ANGKASA juga menyasarkan lebih 20 kios koperasi sekolah dibuka setiap tahun. Kios tersebut boleh diusahakan sendiri oleh koperasi atau disewakan kepada pihak lain atau kedua-duanya sekali. Antara jenis-jenis kios yang mendapat sambutan ialah kios tetap (bangunan) di tepi pagar kawasan sekolah, kios bergerak dan kios kontena. Sebagai rekod, sehingga 31 Disember 2020, bilangan koperasi sekolah berdaftar adalah

Prof. Dr. Balakrishnan A/L Parasuraman.

Encik Ainor Faiz bin Shuib.

Puan Zaraiton binti Yusof.

15 ANGKASA

OKTOBER 2021

Koperasi Kariah Masjid Pemangkin Pembangunan Komuniti

koperasi kariah masjid diperluaskan supaya anggota yang bukan beragama Islam dapat menyertai koperasi. Entiti koperasi kariah masjid juga berbeza daripada jawatankuasa masjid. ANGKASA juga turut menyumbang sebanyak RM500 pada koperasi kariah masjid yang mengadakan mesyuarat agung terutama yang baru menubuhkan koperasi. ANGKASA turut menyediakan kursus modal insan kepada anggota supaya memahami perjalanan koperasi dan aktiviti berjalan lancar selain dalam usaha memperkenalkannya ke negara luar seperti Indonesia dan Kemboja. Terdahulu, Naib Presiden, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapan perasmiannya menyebut sehingga Disember 2020, terdapat kira-kira 500 buah koperasi kariah masjid telah ditubuhkan dan menyumbang kepada perolehan sebanyak lebih RM15 juta kepada negara. Konsep koperasi kariah masjid bukan sahaja untuk memberi manfaat semasa di dunia malah, adalah pelaburan ke arah memberi pulangan kepada kehidupan di akhirat. Koperasi kariah masjid menjana pendapatan ekonomi anggota kariah selain memberi peluang pekerjaan kepada mereka. Sekiranya

lebih 6,000 masjid menubuhkan koperasi kariah masjid, pasti ia dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada komuniti dan negara. Melalui koperasi, institusi masjid dapat menyediakan peluang lot kedai untuk menyemarakkan lagi aktiviti ekonomi di kariah tersebut. Koperasi kariah masjid juga berpeluang menyediakan penginapan kepada musafir, selain kepimpinan di peringkat masjid dapat ditingkatkan melalui tadbir urus koperasi yang sistematik. Barisan ahli panel lain terdiri daripada Pengerusi Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad, Prof Dr. Abd Razak Chik dan Anggota Lembaga Koperasi Kariah Masjid Bertam Berhad, Encik Hasbullah Abu Hassan. Seramai 170 peserta mengambil bahagian dalam webinar tersebut yang turut melibatkan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Shaharuddin Mohd Saad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya, anggota KKM Bertam Berhad dan pegawai- pegawai kerajaan.

tahun 2011, penubuhan koperasi kariah masjid mula diletakkan di bawah seliaan koperasi komuniti. Koperasi kariah masjid (KKM) bermaksud mengoptimumkan sumber modal dan kepakaran daripada anggota sesebuah kariah. Selain menjadi tempat beribadah, masjid juga merupakan penyatuan sosial dan membangunkan ekonomi dan taraf hidup anggota kariah. Penglibatan menyeluruh daripada anggota kariah adalah diperlukan dalam membangunkan koperasi kariah masjid. Selain dapat memperkenalkan aktiviti ekonomi, koperasi kariah masjid juga dapat mempromosi agama Islam kepada anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Konsep berkoperasi dalam

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

Masjid adalah institusi yang paling rapat dengan komuniti dan ia membawa penyatuan yang bermakna pada pembangunan ekonomi dan sosial ummah. Webinar anjuran ANGKASA- UMK Research Academy (AURA) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan berkongsi pelbagai pendekatan daripada perspektif industri, ahli akademik dan usahawan koperasi yang boleh dimanfaatkan dalam menjadikan koperasi kariah masjid pemangkin pembangunan komuniti. Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KONSORMAS, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pada

Rakan Strategik

Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)

Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!

Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.

www.myangkasaamanah.com.my

Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut

C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my

myangkasaamanahberhad myangkasaamanah

03-7887 5600 /4300 09-7887 2300

16 KOPERASI

OKTOBER 2021

KOKUSDA mahu lebih dikenali sebagai pengeluar produk koperasi Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad (KOKUSDA)

‘Teh Tarik Tudya-SR’ yang mengandungi pemanis stevia dan khasiat tambahan daripada herba-herba terpilih adalah antara produk KOKUSDA yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Kejayaan tersebut telah memberi keyakinan kepada koperasi untuk menghasilkan produk kedua iaitu minuman berasaskan coklat untuk menarik minat para ibu bapa yang mahukan minuman bernutrisi untuk anak-anak mereka. Penasihatnya, Prof. Dr. Hajah Hamsiah Ismail, turut menyatakan penghargaan kepada ANGKASA kerana telah memilih dua produk tersebut untuk menyertai program ‘ 100 Product Champion ’. “Melalui program ini, KOKUSDA telah diberi geran berjumlah RM50 ribu untuk tujuan menaik taraf kualiti pembungkusan dan pelabelan produk supaya memenuhi kriteria bagi eksport,” ujar beliau. Tambah beliau, dalam usaha untuk lebih dikenali sebagai pengeluar produk koperasi, KOKUSDA menyusun strateginya bagi menghasilkan lebih banyak produk antaranya adalah minuman berkarbonat yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan. Koperasi ini ditubuhkan dengan objektif untuk me­ ningkatkan kesejahteraan anggota dengan membantu me­ masarkan produk-produk kesihatan, makanan dan minuman ser­ ta kosmetik dan kelengkapan dan­ danan diri yang dihasilkan oleh sya­ rikat-syarikat di bawah naungan KUSDA Holdings. Pengerusinya, Haji Jamaludin Mat Piah berkata, selain diberi pendedahan mengenai selok belok perniagaan, koperasi juga turut membuka peluang kepada anggota untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjadi pengedar khas kepada produk yang dihasilkan selain memberi bimbingan dan latihan keusahawanan kepada seramai 30 orang ibu tunggal.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Kejayaan menembusi pasaran antarabangsa merupakan satu langkah ke hadapan terhadap usaha dan kesungguhan Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad (KOKUSDA) untuk terus berjaya. KOKUSDA yang mula ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini mempunyai keanggotaan seramai 74 orang itu kini menjadi antara 12 koperasi yang telah berjaya menempatkan dua produk keluaran mereka di rangkaian Pasar Raya Hao Mart, Singapura pada November 2020. Dua produk tersebut adalah ‘Teh Tarik Tudya-SR’ dan ‘Minuman pracampur Coklat’.

Melalui kerjasama antara ANGKASA dengan rakan strategiknya iaitu amaxMALL, kerjasama antara ANGKASA dengan rakan strategiknya iaitu amaxMALL, dua produk keluaran KOKUSDA iaitu ‘Teh Tarik Tudya-SR’ dan ‘Minuman pracampur Coklat’ kini boleh dibeli oleh penduduk di Singapura.

Penasihat KOKUSDA, Prof. Dr. Hajah Hamsiah Ismail. KOKUSDA, Prof. Dr. Hajah Hamsiah Ismail.

Pengerusi KOKUSDA, Haji Jamaludin Mat Piah. KOKUSDA, Haji Jamaludin Mat Piah.

Pekerja makmal melakukan uji kaji terhadap produk ‘Minuman makmal melakukan uji kaji terhadap produk ‘Minuman pracampur Coklat’

Pekerja menimbang berat setiap paket minuman ‘Teh Tarik menimbang berat setiap paket minuman ‘Teh Tarik Tudya-SR’.

17 KOPERASI

OKTOBER 2021

KOKUSDA telah membuka sebuah Kedai Harga Patut di Jitra pada Mac 2019. telah membuka sebuah Kedai Harga Patut di Jitra pada Mac 2019.

Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr Azizan Kedah Berhad (KOKUSDA)

KOKUSDA Coop Mart, Lot. 4, Tingkat Bawah, Bandar Darulaman, 06000 Jitra,

Kedah Darul Aman Tel. : +604- 9162368 E-mel: kokusdakedahberhad@gmail.com Facebook : @koopmart.kokusda

KOKUSDA menyediakan tempahan set sumbangan berupa barangan keperluan asas untuk syarikat, organisasi, koperasi malah individu bagi diberikan kepada golongan yang memerlukan ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.

KOKUSDA menerima geran Bantuan Pembangunan Koperasi bernilai RM24 ribu yang telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Haji Omar (tiga dari kanan) pada 26 September 2021.

18 RENCANA

OKTOBER 2021

Pertanian Pintar: Peluang Baharu untuk Sektor Koperasi

Oleh SAFINAH SAUPI

Sektor pertanian merupakan sektor ketiga terpenting negara selepas perkhidmatan dan pembuatan. Sektor ini, memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Malaysia sebagai pengeluar makanan, bahan mentah berterusan untuk sektor pembuatan, industri pemprosesan dan pengeluaran produk. Selain itu, sektor pertanian juga adalah sumber pekerjaan dan pendapatan kepada sebahagian besar penduduk Malaysia khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar. Pada 2020, sektor ini menyumbang 7.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menguncup 1.2 peratus akibat pandemik COVID-19. Menerusi Rancangan Ma­ laysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan akan mencergaskan lagi per- tumbuhan sektor pertanian. Pertanian pintar dikenal pasti industri dan aktiviti strategik berimpak tinggi menjadi pe­ mangkin pertumbuhan sektor ini. Program pertanian pintar merupakan dasar baharu diperkenalkan kerajaan un­ tuk memperkukuhkan per­ tumbuhan ekonomi domestik negara. Sektor pertanian negara merangkumi sektor pertanian koperasi akan dipergiat meng- gunakan teknologi pintar untuk meningkatkan produktiviti dan

DATO’ HAJI KAMARUDIN HAJI ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Anggota Lembaga ICA Global

koperasi dan petani kecil harus mengikut arus perdana, berubah dan mengadaptasikan pertanian pintar. Teknologi pintar adalah inovasi pertanian baharu dalam era digital menggunakan pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi di ladang seperti GPS, GIS, penginderaan jauh, teknologi radar dan Sistem Sokongan Keputusan (DSS) melalui rangkaian tanpa wayar untuk menerima, menghantar dan menilai menggunakan pakej perisian. Proses pertanian pintar meliputi pengumpulan data, diagnosis data, analisisdata,pelaksanaanrancangan projek dan penilaian. Setiap langkah pengelolaan ladang dikendalikan menggunakan teknologi dalam memeta kondisi tanah, penyiraman, pembajaan, pengendalian penya- kit dan serangga, penuaian, pengiraan untung dan perancangan penanaman musim berikutnya. Kesannya, pertanian pintar dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti pengeluaran ladang, keberkesanan kos, mengurangkan kesan persekitaran dan kos pengeluaran, tenaga kerja,

memperkukuhkan tahap sekuriti makanan negara. Peruntukan pembiayaan dan bantuan disediakan kepada pekebun dan petani termasuk koperasi yang ingin meningkatkan teknologi dalam aktiviti pertanian mereka. Dalam tempoh RMK- 12, usaha ditumpukan kepada mempercepatkan peralihan industri pertanian kepada yang lebih sofistikated dengan menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi, memperluaskan pasaran global dan menarik pelaburan berkualiti serta menyumbang kepada pencapaian agenda ekonomi hijau. Tiada satu definisi tunggal mengenai pertanian pintar. Ada yang mendefinisikannya sebagai penyatuan teknologi data dan komunikasi dalam sistem pengeluaran pertanian. Ada yang mendefinisikan pertanian pintar sebagai penggunaan pemindahan maklumat dalam sistem penyimpanan digital bagi membolehkan data ladang berbeza

digabungkan dan dinilai dalam membuat keputusan. Sistem Maklumat Pengurusan Ladang (FMIS) merupakan definisi akademik pertama pertanian pintar. FMIS didefinisikan sebagai sistem untuk mengumpul, menyusun, memelihara dan menyebarkan data dalam format yang boleh diterima untuk kejayaan dan fungsi tanah pertanian. Secara umumnya, pertanian pintar bermaksud penggunaan teknologi pintar bagi meningkatkan pengeluaran hasil tani. Matlamat utama kerajaan melalui dasar ini adalah untuk mengubah pertanian tradisional ke arah pertanian cerdas berteknologi tinggi menggunakan informasi canggih dalam pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta menggunakan sistem sensor untuk memantau dan menilai pengeluaran secara real-time. Hal ini perlu terutamanya kerana perubahan tingkah laku pengguna kesan Covid-19 telah mengarah ke norma baharu. Sektor pertanian,

19 RENCANA

OKTOBER 2021

menjimatkan masa dan membawa kepada pertanian lestari. Pertanian pintar menggabungkan rangkaian sensor persekitaran dan analisis berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti teknologi digital, bioteknologi, mesin pertanian moden, Internet of Thing (IoT) dan sistem sensor pintar dalam membantu penanaman dan pengeluaran. Misalnya melalui teknologi sensor, pengumpulan data pertanian lebih terjamin. Sensor boleh mengesan kuantiti persekitaran dan fizikal (suhu, kelembapan, cahaya, tekanan, kehadiran atau ketiadaan sesuatu dan ukuran objek) kemudian mengubahnya menjadi isyarat yang dapat ditafsirkan dan dikumpulkan sebagai data seterusnya dapat memantau situasi tanaman di ladang. Teknologi IoT juga boleh dikembangkan untuk pertanian rumah hijau. Rumah hijau dilengkapi sensor untuk mengukur udara, tanah dan cahaya yang mana petani dapat memantau melalui telefon pintar atau peranti pintar dalam masa nyata. Platform Intelligance Farm atau i-Farm contoh penggunaan platform IoT yang dikembangkan oleh Advanced Info Service (AIS) untuk rumah hijau sayur-sayuran. Teknologi AI boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi memantau dan menganalisis kesihatan ayam dengan meng­ gunakan kamera CCTV dan sensor. AI juga boleh digunakan untuk menyediakan ramalan cuaca (suhu, ramalan hujan dan jumlah hujan) di lokasi tertentu, memberi gambar satelit untuk memantau kesihatan tanaman, memberi nasihat, petua dan pengetahuan penanaman hingga ke penuaian. Selain Malaysia, kerajaan Thailand menerusi Kementerian Pertanian dan Koperasi (MOAC) turut memfokuskan pembangunan pertanian pintar sebagai agenda penting negara dan meng­ gariskannya dalam Pelan Pem­ bangunan Nasional untuk tempoh 20 tahun ke depan (2017 – 2036). Ini bagi menggerakkan projek-projek berkaitan pertanian pintar agar sektor pertanian negara itu lebih berdaya maju. Menurut Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, konsep pertanian pintar merupakan satu peluang baharu yang harus direbut oleh koperasi untuk menaik taraf pengurusan pertanian berasaskan teknologi baharu. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pem­ bangunan Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA berkata, konsep agri-koperasi boleh menukar model perniagaan tradisional dan aktiviti pertanian konvensional menjadi model pintar bagi setiap rantaian nilai sektor ini.

ANGKASA menyarankan supaya setiap koperasi perladangan meningkatkan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi di ladang untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran.

Potensi teknologi pintar yang dimanfaatkan itu kelak diharap dapat meningkatkan pengeluaran pertanian sekali gus berupaya menyumbang kepada bekalan makanan yang mencukupi dan tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada makanan import. ekonomi Justeru, dalam persekitaran dunia dan ekonomi yang tidak menentu dan sentiasa berubah seperti keadaan sekarang, koperasi harus berpotensi membina kekuatan dan menyelesaikan kelemahan bagi menghadapi ancaman luaran. “Dalam pengurusan hari ini, amat penting memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk mencapai kedudukan daya saing yang lebih baik dalam semua segi. Koperasi seperti juga syarikat lain yang beroperasi dalam pasaran dan tidak boleh ketinggalan dari kemajuan. “Koperasi harus berada di barisan hadapan dalam revolusi teknologi jika ingin bersaing dengan organisasi lain yang ada di setiap sektor. Nilai- nilai koperasi seperti menolong diri sendiri, tanggungjawab diri, demokrasi, kesaksamaan, ekuiti atau solidariti perlu difasilitasi dan dipertingkat sesuai dengan perkhidmatan koperasi sebagai sebuah organisasi perniagaan,” ujar Dato’ Haji Kamarudin. Teknologi seperti peng­ komputeran awan, IoT, data raya (BD), dan blockchain adalah inovasi yang telah mengubah tingkah laku masyarakat dan proses perniagaan dalam semua entiti awam, swasta dan koperasi. Perkembangan teknologi berterusan sejak Revolusi Perindustrian dan kini, intensiti dan kepantasan pengenalan teknologi baharu dalam semua kehidupan

ningkatkan sektor pertanian. Selain itu, Cropio turut memperluaskan penyelesaian kecekapan kepada pelbagai vendor dalam pengumpulan semua data yang diperlukan oleh petani dengan cara yang mudah. Petani tidak perlu memuat turun program baharu dan data boleh ditukar dari satu peranti ke peranti lain atau dari satu format ke format lain. Kesimpulannya, penggunaan teknologi digital memberi kesan pelbagai. Pertama, teknologi ini mempunyai kesan ekonomi yang relevan, mewujudkan pekerjaan dan perniagaan baru serta meningkatkan daya saing koperasi yang telah mapan (kelestarian ekonomi). Kedua, dari segi iklim atau isu habitat, sistem pertanian pintar mengurangkan penggunaan air dan racun perosak. Penggunaan teknologi ini meningkatkan kelestarian alam sekitar. Ketiga, dari segi masalah sosial, membantu membangunkan kawasan luar bandar yang menjadi tempat tinggal kebanyakan penduduk miskin (kelestarian sosial). Teknologi ini mengubah sektor pertanian ke arah lebih pintar dan lestari dalam masa yang sama memerangiperubahaniklim.Konsep pertanian pintar ini berkaitan dengan sekurang-kurangnya lima matlamat pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Matlamat 8: Kerja Wajar dan Pertumbuhan Ekonomi; Matlamat 9: Industri, Inovasi, dan Infrastruktur; Matlamat 11: Bandar dan Komuniti Lestari; Matlamat 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab; dan Matlamat 13: Tindakan Iklim.

mendorong perubahan paradigma ekonomi selain mempengaruhi hubungan pasaran dan aktiviti perniagaan terutama penggunaan secara intensif kod dan data. Selain itu, dasar pertanian pintar ini juga boleh mencipta peluang perniagaan dan pekerjaan baharu dalam bidang teknologi pertanian yang mana koperasi juga berpeluang menceburinya. Contohnya seperti Cropio. Cropio adalah sistem pengurusan menggunakan medan satelit yang dikembangkan oleh New Science Developments New York pada 2013 dan kemudianya dibeli oleh syarikat Syngenta pada 2019. Ia merupakan firma pertanian pertama mempunyai akses ke platform terkemuka pasaran pertanian teratas – Amerika Syarikat, China, Brazil dan Eropah Timur. Pasaran empat negara ini menggabungkan 98 juta ekar ladang pertanian dan dikendalikan di peringkat antarabangsa meng­ gunakan platform Syngenta Automated . Pada akhir tahun 2020 pertanian dan perdagangan komoditi meningkat dua kali ganda. Sebagai platform pengurusan tanaman, kesihatan dan kawalan tanaman, Cropio membolehkan penggunanya merancang dan menjalankan operasi pertanian dengan berkesan. Ia menawarkan kemaskini semasa mengenai keadaan ladang dan tanaman, menjelaskan tahap kesuburan tum­ buh-tumbuhan, mengenal pasti masalah tanaman dan kawasan dan memberi maklumat ramalan cuaca dan laporan pasaran komoditi yang tepat. Tujuan utama dan fungsi Cropio adalah untuk memaksimumkan penggunaan sumber dan me­

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease