WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2021

10 COOPCARE

OKTOBER 2021

CoopCare ANGKASA Prihatin

CoopCare Tabung Relif COVID-19 ANGKASA dengan kerjasama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega IDCC, Shah Alam meraikan petugas dan sukarelawan di PPV tersebut pada 26 September 2021 dengan sumbangan berupa pek makanan, minuman, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman dengan nilai keseluruhan RM21,000. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Beliau turut diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Penolong Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin PPV Mega IDCC, Shah Alam, Puan Norhaslinda Salihin.

CoopCare Tabung Relif COVID-19 ANGKASA menyalurkan sumbangan barangan keperluan bagi membantu golongan asnaf dan fakir miskin mualaf pada 28 September 2021 menerusi Persekutuan Seruan Islam (Jamiyah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan Cawangan Kuala Lumpur. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah. Hadir sama di majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Setiausaha Agung Persekutuan Seruan Islam (Jamiyah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan, Dr. Ann Wan Seng.

Seramai 100 petugas barisan hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan telah menerima pek sumbangan berupa barangan keperluan harian di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA. Sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM7,000 itu telah diserahkan oleh Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Zaki Ismail pada 30 September 2021. Hadir sama ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Dato' Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Timbalan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Puan Sharifah Aminah Syed Mohssain; Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Encik Zulkifli Ismail dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease