12 ANGKASA
OKTOBER 2021
Adaptasi IR 4.0 dalam Perniagaan Koperasi
Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa.
Dr. Haji Mohd Nazri Haji Mohd Noor.
Dr. Ahmad Rizal Mohd Yusof.
Puan Salwa Md. Hashim.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Revolusi Perindustrian Ke-4 atau IR 4.0 perlu diadaptasikan dalam perniagaan dan tadbir urus digital koperasi dalam mendepani era cabaran pandemik COVID-19. Warga koperasi perlu mem persiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kecekapan sekali gus meningkatkan kemahiran berfikir bagi menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang menjadi antara cabaran terkini bagi gerakan koperasi di Malaysia. Demikian menurut Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan perasmian ‘Program Webinar ke Arah Pendigitalan Koperasi Malaysia (Siri 3)’ pada 25 September 2021 menerusi aplikasi Zoom Meeting . Menurut beliau, ANGKASA bersama-sama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) sedang berusaha merencanakan Program Rintis Khas Adaptasi Teknologi dan Digitalisasi – Cooperatives in Digital Era (CiDER) kepada gerakan koperasi. “Hasrat ANGKASA agar program kerjasama CiDER dengan MEDAC dan MTDC berupaya menyemai inovasi digital dalam sektor koperasi pemula niaga yang menjadi sebahagian usaha bagi memastikan warga koperasi
Sebahagian daripada peserta program.
bersedia serta berdaya saing dalam era IR 4.0. “Ilmu pengetahuan dan adaptasi digital adalah suatu keperluan bagi kita untuk sama-sama memastikan perniagaan koperasi dapat kekal berdaya saing dan maju,” ujar beliau.
Seramai 116 peserta wakil koperasi mengikuti program tersebut yang turut berlangsung menerusi Facebook ‘ANGKASA Coop’ termasuk Timbalan Presiden ANGKASA, Naib-Naib Presiden ANGKASA, Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri
dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA. Objektif webinar berbentuk forum ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada koperasi mengenai peluang perniagaan digital yang boleh diceburi selaras dengan norma baharu.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease