13 ANGKASA
OKTOBER 2021
Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Inovasi dan Teknologi ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang bertindak selaku moderator program banyak merungkai permasalahan dan potensi pendigitalan dalam perniagaan koperasi selain menguruskan sesi perbincangan serta soal jawab dengan sokongan tiga penceramah jemputan iaitu Acting Director, Institute Of Quality Management, Open University Malaysia (OUM), Dr. Haji Mohd Nazri Haji Mohd Noor; Felo Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Rizal Mohd Yusof dan Naib Presiden, Jabatan Program Adaptasi Teknologi, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Puan Salwa Hashim.
Sesi penggulungan dan penutup program disempurnakan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Inovasi dan Teknologi ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohamad Shukree Che Isa. Beliau dalam ucapannya memberi penekanan terhadap perubahan atau peralihan inovasi yang diperlukan oleh koperasi agar dapat menyokong segala keperluan baharu dan kecekapan dalam penggunaan Internet of Things sama ada dari segi perkakasan atau perisian. Program yang berlangsung selama lebih empat jam itu telah menerima pelbagai soalan serta pandangan daripada kalangan peserta yang mahukan pencerahan tentang strategi dan inovasi yang lebih sesuai dalam perniagaan koperasi.
IR 1.0
IR 2.0
IR 3.0
IR 4.0
Sejarah awal Revolusi Perindustrian (IR) bermula dengan (IR 1.0), yang berlaku antara akhir 1700-an dan awal 1800-an. Transformasi tenaga kerja manual kepada teknologi mesin enjin wap membolehkan penggunaan jentera serta menggalakkan perkembangan industri pesat di negara Eropah.
Revolusi Perindustrian Kedua atau (IR 2.0) bermula dengan pengenalan tenaga elektrik yang membolehkan pengeluar meningkatkan kecekapan dan membantu menjadikan jentera kilang lebih mudah alih. Pada fasa ini, konsep pengeluaran besar-besaran seperti jalur pemasangan diperkenalkan sebagai cara untuk meningkatkan produktiviti.
Revolusi Perindustrian Ketiga atau (IR 3.0) secara perlahan- lahan ketika pengeluar mula memasukkan lebih banyak teknologi elektronik dan akhirnya pada teknologi digital dan perisian automasi.
Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) memberikan kuasa kepada pemilik perniagaan untuk mengendali dan memahami dengan lebih baik setiap aspek operasi dan aktiviti yang dijalankan. Seterusnya, memungkinkan mereka memanfaatkan data segera untuk meningkatkan produktiviti, meningkatkan proses, mendorong pertumbuhan dan penjimatan kos.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease