14 ANGKASA
OKTOBER 2021
Pacu Pemikiran Keusahawanan kepada Pelajar
Dato’ Haji Kamarudin Ismail berucap merasmikan webinar.
Dr. Mohd. Azlan Yahya selaku Moderator program.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
sebanyak 2,457 buah dengan keanggotaan seramai 1.724 juta orang, syer/yuran berjumlah RM28.934 juta, aset berjumlah RM403.706 juta dan menyumbang perolehan sebanyak RM336.036 juta. Sebanyak 13 koperasi sekolah telah mencapai perolehan RM1 juta sehingga tahun Kewangan 2020 manakala enam buah koperasi sekolah lagi telah berjaya mencecah perolehan hampir RM1 juta (dalam lingkungan RM700,000 – 999,000). “Bagi tahun kewangan 2021, kita mengharapkan enam buah sekolah ini atau lebih akan meningkatkan perolehan mereka. 35 buah koperasi sekolah mendapat perolehan dalam lingkungan RM500,000 – RM700,000. “ANGKASA juga yakin pasaran perniagaan koperasi sekolah berpotensi maju dan diperluaskan hingga ke peringkat global. Ia selaras dalam usaha ANGKASA mempergiatkan kerjasama strategik dengan koperasi luar negara,” jelas beliau. Dato’ Haji Kamarudin berkata demikian sewaktu berucap dalam perasmian WEBINAR AURA SIRI 7 bertajuk ‘Koperasi Sekolah Pemacu Keusahawanan Murid’ pada 29 September 2021. Program yang berlangsung secara maya itu menampilkan Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya selaku Moderator. Beliau telah membahagikan pembentangan tersebut kepada tiga pusingan iaitu sesi perkongsian pengalaman, perbincangan isu dan cabaran koperasi sekolah dalam melaksanakan agenda pembudayaan keusahawanan dan sesi soal jawab. Tiga ahli panel telah dijemput bagi menyampaikan ceramah masing-masing iaitu Prof. Dr. Balakrishnan A/L Parasuraman daripada Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan; Encik Ainor Faiz Shuib daripada Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Puan Zaraiton Yusof, (CEO- Koperasi), Koperasi SMK Tansau Berhad.
Usaha yang lebih padu perlu digerakkan terutamanya oleh barisan kepimpinan koperasi bagi membantu menerapkan semangat dan pemikiran dalam bidang keusahawanan kepada pelajar koperasi sekolah. Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Sekolah (BSE), Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, proses tersebut sangat penting dalam usaha mentransformasikan ekonomi dan komuniti keusahawanan negara serta membentuk semangat keusahawanan dalam masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Katanya, sejajar dengan kejayaan koperasi sekolah yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam sumbangan perolehan setanding dengan koperasi dewasa, sudah tiba masanya pelajar diberikan lebih banyak tanggungjawab, kepercayaan dan sokongan oleh guru koperasi. “Mereka perlu diberi lebih banyak peluang dan latihan secara langsung dalam keusahawanan melalui bimbingan guru. Selain itu, pihak pentadbir dan koperasi sekolah juga perlu memahami peranan mereka sebagai ejen dalam membudayakan pemikiran keusahawanan dalam kalangan murid,” katanya. Menurut beliau, ANGKASA melalui BSE telah melaksanakan banyak program pembangunan perniagaan koperasi sekolah. ANGKASA juga menyasarkan lebih 20 kios koperasi sekolah dibuka setiap tahun. Kios tersebut boleh diusahakan sendiri oleh koperasi atau disewakan kepada pihak lain atau kedua-duanya sekali. Antara jenis-jenis kios yang mendapat sambutan ialah kios tetap (bangunan) di tepi pagar kawasan sekolah, kios bergerak dan kios kontena. Sebagai rekod, sehingga 31 Disember 2020, bilangan koperasi sekolah berdaftar adalah
Prof. Dr. Balakrishnan A/L Parasuraman.
Encik Ainor Faiz bin Shuib.
Puan Zaraiton binti Yusof.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease