15 ANGKASA
OKTOBER 2021
Koperasi Kariah Masjid Pemangkin Pembangunan Komuniti
koperasi kariah masjid diperluaskan supaya anggota yang bukan beragama Islam dapat menyertai koperasi. Entiti koperasi kariah masjid juga berbeza daripada jawatankuasa masjid. ANGKASA juga turut menyumbang sebanyak RM500 pada koperasi kariah masjid yang mengadakan mesyuarat agung terutama yang baru menubuhkan koperasi. ANGKASA turut menyediakan kursus modal insan kepada anggota supaya memahami perjalanan koperasi dan aktiviti berjalan lancar selain dalam usaha memperkenalkannya ke negara luar seperti Indonesia dan Kemboja. Terdahulu, Naib Presiden, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapan perasmiannya menyebut sehingga Disember 2020, terdapat kira-kira 500 buah koperasi kariah masjid telah ditubuhkan dan menyumbang kepada perolehan sebanyak lebih RM15 juta kepada negara. Konsep koperasi kariah masjid bukan sahaja untuk memberi manfaat semasa di dunia malah, adalah pelaburan ke arah memberi pulangan kepada kehidupan di akhirat. Koperasi kariah masjid menjana pendapatan ekonomi anggota kariah selain memberi peluang pekerjaan kepada mereka. Sekiranya
lebih 6,000 masjid menubuhkan koperasi kariah masjid, pasti ia dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada komuniti dan negara. Melalui koperasi, institusi masjid dapat menyediakan peluang lot kedai untuk menyemarakkan lagi aktiviti ekonomi di kariah tersebut. Koperasi kariah masjid juga berpeluang menyediakan penginapan kepada musafir, selain kepimpinan di peringkat masjid dapat ditingkatkan melalui tadbir urus koperasi yang sistematik. Barisan ahli panel lain terdiri daripada Pengerusi Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad, Prof Dr. Abd Razak Chik dan Anggota Lembaga Koperasi Kariah Masjid Bertam Berhad, Encik Hasbullah Abu Hassan. Seramai 170 peserta mengambil bahagian dalam webinar tersebut yang turut melibatkan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Shaharuddin Mohd Saad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya, anggota KKM Bertam Berhad dan pegawai- pegawai kerajaan.
tahun 2011, penubuhan koperasi kariah masjid mula diletakkan di bawah seliaan koperasi komuniti. Koperasi kariah masjid (KKM) bermaksud mengoptimumkan sumber modal dan kepakaran daripada anggota sesebuah kariah. Selain menjadi tempat beribadah, masjid juga merupakan penyatuan sosial dan membangunkan ekonomi dan taraf hidup anggota kariah. Penglibatan menyeluruh daripada anggota kariah adalah diperlukan dalam membangunkan koperasi kariah masjid. Selain dapat memperkenalkan aktiviti ekonomi, koperasi kariah masjid juga dapat mempromosi agama Islam kepada anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Konsep berkoperasi dalam
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Masjid adalah institusi yang paling rapat dengan komuniti dan ia membawa penyatuan yang bermakna pada pembangunan ekonomi dan sosial ummah. Webinar anjuran ANGKASA- UMK Research Academy (AURA) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan berkongsi pelbagai pendekatan daripada perspektif industri, ahli akademik dan usahawan koperasi yang boleh dimanfaatkan dalam menjadikan koperasi kariah masjid pemangkin pembangunan komuniti. Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KONSORMAS, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pada
Rakan Strategik
Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)
Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!
Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.
www.myangkasaamanah.com.my
Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut
C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my
myangkasaamanahberhad myangkasaamanah
03-7887 5600 /4300 09-7887 2300
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease