16 KOPERASI
OKTOBER 2021
KOKUSDA mahu lebih dikenali sebagai pengeluar produk koperasi Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad (KOKUSDA)
‘Teh Tarik Tudya-SR’ yang mengandungi pemanis stevia dan khasiat tambahan daripada herba-herba terpilih adalah antara produk KOKUSDA yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Kejayaan tersebut telah memberi keyakinan kepada koperasi untuk menghasilkan produk kedua iaitu minuman berasaskan coklat untuk menarik minat para ibu bapa yang mahukan minuman bernutrisi untuk anak-anak mereka. Penasihatnya, Prof. Dr. Hajah Hamsiah Ismail, turut menyatakan penghargaan kepada ANGKASA kerana telah memilih dua produk tersebut untuk menyertai program ‘ 100 Product Champion ’. “Melalui program ini, KOKUSDA telah diberi geran berjumlah RM50 ribu untuk tujuan menaik taraf kualiti pembungkusan dan pelabelan produk supaya memenuhi kriteria bagi eksport,” ujar beliau. Tambah beliau, dalam usaha untuk lebih dikenali sebagai pengeluar produk koperasi, KOKUSDA menyusun strateginya bagi menghasilkan lebih banyak produk antaranya adalah minuman berkarbonat yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan. Koperasi ini ditubuhkan dengan objektif untuk me ningkatkan kesejahteraan anggota dengan membantu me masarkan produk-produk kesihatan, makanan dan minuman ser ta kosmetik dan kelengkapan dan danan diri yang dihasilkan oleh sya rikat-syarikat di bawah naungan KUSDA Holdings. Pengerusinya, Haji Jamaludin Mat Piah berkata, selain diberi pendedahan mengenai selok belok perniagaan, koperasi juga turut membuka peluang kepada anggota untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjadi pengedar khas kepada produk yang dihasilkan selain memberi bimbingan dan latihan keusahawanan kepada seramai 30 orang ibu tunggal.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Kejayaan menembusi pasaran antarabangsa merupakan satu langkah ke hadapan terhadap usaha dan kesungguhan Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad (KOKUSDA) untuk terus berjaya. KOKUSDA yang mula ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini mempunyai keanggotaan seramai 74 orang itu kini menjadi antara 12 koperasi yang telah berjaya menempatkan dua produk keluaran mereka di rangkaian Pasar Raya Hao Mart, Singapura pada November 2020. Dua produk tersebut adalah ‘Teh Tarik Tudya-SR’ dan ‘Minuman pracampur Coklat’.
Melalui kerjasama antara ANGKASA dengan rakan strategiknya iaitu amaxMALL, kerjasama antara ANGKASA dengan rakan strategiknya iaitu amaxMALL, dua produk keluaran KOKUSDA iaitu ‘Teh Tarik Tudya-SR’ dan ‘Minuman pracampur Coklat’ kini boleh dibeli oleh penduduk di Singapura.
Penasihat KOKUSDA, Prof. Dr. Hajah Hamsiah Ismail. KOKUSDA, Prof. Dr. Hajah Hamsiah Ismail.
Pengerusi KOKUSDA, Haji Jamaludin Mat Piah. KOKUSDA, Haji Jamaludin Mat Piah.
Pekerja makmal melakukan uji kaji terhadap produk ‘Minuman makmal melakukan uji kaji terhadap produk ‘Minuman pracampur Coklat’
Pekerja menimbang berat setiap paket minuman ‘Teh Tarik menimbang berat setiap paket minuman ‘Teh Tarik Tudya-SR’.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease