WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2021

18 RENCANA

OKTOBER 2021

Pertanian Pintar: Peluang Baharu untuk Sektor Koperasi

Oleh SAFINAH SAUPI

Sektor pertanian merupakan sektor ketiga terpenting negara selepas perkhidmatan dan pembuatan. Sektor ini, memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Malaysia sebagai pengeluar makanan, bahan mentah berterusan untuk sektor pembuatan, industri pemprosesan dan pengeluaran produk. Selain itu, sektor pertanian juga adalah sumber pekerjaan dan pendapatan kepada sebahagian besar penduduk Malaysia khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar. Pada 2020, sektor ini menyumbang 7.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menguncup 1.2 peratus akibat pandemik COVID-19. Menerusi Rancangan Ma­ laysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan akan mencergaskan lagi per- tumbuhan sektor pertanian. Pertanian pintar dikenal pasti industri dan aktiviti strategik berimpak tinggi menjadi pe­ mangkin pertumbuhan sektor ini. Program pertanian pintar merupakan dasar baharu diperkenalkan kerajaan un­ tuk memperkukuhkan per­ tumbuhan ekonomi domestik negara. Sektor pertanian negara merangkumi sektor pertanian koperasi akan dipergiat meng- gunakan teknologi pintar untuk meningkatkan produktiviti dan

DATO’ HAJI KAMARUDIN HAJI ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Anggota Lembaga ICA Global

koperasi dan petani kecil harus mengikut arus perdana, berubah dan mengadaptasikan pertanian pintar. Teknologi pintar adalah inovasi pertanian baharu dalam era digital menggunakan pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi di ladang seperti GPS, GIS, penginderaan jauh, teknologi radar dan Sistem Sokongan Keputusan (DSS) melalui rangkaian tanpa wayar untuk menerima, menghantar dan menilai menggunakan pakej perisian. Proses pertanian pintar meliputi pengumpulan data, diagnosis data, analisisdata,pelaksanaanrancangan projek dan penilaian. Setiap langkah pengelolaan ladang dikendalikan menggunakan teknologi dalam memeta kondisi tanah, penyiraman, pembajaan, pengendalian penya- kit dan serangga, penuaian, pengiraan untung dan perancangan penanaman musim berikutnya. Kesannya, pertanian pintar dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti pengeluaran ladang, keberkesanan kos, mengurangkan kesan persekitaran dan kos pengeluaran, tenaga kerja,

memperkukuhkan tahap sekuriti makanan negara. Peruntukan pembiayaan dan bantuan disediakan kepada pekebun dan petani termasuk koperasi yang ingin meningkatkan teknologi dalam aktiviti pertanian mereka. Dalam tempoh RMK- 12, usaha ditumpukan kepada mempercepatkan peralihan industri pertanian kepada yang lebih sofistikated dengan menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi, memperluaskan pasaran global dan menarik pelaburan berkualiti serta menyumbang kepada pencapaian agenda ekonomi hijau. Tiada satu definisi tunggal mengenai pertanian pintar. Ada yang mendefinisikannya sebagai penyatuan teknologi data dan komunikasi dalam sistem pengeluaran pertanian. Ada yang mendefinisikan pertanian pintar sebagai penggunaan pemindahan maklumat dalam sistem penyimpanan digital bagi membolehkan data ladang berbeza

digabungkan dan dinilai dalam membuat keputusan. Sistem Maklumat Pengurusan Ladang (FMIS) merupakan definisi akademik pertama pertanian pintar. FMIS didefinisikan sebagai sistem untuk mengumpul, menyusun, memelihara dan menyebarkan data dalam format yang boleh diterima untuk kejayaan dan fungsi tanah pertanian. Secara umumnya, pertanian pintar bermaksud penggunaan teknologi pintar bagi meningkatkan pengeluaran hasil tani. Matlamat utama kerajaan melalui dasar ini adalah untuk mengubah pertanian tradisional ke arah pertanian cerdas berteknologi tinggi menggunakan informasi canggih dalam pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta menggunakan sistem sensor untuk memantau dan menilai pengeluaran secara real-time. Hal ini perlu terutamanya kerana perubahan tingkah laku pengguna kesan Covid-19 telah mengarah ke norma baharu. Sektor pertanian,

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease