19 RENCANA
OKTOBER 2021
menjimatkan masa dan membawa kepada pertanian lestari. Pertanian pintar menggabungkan rangkaian sensor persekitaran dan analisis berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti teknologi digital, bioteknologi, mesin pertanian moden, Internet of Thing (IoT) dan sistem sensor pintar dalam membantu penanaman dan pengeluaran. Misalnya melalui teknologi sensor, pengumpulan data pertanian lebih terjamin. Sensor boleh mengesan kuantiti persekitaran dan fizikal (suhu, kelembapan, cahaya, tekanan, kehadiran atau ketiadaan sesuatu dan ukuran objek) kemudian mengubahnya menjadi isyarat yang dapat ditafsirkan dan dikumpulkan sebagai data seterusnya dapat memantau situasi tanaman di ladang. Teknologi IoT juga boleh dikembangkan untuk pertanian rumah hijau. Rumah hijau dilengkapi sensor untuk mengukur udara, tanah dan cahaya yang mana petani dapat memantau melalui telefon pintar atau peranti pintar dalam masa nyata. Platform Intelligance Farm atau i-Farm contoh penggunaan platform IoT yang dikembangkan oleh Advanced Info Service (AIS) untuk rumah hijau sayur-sayuran. Teknologi AI boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi memantau dan menganalisis kesihatan ayam dengan meng gunakan kamera CCTV dan sensor. AI juga boleh digunakan untuk menyediakan ramalan cuaca (suhu, ramalan hujan dan jumlah hujan) di lokasi tertentu, memberi gambar satelit untuk memantau kesihatan tanaman, memberi nasihat, petua dan pengetahuan penanaman hingga ke penuaian. Selain Malaysia, kerajaan Thailand menerusi Kementerian Pertanian dan Koperasi (MOAC) turut memfokuskan pembangunan pertanian pintar sebagai agenda penting negara dan meng gariskannya dalam Pelan Pem bangunan Nasional untuk tempoh 20 tahun ke depan (2017 – 2036). Ini bagi menggerakkan projek-projek berkaitan pertanian pintar agar sektor pertanian negara itu lebih berdaya maju. Menurut Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, konsep pertanian pintar merupakan satu peluang baharu yang harus direbut oleh koperasi untuk menaik taraf pengurusan pertanian berasaskan teknologi baharu. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pem bangunan Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA berkata, konsep agri-koperasi boleh menukar model perniagaan tradisional dan aktiviti pertanian konvensional menjadi model pintar bagi setiap rantaian nilai sektor ini.
ANGKASA menyarankan supaya setiap koperasi perladangan meningkatkan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi di ladang untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran.
Potensi teknologi pintar yang dimanfaatkan itu kelak diharap dapat meningkatkan pengeluaran pertanian sekali gus berupaya menyumbang kepada bekalan makanan yang mencukupi dan tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada makanan import. ekonomi Justeru, dalam persekitaran dunia dan ekonomi yang tidak menentu dan sentiasa berubah seperti keadaan sekarang, koperasi harus berpotensi membina kekuatan dan menyelesaikan kelemahan bagi menghadapi ancaman luaran. “Dalam pengurusan hari ini, amat penting memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk mencapai kedudukan daya saing yang lebih baik dalam semua segi. Koperasi seperti juga syarikat lain yang beroperasi dalam pasaran dan tidak boleh ketinggalan dari kemajuan. “Koperasi harus berada di barisan hadapan dalam revolusi teknologi jika ingin bersaing dengan organisasi lain yang ada di setiap sektor. Nilai- nilai koperasi seperti menolong diri sendiri, tanggungjawab diri, demokrasi, kesaksamaan, ekuiti atau solidariti perlu difasilitasi dan dipertingkat sesuai dengan perkhidmatan koperasi sebagai sebuah organisasi perniagaan,” ujar Dato’ Haji Kamarudin. Teknologi seperti peng komputeran awan, IoT, data raya (BD), dan blockchain adalah inovasi yang telah mengubah tingkah laku masyarakat dan proses perniagaan dalam semua entiti awam, swasta dan koperasi. Perkembangan teknologi berterusan sejak Revolusi Perindustrian dan kini, intensiti dan kepantasan pengenalan teknologi baharu dalam semua kehidupan
ningkatkan sektor pertanian. Selain itu, Cropio turut memperluaskan penyelesaian kecekapan kepada pelbagai vendor dalam pengumpulan semua data yang diperlukan oleh petani dengan cara yang mudah. Petani tidak perlu memuat turun program baharu dan data boleh ditukar dari satu peranti ke peranti lain atau dari satu format ke format lain. Kesimpulannya, penggunaan teknologi digital memberi kesan pelbagai. Pertama, teknologi ini mempunyai kesan ekonomi yang relevan, mewujudkan pekerjaan dan perniagaan baru serta meningkatkan daya saing koperasi yang telah mapan (kelestarian ekonomi). Kedua, dari segi iklim atau isu habitat, sistem pertanian pintar mengurangkan penggunaan air dan racun perosak. Penggunaan teknologi ini meningkatkan kelestarian alam sekitar. Ketiga, dari segi masalah sosial, membantu membangunkan kawasan luar bandar yang menjadi tempat tinggal kebanyakan penduduk miskin (kelestarian sosial). Teknologi ini mengubah sektor pertanian ke arah lebih pintar dan lestari dalam masa yang sama memerangiperubahaniklim.Konsep pertanian pintar ini berkaitan dengan sekurang-kurangnya lima matlamat pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Matlamat 8: Kerja Wajar dan Pertumbuhan Ekonomi; Matlamat 9: Industri, Inovasi, dan Infrastruktur; Matlamat 11: Bandar dan Komuniti Lestari; Matlamat 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab; dan Matlamat 13: Tindakan Iklim.
mendorong perubahan paradigma ekonomi selain mempengaruhi hubungan pasaran dan aktiviti perniagaan terutama penggunaan secara intensif kod dan data. Selain itu, dasar pertanian pintar ini juga boleh mencipta peluang perniagaan dan pekerjaan baharu dalam bidang teknologi pertanian yang mana koperasi juga berpeluang menceburinya. Contohnya seperti Cropio. Cropio adalah sistem pengurusan menggunakan medan satelit yang dikembangkan oleh New Science Developments New York pada 2013 dan kemudianya dibeli oleh syarikat Syngenta pada 2019. Ia merupakan firma pertanian pertama mempunyai akses ke platform terkemuka pasaran pertanian teratas – Amerika Syarikat, China, Brazil dan Eropah Timur. Pasaran empat negara ini menggabungkan 98 juta ekar ladang pertanian dan dikendalikan di peringkat antarabangsa meng gunakan platform Syngenta Automated . Pada akhir tahun 2020 pertanian dan perdagangan komoditi meningkat dua kali ganda. Sebagai platform pengurusan tanaman, kesihatan dan kawalan tanaman, Cropio membolehkan penggunanya merancang dan menjalankan operasi pertanian dengan berkesan. Ia menawarkan kemaskini semasa mengenai keadaan ladang dan tanaman, menjelaskan tahap kesuburan tum buh-tumbuhan, mengenal pasti masalah tanaman dan kawasan dan memberi maklumat ramalan cuaca dan laporan pasaran komoditi yang tepat. Tujuan utama dan fungsi Cropio adalah untuk memaksimumkan penggunaan sumber dan me
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease