3
ANGKASA
OKTOBER 2021
Rakyat (JKPR), Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) dan Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi dalam Talian (e-Dapat). “Program JKPR menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk diberikan kepada koperasi-koperasi yang terlibat secara langsung dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan sekali gus membolehkan mereka menawarkan potongan harga sehingga 15 peratus. Ini akan menggalakkan rakyat untuk melakukan perbelanjaan di kedai-kedai milik koperasi,” katanya. Beliau memuji kesungguhan ANGKASA yang berusaha mening katkan literasi digitalisasi dalam kalangan warga koperasi menerusi Projek Barangan Asas 100 (BA100) . Tan Sri Noh juga menyatakan hasratnya untuk menghidupkan kembali Deklarasi Putrajaya bagi menyelaraskan fungsi SKM, IKMa dan ANGKASA supaya mempunyai hala tuju ke hadapan yang lebih jelas. Tambah beliau, peranan koperasi bukan sekadar memberi dividen kepada anggota sahaja, malah mewujudkan suasana kekeluargaan selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah menyatakan komitmen berterusan ANGKASA untuk terus memperkukuhkan kerjasama dengan MEDAC, SKM dan IKMa dalam usaha menjadikan koperasi sebagai jentera pengagihan sosioekonomi yang adil dan saksama buat rakyat. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Menteri MEDAC, Datuk Kamaruzzaman Johari; Pengerusi IKMa, Datuk Wira Rosli Mat Hasan; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
Tan Sri Noh turut meluangkan masa melawat Muzium Koperasi Malaysia di ibu pejabat ANGKASA.
Dalam majlis yang sama, Tan Sri Noh Omar turut melancarkan ANGKASA Virtual Run 2021 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor sempena Sambutan Jubli Emas penubuhan ANGKASA ke-50.
Dari Meja Presiden
lagi standard Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada koperasi. Kepentingan sijil pematuhan syariah ini juga adalah untuk memberi gambaran secara lebih positif kepada pelanggan dan masyarakat terhadap tadbir urus perniagaan koperasi. Ia sekali gus dapat membantu menghapuskan segala bentuk penipuan dalam perniagaan dan secara tidak langsung dapat menggunakan sumber ekonomi secara lebih optimum dan diyakini halal. Justeru, marilah kita bersama-sama mengambil tanggungjawab memastikan setiap urusan yang dijalankan oleh koperasi mematuhi syariah yang sebetulnya serta mengikut hukum syarak demi kelestarian ummah.
Usaha ANGKASA untuk memastikan sektor koperasi memilih platform syariah dalam tadbir urus perniagaannya terus diperhebat melalui pengenalan ciri-ciri keselamatan baharu dalam Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA. Pendekatan digitalisasi ini diambil sebagai satu langkah ke hadapan demi memastikan tidak berlakunya sebarang ketirisan informasi dan risiko pemalsuan sijil pematuhan syariah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain meningkatkan ciri-ciri keselamatan dalam pensijilan, kredibiliti Jawatankuasa Syariah ANGKASA yang mempunyai kepakaran dalam bidang Syariah Muamalat dan juga bidang- bidang yang berkaitan dengannya turut meningkatkan
Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease