WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2021

Koperasi Miliki Daya Penggerak yang Kuat

Tan Sri Noh juga turut menyampaikan Bantuan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi (Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat) untuk gerakan koperasi negeri Kedah berjumlah RM225,000.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Menurut Tan Sri Noh, kerajaan mahu melihat gerakan koperasi terus berperanan sebagai sektor ketiga penyumbang ekonomi negara dan pada masa yang sama, mahu memastikan peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dapat dipertingkatkan mengikut perkembangan semasa. Selain itu katanya, proses membangunkan ummah menerusi koperasi juga antara yang akan diberi penekanan oleh kerajaan dengan cara meningkatkan kualiti tadbir urus koperasi melalui pemerkasaan koperasi komuniti seperti koperasi kariah masjid dan koperasi belia. Beliau juga turut menyatakan keyakinan bahawa koperasi akan mampu menjadi penggerak yang lebih unggul serta menjadi pemangkin peningkatan ekonomi anggota dan masyarakat khususnya

generasi muda dan kepimpinan koperasi di masa depan. Tan Sri Noh berkata demikian sewaktu berucap dalam Program Penyerahan Bantuan dan Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi Negeri Kedah 2021 anjuran SKM di Alor Setar 26 September 2021. Antara objektif Program Penyerahan Bantuan dan Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi adalah untuk membantu menangani peningkatan kos sara hidup rakyat termasuk anggota koperasi yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40 dan M40. Selain itu, program yang berlangsung di Menara Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad di Alor Setar itu turut bertujuan untuk membantu merancakkan semula ekonomi koperasi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 khususnya koperasi di negeri Kedah. Pada majlis tersebut, Tan Sri Noh telah menyerahkan Mock Cheque kepada lima koperasi penerima Bantuan Pembangunan Koperasi berjumlah RM272,000 dan tiga koperasi penerima Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) berjumlah RM191,300. Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Menteri MEDAC, YB Muslimin Yahaya; Ketua Setiausaha MEDAC, Dato' Suriani Dato' Ahmad; Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron; Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor; Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah; Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abdul Rani Lebai Jaafar; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Pengarah SKM Cawangan Negeri Kedah, Hajah Norzila Nayan.

Koperasi waja mempunyai daya penggerak yang kuat dan berpengaruh bagi memastikan sistem pentadbiran koperasi sentiasa berada di landasan yang betul. Hal tersebut penting demi masa depan gerakan koperasi yang lebih terjamin selain dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Haji Omar berkata, usaha meningkatkan kefahaman dan menyatupadukan anggota juga merupakan antara agenda yang perlu diberi perhatian serius oleh barisan kepemimpinan dalam menggerakkan koperasi.

Sebahagian tetamu undangan dan wakil koperasi yang hadir.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease