7
OKTOBER 2021
Memastikan Bekalan Terus Konsisten
Lawatan ke Pasar Bisik, Kota Kuala Muda.
Dato’ Dr. Abdul Fattah melihat produk hiliran hasil aktiviti laut pengusaha tempatan edaran PNK Kuala Muda. Turut sama ialah Dr. Mohd Azlan Yahya (paling kiri) dan Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh (dua dari kiri).
Dato’ Dr. Abdul Fattah turut dibawa menyaksikan aktiviti jual beli hasil tangkapan laut di Pasar Bisik.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Muda dicadang supaya dapat menstruktur semula konsep pemasaran hasil tangkapan laut termasuk produk hilirannya. Ia bagi memastikan penyertaan mereka dalam Projek Barangan Asas 100 (BA100) menghasilkan impak lebih positif dan sentiasa konsisten. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, faktor peningkatan jumlah outlet BA100 di seluruh negara telah menyebabkan aliran dagangan produk barangan pengguna menjadi semakin besar dan kerap. Justeru, dalam usaha untuk memastikan bekalan dapat disalurkan secara konsisten, pasukan BA100 ANGKASA akan bekerjasama dengan pengurusan PNK Kuala Muda dalam aspek pembekalan dan sebagai permulaan, tumpuan akan diberi kepada pasaran outlet BA100 di negeri- negeri utara Semenanjung terlebih dahulu.
Beliau berkata demikian sewaktu mengadakansesiperbincanganbersama wakil PNK Kuala Muda di Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda, Kedah pada 3 Oktober 2021. Hadir sama dalam perbincangan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; barisan Anggota Jawatakuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah diketuai Pengerusinya, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Kedah, Dr. Haji Abdul Salim Tajudin; Pengerusi PNK Kuala Muda, Encik Muhammad Kamal
Abidin; Pengarah Urusan Realfact Global Sdn. Bhd., Dato' Azhar Baharuddin dan Pengurus Besar
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease