WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2021

8 ANGKASA

OKTOBER 2021

Bantu Bersama bagi Pemuliharaan Alam Sekitar

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

ANGKASA melibatkan

dan

YHM

turut

aspek perkongsian informasi, promosi dan pendidikan mengenai Program Penghijauan Malaysia. Encik Amin dalam ucapannya menjelaskan tentang fungsi dan peranan YHM iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang kini sedang giat berusaha untuk mendapatkan sumbangan dana kewangan bagi melaksanakan program penanaman pokok selaras dengan usaha menjayakan 'Kempen Penanaman 100 Juta Pokok' oleh kerajaan. Katanya, selain menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti penanaman pokok menerusi kempen yang dijalankan dari semasa ke semasa, YHM juga turut merekodkan setiap aktiviti dan perkembangannya melalui aplikasi 'Penghijauan Malaysia' di laman web www.100jutapokok.gov.my Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail; Naib- Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Usaha pemuliharaan alam sekitar memerlukan kerjasama semua pihak sebagai tanda sokongan terhadap Program Penghijauan Malaysia melalui kempen menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA sangat mengalu-alukan penyertaan koperasi dalam kempen tersebut sebagai salah satu langkah membantu menangani masalah pelepasan karbon yang semakin meningkat. Katanya, COOPCARE Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merupakan satu program ulung ANGKASA dengan kerjasama gerakan koperasi yang digerakkan bagi memberi impak positif terhadap alam sekitar seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dato' Dr. Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ANGKASA dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) bagi pelaksanaan Program COOPCARE KOPERASI PRIHATIN SEJUTA POKOK pada 29 September 2021. Sesi menandatangani MoU yang berlangsung secara maya itu telah ditandatangani oleh Dato' Abdul Fattah sebagai wakil ANGKASA manakala YHM pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Amin Abdullah. Bidang kerjasama antara

Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Encik Amin Abdullah.

Sebahagian daripada wakil kedua-dua pihak yang bersidang secara maya melalui aplikasi Zoom Meeting .

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease