WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2021

NOVEMBER 2021 JILID: WP03 /11

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

ANGKASA Cemerlang Sebagai Badan Apeks Gerakan Koperasi Negara

SAJAK

KOPERASI LAMBANG KEJAYAAN KOPERASI dan kehidupan

seiringan perjalanan rasa kebersamaan sama seperjuangan kecapi keuntungan menerajui kejayaan.

Ayuh! Marilah… jalankan berbagai perusahaan di bumi makmur tuhan KOPERASI lambang kejayaan bagi menuju masa depan terbentang ladang luas tanaman.

Kelapa sawit, getah, tanaman kontan laksana pelbagai perniagaan

Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) 2021.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Katanya, tindakan bersama tersebut dapat dilihat menerusi pengiktirafan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) terhadap kepimpinan tertinggi ANGKASA dalam pelbagai bidang. Tindakan ini dapat memastikan segala usaha untuk menjadikan koperasi sebagai agen pemacu sosioekonomi anggota dan masyarakat diiktiraf di peringkat antarabangsa serta selari dengan hala tuju, matlamat dan rancangan yang ditetapkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

haiwan ternakan pilihan pertanian juga kolam ikan.

Usaha ANGKASA meneruskan kecemerlangan sektor perniagaan koperasi ke peringkat antarabangsa telah banyak mencipta sejarah sepanjang 50 tahun penubuhannya sebagai badan apeks gerakan koperasi di negara ini. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, kesungguhan ANGKASA dalam menjalankan fungsi dan peranannya telah terbukti melalui usaha berterusannya memperjuang, mengawasi dan menjaga kepentingan pembangunan koperasi tanpa mengetepikan tanggungjawab anggota.

KOPERASI bukan sekadar kehidupan bagi manusia menternak haiwan membawa kejayaan ekonomi menampung kehidupan indah ini di hamparan muka bumi ini.

BERSAMBUNG DI MUKA 4

KOPERASI dan kehidupan tak akan dipisahkan hingga ke akhir zaman

memacu kejayaan meraih keuntungan.

MAULANA PUTERA Sri Mawar, KSC Timur Kuala Lumpur 1 November 2021

MAPA 2021 berlangsung secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya. 2021 berlangsung secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.

2

MAPA 2021 Berjalan Lancar Penganjuran Secara Hibrid

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Undang Kecil (UUK) baharu yang telah diluluskan dan didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 9 Jun 2021 lalu dan Garis Panduan No.14B SKM - Pengurusan Mesyuarat Agung Wilayah Atau Kawasan Semasa Penularan Pandemik COVID-19. UUK baharu ini membawa perubahan yang signifikan iaitu perubahan terma Persidangan Negeri (PN) kepada Mesyuarat Agung Negeri (MAN) manakala

Mesyuarat Perwakilan ANGKASA (MAPA) 2021 berjalan lancar dengan menyaksikan penyertaan seramai 1,744 Agung perwakilan dari seluruh negara buat pertama kali penganjurannya secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, pada 13 November 2021. MAPA 2021 yang dahulunya dikenali sebagai Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) mengguna pakai Undang-

P engerusi MAPA, Haji Mohamad Noor Mohamad (kanan) dan Timbalan Pengerusi MAPA, Datuk Haji Haron Haji Abdullah.

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-5101 3388 Faks : 03-5101 3600 Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

3

dan usul negeri yang diterima. MAPA 2021 juga turut menyaksikan pengundian secara digital bagi memilih seorang Presiden, lima Anggota Lembaga, seorang Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan dan seorang Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan, mengesahkan pelantikan Wakil Kementerian Pem- bangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Wakil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), memilih enam orang daripada perwakilan negeri dan empat orang Anggota Lembaga Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan. Proses pengundian ber- jalan dengan lancar bermula kira-kira jam 12.00 tengah hari. Firma Audit Luar, Salihin & Co. diberi tanggungjawab untuk memantau dan mengesahkan keputusan dan dibantu barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai Pengerusinya, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad bagi memantau dan mengesahkan ketelusan keputusan pengundian sepanjang MAPA 2021 berlangsung. MAPA 2021 turut menyak- sikan kehadiran Pengarah Bahagian Penyeliaan Tadbir Urus SKM, Haji Ibrahim Kasah; Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dr. Hajah Salmah Ishak; Wakil Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Puan Suzana Alias serta barisan Jurucakap Negeri.

PKTA

kepada

MAPA

KEPUTUSAN PEMILIHAN DALAM MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA (MAPA) 2021 Presiden Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Anggota Lembaga 1. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik 2. Dr. Mohd Azlan Yahya 3. Dato’ Haji Kamarudin Ismail 4. Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa 5. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Haji Mohamad Noor Mohamad Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) Datuk Haji Haron Haji Abdullah Keputusan Pemilihan Enam Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA

dengan memperlihatkan pengosongan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN). Selain itu, perubahan juga melibatkan perwakilan koperasi ke MAN dan Perwakilan Negeri iaitu 30 peratus dari koperasi aktif dalam negeri berkenaan ke MAPA. Terdahulu, MAN 2021 yang dirasmikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Pre- siden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah turut berjalan dengan lancar menerusi aplikasi Zoom Tele- Conferencing bertempat di 16 lokasi berasingan bermula 17 Ogos 2021 hingga 23 September 2021. MAPA 2021 dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA), Haji Mohamad Noor Mohamad dan dibantu oleh Naib Pengerusinya, Datuk Haji Haron Haji Abdullah. Mesyuarat dimulakan dengan Mengesahkan Minit Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-34 pada 29 Jun 2019. Sebanyak 12 agenda MAPA 2021 dibentangkan pada mesyuarat kali ini termasuk menimbang dan meluluskan Laporan Kewangan dan Belanjawan Bagi Tahun 2019, 2020, 2021, 2022 dan 2023; menimbang dan meluluskan Rancangan Perniagaan ANGKASA serta mendengar dan memutuskan usul dari- pada Lembaga ANGKASA

1. Haji Abdul Halim Ibrahim 2. Haji Asruddin Haji Abas 3. Puan Azizah Che Mamat 4. Haji Alimen Ahmad 5. Prof. Madya Dr. Razali Hasan 6. Puan Norizah Haji Abdullah

Dari Meja Presiden

dijalankan secara dalam talian menggunakan UUK baharu dan Garis Panduan NO.14B SKM – Pengurusan Mesyuarat Agung Wilayah atau Kawasan semasa penularan pandemik COVID-19. Kejayaan MAN 2021 dan MAPA 2021 ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada penganjuran yang sama pada masa akan datang menerusi pendekatan norma baharu. Dengan penyertaan yang tinggi secara dalam talian melalui aplikasi e-MAPA, telah berjaya memberi impak yang amat membanggakan setanding dengan penganjuran secara fizikal. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada bari- san Anggota Lembaga ANGKASA baharu yang dipilih pada MAPA 2021. Doa dan harapan

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) 2021 pada 13 November 2021 lalu. Penganjuran buat pertama kali tahun ini secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya telah berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya. Mesyuarat ini menyaksikan sejumlah 1,744 perwakilan koperasi seluruh negara menunaikan tanggungjawab dan amanah tersebut seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA. Setelah mengambil masa lebih kurang dua tahun, pada 9 Jun 2021, cadangan pindaan UUK telah diluluskan dan didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pada tahun 2021, Mesyuarat Agung Negeri (sebelum ini dkenali sebagai Persidangan Negeri) yang dilaksanakan pada 17 Ogos 2021 sehingga 23 September 2021 dan MAPA pada 13 November 2021

saya agar kepimpinan ini dapat menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah dan meneruskan legasi pada pada masa hadapan.

Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

4

DARI MUKA 1

Menurut Dato’ Dr. Abdul Fattah, usaha dan inisiatif ANGKASA ke arah menyokong penglibatan koperasi dalam aktiviti perniagaan dan projek rintis juga telah banyak meningkat- kan status koperasi khususnya dalam bidang yang diceburi. Katanya, potensi peluang rantaian perniagaan yang memberangsang- kan memberi peluang kepada koperasi untuk turut serta bagi membolehkan koperasi bertaraf

berkembang ke arah mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi gerakan koperasi Malaysia. “Anggota koperasi perlu sedar bahawa peranan koperasi kini dilihat mampu menjadi kaedah terbaik dalam menjalankan perniagaan. Koperasi juga perlu bersedia memainkan peranan dengan mempersiapkan diri dengan minda, kemahiran keusahawanan dan

mikro kekal aktif menjalankan aktiviti perniagaan dan diharap akan berubah status kepada koperasi bertaraf kecil, sederhana dan makro. “Projek Pemerkasaan Koperasi atau Co-operative Empowerment Project (CEP) di bawah Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA membuka peluang kepada koperasi untuk terlibat dalam kegiatan ekonomi berskala tinggi. Ini bagi membolehkan gerakan koperasi

sumber modal dalam projek CEP yang diteraju ANGKASA untuk memenuhi kehendak pasaran domestik dan antarabangsa," ujar beliau. Dato' Dr. Abdul Fattah berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) 2021 pada 13 November 2021 lalu. MAPA 2021 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali penganjurannya dijalankan secara

maya menerusi aplikasi Zoom Tele-Conferencing dan secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya. Mesyuarat yang di- sertai seramai 1,744 perwakilan berdaftar daripada 10,437 buah koperasi Ahli ANGKASA dari seluruh negara itu turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Bahagian Penyeliaan Tadbir Urus SKM, Haji Ibrahim Kasah; wakil Kementerian Pem­ bangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dr. Hajah Salmah Ishak; wakil Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Puan Suzana Alias serta barisan Jurucakap Negeri.

Sebahagian perwakilan yang mengikuti MAPA 2021 secara dalam talian.

Barisan jurucakap mendaftar.

5

MAPA 2021 Sokong Penuh 9 Pelan Perniagaan ANGKASA

Oleh NADIAH KAMARUDIN

pada Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) pada 13 November 2021. Sembilan pelan tersebut yang terkandung dalam Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA adalah untuk memperkasakan peranan gerakan koperasi sebagai antara penggerak dan penyumbang utama kepada pertumbuhan sosio- ekonomi negara. Encik Mohd Fadzil turut mencadangkan agar ANGKASA menceburi bi- dang perniagaan membekal

lembu

import

untuk

memandangkan keperluan terhadap perkhidmatan penjagaan warga emas yang berkualiti semakin diperlukan. Selain menyarankan kepada koperasi supaya memiliki aset dalam bentuk hartanah, Jurucakap Negeri Selangor, Encik Mohamad Khairi Ridwan Ideris daripada Koperasi Semarak Berhad turut mencadangkan agar lebih banyak koperasi dapat mengusahakan kedai Coop Hardware dan Coop Farmasi.

Dalam untuk membantu anggota koperasi yang terkesan dengan usaha musibah seperti bencana alam dan wabak penyakit, Jurucakap Negeri Pulau Pinang, Haji Nazhar Kader Bawa daripada Koperasi Kolej Vokasional Nibong Tebal Pulau Pinang Berhad telah mencadangkan supaya bajet kecemasan dapat dimasukkan dalam Belanjawan ANGKASA. Sementara itu, usul yang telah dibawa oleh Koperasi Ukhwah Barokah Kuala Terengganu Berhad iaitu ‘Perwakilan ke MAPA boleh diganti dengan wakil lain dengan syarat koperasi yang sama’ telah dibahaskan dan diterima oleh majoriti perwakilan.

Semua perwakilan pada Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) memberi sokongan penuh pada sembilan pelan perniagaan yang akan dilaksanakan oleh ANGKASA untuk tempoh lima tahun akan datang bagi memperkasakan lagi perniagaan koperasi. Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Jurucakap Negeri bagi Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Fadzil Abdul Ghani daripada Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad

memenuhi permintaan daging segar dan menangani isu-isu membabitkan kartel daging import. Jurucakap Negeri Pulau Pinang, Encik Aidi Roslan Khalim daripada Koperasi Tasek Gelugor Pulau Pinang Berhad pula mencadangkan ANGKASA supaya menceburi bidang perkhidmatan pusat jagaan orang tua dan rehabilitasi di bandar-bandar utama seluruh negara. Menurut beliau, perkara tersebut wajar diberi perhatian

Ketua Jurucakap , Haji Ismail Muda yang juga merupakan Jurucakap Negeri Terengganu daripada Koperasi Peka Malaysia Berhad.

Barisan jurucakap negeri yang hadir secara fizikal pada MAPA 2021 di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.

Jurucakap Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Fadzil Abdul Ghani daripada Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad.

Jurucakap kedua untuk Negeri Pulau Pinang, Haji Nazhar Kader Bawa daripada Koperasi Kolej Vokasional Nibong Tebal Pulau Pinang Berhad.

Jurucakap Negeri Selangor, Encik Mohamad Khairi Ridwan Ideris daripada Koperasi Semarak Berhad.

Jurucakap Negeri Pulau Pinang, Encik Aidi Roslan Khalim daripada Koperasi Tasek Gelugor Pulau Pinang Berhad.

6

Bagi merealisasikan peranan ANGKASA dalam memperkasakan gerakan koperasi, ANGKASA telah mewujudkan Pelan Induk Ekonomi Strategik ( Strategic Economic Master Plan ) yang telah menetapkan hala tuju yang lebih luas untuk gerakan koperasi bagi membolehkan semua koperasi menjadi penggerak utama dan komprehensif kepada aktiviti sosioekonomi negara. Terdapat sembilan projek memperkasakan koperasi yang akan dilaksanakan oleh ANGKASA yang melibatkan gerakan koperasi:

7

Warga Kerja ANGKASA Bantu Lancarkan MAPA 2021

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Aplikasi e-MAPA yang diguna pakai bermula tahun ini telah berjaya menghubungkan komu­ nikasi secara berkesan antara barisan kepimpinan ANGKASA, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara secara serentak. Kejayaan tersebut banyak dibantu oleh petugas ANGKASA daripada pelbagai bahagian khususnya daripada Bahagian Sekretariat, Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA, Bahagian Komunikasi Korporat, petugas Coop Farmasi, Pasukan Sukarelawan Koperasi (PASKOP) termasuk anggota keselamatan di bawah seliaan Unit Peyakin ANGKASA. Seramai 35 petugas meja bantuan ( help desk ) daripada kalangan warga kerja ANGKASA juga telah menjalankan tugas melayani pertanyaan perwakilan sejak tiga hari sebelum berlangsungnya mesyuarat bagi memastikan kelancaran MAPA 2021. Mereka juga turut bertungkus lumus sepanjang sesi simulasi sehingga ke sesi pendaftaran MAPA bagi memastikan semua perwakilan berjaya mendaftar seterusnya dapat menghadiri mesyuarat agung dan mengundi secara dalam talian. Kelancaran operasi pasukan meja bantuan yang dikendalikan oleh Bahagian Sekretariat ANGKASA di bawah penyeliaan Setiausaha Jawatankuasa Kesa­ hihan Wakil dan Calon (JKWC), Haji Anuar Bulin dengan sokongan Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA telah banyak membantu kelancaran mesyuarat khususnya dalam aspek teknikal. Operasi Bahagian Sekretariat juga turut melibatkan JKWC yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin bersama enam Ahli Jawatankuasa yang lain. Sementara itu, ANGKASA Negeri juga turut mempunyai pasukan meja bantuannya termasuk petugas IT yang membantu dari segi kelancaran teknikal broadcasting di setiap negeri. Seramai empat orang Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA bertugas sempena MAPA 2021. Pengiraan undi dalam sistem diketuai oleh Setiausaha JAD ANGKASA, Haji Zaharuddin Alias manakala perjalanan mesyuarat yang berlangsung dalam Auditorium ANGKASA dipantau oleh Pengerusi JAD ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad.

Ahli Jawatankuasa Kesahihan Wakil Calon (JKWC), Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh memantau perjalanan MAPA 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Kesahihan Wakil Calon (JKWC), Dato’ Haji Md. Yusof Haji Samsudin.

Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha ( dua dari kanan).

Firma Audit Luar, Salihin & Co. dibantu barisan JAD ANGKASA diberi tanggungjawab dalam proses pengundian MAPA 2021.

8 ANGKASA

NOVEMBER 2021

9 ANGKASA CoopCare ANGKASA Bantu Anggota Koperasi COOPCARE NOVEMBER 2021

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah hadir menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas Projek Barangan Asas 100 (BA100) kepada 150 warga asnaf dan anggota Koperasi Kariah Masjid Al-Akram KL Berhad pada 18 November 2021. Mengulas mengenai program sumbangan berjumlah RM7,500 itu, beliau berkata, ANGKASA bersama gerakan koperasi akan terus menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan seharian. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Timbalan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan; Puan Sharifah Aminah Syed Mohssain bersama anggota JPAN Wilayah Persekutuan dan Pengerusi Koperasi Masjid Al Akram, Haji Ahmad Taufik bersama anggota Koperasi Kariah Masjid Al- Akram KL Berhad.

ANGKASA sentiasa berpegang teguh kepada tujuh prinsip dan nilai koperasi untuk membantu anggota koperasi dan masyarakat bagi meringankan beban dalam mengharungi krisis COVID-19 yang panjang. Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail mewakili Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100) kepada warga asnaf dan anggota Koperasi Rancangan Tanah Pinggir Kawasan Masjid Tanah Berhad pada 21 November 2021. Majlis penyerahan berlangsung di Dewan Serbaguna PERKIM, Masjid Tanah, Melaka. Sebanyak 80 pek barang keperluan harian seperti beras, minyak masak, tepung dan gula telah diagihkan dengan sokongan warga kerja ANGKASA termasuk Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka, Haji Ab. Rahim Md Tawel; Pengerusi Koperasi Rancangan Tanah Pinggir Masjid Tanah Melaka Berhad, Haji Taib Baba dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Sesi serahan bantuan ANGKASA diteruskan ke Yan, Kedah bagi penyampaian bantuan kepada 20 anggota Koperasi Sabena Berhad yang terlibat dalam banjir lumpur pada 18 Ogos 2021. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah yang diiringi Anggota Lembaga, Dr. Mohd Azlan Yahya dan barisan Anggota Jawatakuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah diketuai Pengerusinya, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA bertempat di Dewan Kem KAMC, Kampung Acheh Management Centre, Yan. Hadir sama dalam kedua-dua majlis tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Encik Husnaidy Ibrahim.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah telah menyampaikan sumbangan bantuan melalui program COOPCARE ANGKASA PRIHATIN COVID-19 kepada penduduk di kawasan sekitar Lembah Bujang di Merbok, Kedah pada 3 Oktober 2021. Program yang berlangsung di Perkarangan Surau Nur Hidayah Taman Lembah Merbok itu menyaksikan sumbangan kepada anggota Koperasi Usahawan Pelancongan Lembah Bujang yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Seramai 30 anggota telah menerima sumbangan barangan keperluan harian di bawah projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA.

10 COOPCARE ANGKASA

NOVEMBER 2021

International Webinar on School Cooperatives in Malaysia 2021 ANGKASA Perkasa Koperasi Sekolah di Peringkat Antarabangsa

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya sebagai moderator webinar.

Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

generasi muda. Tambah beliau, pencapaian yang selama ini direkodkan oleh koperasi sekolah di Malaysia menunjukkan idea bernas yang diilhamkan oleh mantan Yang Dipertua ANGKASA, Almarhum YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, mampu memberi manfaat lebih besar dan menyeluruh kepada kesejahteraan anggota. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, koperasi sekolah adalah antara empat produk utama yang akan diperkembangkan oleh ANGKASA di peringkat luar negara khususnya negara-negara Asia Tenggara. Tiga lagi produk yang akan diberi tumpuan ialah koperasi kariah masjid, produk- produk halal dan kewangan Islam. Beliau menyatakan kesungguhan dan kesediaan ANGKASA untuk berkongsi pengalaman serta memberi

Agenda koperasi

mempromosi

gerakan peringkat

sekolah

di

antarabangsa melalui International Webinar on School Cooperatives in Malaysia 2021 yang dianjurkan secara bersama oleh International Cooperative Alliance Asia and Pacific Malaysia Business Office (ICA-AP MBO), ANGKASA dan ASEAN Cooperative Organization (ACO). Webinar tersebut yang diperkasa berlangsung pada 17 November 2021 telah dihadiri oleh seramai lebih 288 peserta dari 14 buah negara; Indonesia, Sri Lanka, Jepun, Iran, Vanuatu, India, Singapura, Palestin, Myanmar, Kanada, Filipina, Nepal, China dan Malaysia. Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer dalam ucapan beliau memuji usaha dan komitmen berterusan ANGKASA dalam menjadikan koperasi sekolah sebagai asas utama untuk penekanan ilmu keusahawanan dalam kalangan

Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Hafiz Ridhuan Md Daud.

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail.

Ketua Penolong Pengarah Keusahawanan Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat, Encik Ainor Faiz Shuib.

Pembentang daripada Koperasi SMK Kota Berhad iaitu Setiausaha koperasi,Puan Madihah Muhammad dan Anggota Lembaga Koperasi, Nur Nasha Alyssa Ahmad Zairi.

11 COOPCARE ANGKASA

NOVEMBER 2021

tunjuk ajar kepada mana-mana koperasi luar negara yang berhasrat untuk mengadaptasi idea koperasi sekolah di negara mereka. International Webinar on School Cooperatives in Malaysia menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya sebagai moderator dan 11 pembentang daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), ANGKASA dan empat koperasi sekolah. Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (KPM), Encik Hafiz Ridhuan Md Daud dan Ketua Penolong Pengarah (Keusahawanan) Bahagian Pendidikan Menengah (MARA), Encik Ainor Faiz Shuib telah menyampaikan pembentangan yang bertajuk ‘Sokongan Kerajaan Terhadap Koperasi Sekolah di Malaysia’. Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail pula telah memberi penerangan mengenai sejarah, pencapaian dan perkembangan terkini koperasi sekolah. Program diteruskan dengan pembentangan oleh wakil daripada Koperasi SMK Kota Berhad (Kelantan), Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad (Pulau Pinang), Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad (Kelantan) dan Koperasi SMK Pasir Gudang Berhad (Johor). Hadir sama dalam webinar ialah Anggota-Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa serta Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

Pembentang daripada Koperasi MRSM Kepala Batas iaitu Pengerusi koperasi, Puan Munazmi Mohamad dan Anggota Lembaga Koperasi, Isa Aslam Irwan Ambak.

Pembentang daripada Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad iaitu Anggota-Anggota Lembaga Koperasi, Encik Roslan Mohammed dan Fadlin Mastura Sharafi.

Pembentang daripada Koperasi SMK Pasir Gudang Berhad iaitu guru koperasi, Puan Sharifah Raudzah Syed Junid dan Anggota Lembaga Koperasi, Nurin Natasha Nabihah Sukri.

Kedai Coop Mart yang diusahakan oleh Koperasi SMK Kota Berhad.

Kedai Coop Mart yang diusahakan oleh Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad.

Unit Mata Pelajaran Pemprosesan Makanan Teknik & Vokasional (MPV), SMK Kota mengeluarkan produk air cincau yang dipasarkan oleh Koperasi SMK Kota Berhad sejak tahun 2016.

Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad turut mengusahakan sebuah pusat dobi.

Taska yang diusahakan oleh MRSM Kepala Batas.

Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad menjalankan operasi perkhidmatan dobi.

Dataran Koperasi milik Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad yang menempatkan beberapa gerai makan, kedai telefon dan perkhidmatan perbankan ejen Bank Simpanan Nasional.

Kafeteria Mat’am Sakeena yang dikendalikan oleh Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad.

12 ANGKASA

NOVEMBER 2021

Peranan JAD dalam Memastikan Tadbir Urus Koperasi yang Lebih Berkesan

Dato’ Dr. Abdul Fattah berucap merasmikan program.

Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

dan berkesan dalam menyediakan penilaian yang bebas dan boleh menjadi petunjuk terhadap pematuhan undang-undang, dasar- dasar dan prosedur sedia ada,” ujar beliau. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad berucap mengalu-alukan penyertaan anggota JAD koperasi dalam program yang julung kali dianjurkan oleh ANGKASA dengan kerjasama Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA. Beliau dalam ucapannya berharap agar JAD koperasi dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi selaras dengan matlamat pembangunan lestari dan tadbir urus baik koperasi. Objektif webinar yang bertema­ kan 'Pengauditan ke Arah Tadbir Urus Baik Koperasi 2021' tersebut antara- nya adalah untuk meningkatkan kefahaman JAD mengenai peranan dan tanggungjawab tadbir urus koperasi yang lebih berintegriti. Selain memimpin sesi pembentangan ceramah, Anggota Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Encik Zaini Sa'ad yang bertindak selaku moderator turut membuka ruang kepada peserta untuk mengemukakan pertanyaan secara langsung kepada dua ahli

Sektor koperasi perlu sentiasa ditadbir urus berlandaskan prinsip- prinsip akauntabiliti, integriti, ketelusan dan kecekapan kerana koperasi adalah milik bersama. Kegagalan tadbir urus koperasi akan memberi kesan kepada keseluruhan anggotanya. Oleh itu, institusi audit perlulah berperanan dalam memastikan prinsip-prinsip ini dihayati dan dilaksanakan sepenuhnya secara berkesan oleh Juruaudit Dalam Koperasi. Demikian menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan perasmian 'Webinar Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) 2021' yang berlangsung secara hibrid pada 31 Oktober 2021. Katanya, JAD merupakan satu komponen penting dalam sistem tadbir urus baik koperasi dan perlu memastikan keseluruhan sistem tadbir urus koperasi berjalan dengan penuh integriti. "Bagi memenuhi tuntutan ini, perlantikan seseorang JAD hendaklah dibuat dengan teliti, dipilih daripada kalangan anggota yang berintegriti tinggi. Dengan integriti tinggi, JAD yang dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap

Puan Suraya Adnan

Puan Norasarida Saleh.

panel jemputan iaitu Ketua Program Perakaunan, Jabatan Audit Negara, Puan Suraya Adnan dan Timbalan Pengarah Bahagian Audit Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Norasarida Saleh.

Seramai wakil koperasi mengikuti program tersebut yang turut berlangsung menerusi Facebook page rasmi ANGKASA manakala 495 lagi mengikutinya melalui aplikasi Tele-Conferencing Zoom Meeting . 313 peserta

13 ANGKASA

NOVEMBER 2021

Naik Taraf Produk Koperasi Bengkel Penjenamaan dan Pembungkusan

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

Bengkel dan Pembungkusan, di bawah Program Pembangunan ‘ 100 Product Penjenamaan Champion ’ Sesi Keenam tahun 2021 telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 2 hingga 3 November 2021. Program pembangunan produk koperasi yang bermula tahun 2014 telah dirasmikan oleh Penge­ rusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain. Katanya, selain membantu membangunkan penjenamaan pro- duk koperasi, objektif program itu juga adalah untuk menaiktaraf persembahan produk sesuai dengan keperluan dan segmen pasaran terutamanya eksport. Ini juga untuk memastikan kualiti produk terpelihara melalui pemantauan dan memberi kemudahan keperluan proses pengeluaran, mempromosi dan memasarkan produk melalui pelbagai medium pemasaran. Menurut beliau, penambah- baikan Program ‘ 100 Product Champion ’ antara proses pem- bangunan yang telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan program ini berkesan dan ber- manfaat kepada koperasi. Ini termasuk menaiktaraf pembung- kusan dan perlabelan, proses saringan melalui lawatan, penilaian, reka bentuk pembungkusan dan

Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain (tengah) bergambar bersama wakil koperasi yang hadir ke Bengkel Penjenamaan dan Pembungkusan di Kuala Lumpur pada 2 hingga 3 November 2021.

perlabelan, pengiktirafan pensijilan dan pemantapan perusahaan. Seminar dan taklimat ini juga sangat bermatlamat dalam usaha ANGKASA untuk terus membangunkan kualilti jenama dan pembungkusan, membina perancangan perniagaan, mem­

bangunkan manual kualiti, me- mantapkan keusahawanan, ko­ munikasi, pemasaran, jati diri dan tadbir urus koperasi. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan motivasi keusahawanan, mem- bincangkan promosi, pemasaran, ekspo, pameran dalam dan

luar negara serta pemadanan perniagaan. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Zainuddin Sulaiman.

14 RENCANA

NOVEMBER 2021

10 Manfaat dan Kebaikan Koperasi Kepada Anggota dan Masyarakat

Oleh ZAHARATUL LAILI ZAKARIA Institut Koperasi Malaysia (IKMa)

Koperasi boleh disertai oleh

dilibatkan dalam mengendalikan aktiviti perniagaan koperasi seperti kedai, dobi, kafeteria, inap desa dan lain-lain. Penglibatan belia seperti pelajar dan mahasiswa dalam koperasi turut memberi nilai tambah seperti soft skill, kemahiran mengurus, berkomunikasi sekali gus memberi peluang untuk meningkatkan peribadi kendiri. PENGLIBATAN MASYARAKAT DALAM KOPERASI Anggota koperasi memainkan peranan yang penting dalam memajukan sebuah koperasi. Mereka adalah tunjang dan tulang belakang kepada kejayaan koperasi. Penglibatan yang aktif sebagai pengguna, pembeli, pemasar, pembekal dan lain- lain menjadikan mereka sebagai kunci utama penggerak dan nadi kekuatan koperasi. Oleh itu, penglibatan masyarakat dalam koperasi perlu digiatkan khususnya belia, wanita, profesional dan sebagainya. Ini kerana secara asasnya, koperasi memberikan pelbagai peluang perniagaan, pendapatan dan pekerjaan kepada anggota. Selain itu, mereka juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kendiri melalui penglibatan dan kursus dan anjuran koperasi atau agensi kerajaan khusus untuk gerakan koperasi. Promosi dan galakan untuk berkoperasi perlulah diperbanyakkan. Kejayaan koperasi harus diketengahkan agar masyarakat berminat dan tertarik dengan koperasi. Ini kerana masyarakat selalu beranggapan koperasi hanyalah sebuah entiti yang menjalankan aktiviti kedai runcit, kafeteria dan, ejen produk dan pemasaran.

Minda mereka perlu diubah kerana banyak koperasi menawarkan perniagaan dan manfaat yang lebih daripada itu. Terdapat koperasi yang telah terlibat dalam sektor yang bernilai tinggi seperti pemborongan, pembinaan, perumahan, perladangan, pertanian dan sebagainya. Sebagai contoh, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad terlibat dalam aktiviti perumahan dan pernah memberikan rumah secara percuma kepada anggotanya. Contoh lain ialah Koperasi Serbausaha Makmur Berhad yang terlibat dalam aktiviti penanaman kelapa sawit. 10 MANFAAT DAN KEBAIKAN BERKOPERASI KEPADA ANGGOTA DAN MASYARAKAT Apabila seseorang anggota melibatkan diri dalam koperasi, mereka akan dapat pelbagai manfaat daripada segi kewangan dan bukan kewangan. Antara manfaat tersebut ialah: i. Menyediakan peluang pekerjaan Keutamaan peluang

golongan wanita, belia, profesional dan lain-lain bagi memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah masyarakat setempat. Melalui

PENGENALAN Di Malaysia, pada awalnya koperasi diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah petani di luar bandar yang ditindas oleh orang tengah dan masalah hutang oleh penjawat awam. Pada tahun 1922, Pejabat “Sharikat Bersama-sama Kerja Kerana Bantu Membantu” telah ditubuhkan yang kemudiannya dikenali sebagai koperasi. Penubuhan koperasi bertujuan menggalakkan jimat cermat, tolong menolong, bekerjasama dalam kalangan mereka yang mempunyai keperluan sama. Sehingga Disember 2020, terdapat lebih 14 ribu buah koperasi telah ditubuhkan dengan penglibatan anggota seramai enam juta orang. Hal ini menunjukkan sumbangan koperasi kepada sosial dan ekonomi tidak dapat dinafikan. Koperasi boleh disertai oleh golongan wanita, belia, profesional dan lain-lain bagi memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah masyarakat setempat. Melalui koperasi, semua golongan dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran seperti tadbir urus, kewangan, perancangan strategik dan sebagainya. Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari nanti juga dapat digunakan dalam alam pekerjaan sebenar ataupun apabila mengendalikan perniagaan mereka sendiri kelak. Anggota boleh menyertai koperasi untuk memahami sendiri perkara berkaitan koperasi dan perniagaan yang dijalankan. Mereka boleh

koperasi, semua golongan dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran seperti tadbir urus, kewangan,

perancangan strategik dan sebagainya.

Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari nanti juga dapat digunakan dalam alam pekerjaan sebenar ataupun apabila mengendalikan perniagaan mereka sendiri kelak.

pekerjaan diberikan kepada anggota. Banyak koperasi yang menawarkan peluang pekerjaan kepada anggota seperti kerani, eksekutif dan pengurus. Mereka yang diserap juga terdiri daripada keluarga anggota itu sendiri. Selain penempatan di pejabat, mereka juga diambil bekerja untuk perniagaan yang dijalankan oleh koperasi seperti Coop Mart, kafeteria, dobi dan sebagainya. Ini merupakan salah satu kejayaan khusus kepada

15 RENCANA

NOVEMBER 2021

Penubuhan koperasi menggalakkan aktiviti kerjasama

mereka yang memerlukan seperti pelajar, mahasiswa, ibu tunggal dan sebagainya.

mereka dalam kedai koperasi. Jalinan kerjasama antara koperasi dengan agensi kerajaan, kementerian, dan koperasi lain seperti ANGKASA membolehkan produk mereka diketengahkan dan dijual dalam program seperti MACCOPS anjuran ANGKASA. Produk mereka juga boleh dipasarkan dalam kedai COOP MART atau pasar mini milik koperasi lain. anggota dan masyarakat Sesebuah koperasi yang baik ditubuhkan atas dasar keperluan dan menyelesaikan masalah masyarakat. . Sebagai contoh, kebanyakan koperasi FELDA mempunyai kedai runcit atau COOP MART untuk memudahkan masyarakat membeli barangan keperluan dan harian dengan lebih mudah, cepat dan jimat tanpa perlu pergi ke bandar. vii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kendiri vi. Memenuhi keperluan Sebagai anggota koperasi, mereka layak menghadiri kursus berkaitan tadbir urus, pengurusan, kewangan, perancangan strategik dan lain-lain sama ada dianjurkan oleh koperasi atau agensi kerajaan seperti Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Selain itu, mereka juga didedahkan untuk menghadiri kursus berbentuk keusahawanan dan perniagaan. Walaupun menghadiri kursus atas kapasiti anggota koperasi, mereka boleh mendapat ilmu pengetahuan dan menjalankan perniagaan secara individu sekali gus menjadi seorang usahawan.

memupuk semangat dan membudayakan aktiviti keusahawanan dalam kalangan masyarakat khususnya anggota. x. Manfaat lain – Insurans dan Khairat Kematian Terdapat koperasi yang menawarkan untuk anggota. Sebagai contoh, kebiasaannya koperasi yang dianggotai oleh unit beruniform seperti Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Koperasi Angkatan Tentera Berhad menawarkan perlindungan insurans berkelompok kepada anggotanya. Selain itu, terdapat juga koperasi yang menawarkan Khairat Kematian untuk anggotanya seperti yang ditawarkan Koperasi Kariah Masjid. Kedua-dua manfaat ini amat membantu anggota dan keluarga mereka yang ditimpa kesusahan atau kemalangan. KESIMPULAN Secara keseluruhan, penglibatan masyarakat masih boleh ditingkatkan untuk menyertai koperasi. Ini kerana masih ramai belum mengetahui kebaikan dan manfaatnya. Promosi kebaikan berkoperasi harus ditingkatkan dalam media massa seperti iklan televisyen, surat khabar, buletin dan sebagainya agar kesedaran masyarakat bertambah dan budaya berkoperasi dapat dibentuk. Hal ini kerana terdapat banyak manfaat berkoperasi kepada anggota dan masyarakat. Ia merangkumi sosioekonomi seperti mendapat peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan, mewujudkan peluang perniagaan, mengeratkan silaturahim dan sebagainya. Asasnya, kebaikan koperasi harus dikongsi dan disertai oleh semua pihak agar keperluan dan masalah setempat akan dapat diselesaikan dengan penubuhan koperasi. Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Wadah PELANCAR.

dalam kalangan masyarakat. Ini

ii. Menjana pendapatan sampingan

Penglibatan dalam koperasi membolehkan anggota mendapat pendapatan hasil daripada pelaburan yang diberikan kepada koperasi. Sebagai anggota, mereka layak mendapat dividen atas modal saham dan modal yuran. Anggota koperasi juga layak memperoleh elaun kehadiran melalui penglibatan mereka dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Walau bagaimanapun, dividen yang diberikan mestilah melalui keuntungan bersih yang dijana koperasi pada tahun semasa. Terdapat juga koperasi yang memberikan peluang kepada anggota untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan dalam projek yang dilaksanakan koperasi. Kebiasaannya, mereka diberikan projek tersebut kerana anggota tersebut mempunyai perniagaan yang berkaitan dengan pelaksanaan projek koperasi. Sebagai contoh, koperasi akan mengutamakan anggota untuk menyediakan katering makanan dan minuman untuk program yang koperasi hendak laksanakan. kerjasama dan persaudaraan Penubuhan koperasi menggalakkan aktiviti kerjasama dalam kalangan masyarakat. Ini kerana sesuai dengan konsep berkoperasi itu sendiri, anggota akan bekerjasama untuk menjalankan perniagaan koperasi. Ia lebih bermanfaat sekiranya aktiviti perniagaan yang dijalankan perlu melibatkan ramai anggota seperti inap desa. Selain itu, aktiviti ukhuwah yang dilaksanakan koperasi seperti ziarah anggota sakit, sempena Ramadan, kelahiran dan lain-lain membuktikan koperasi merupakan kaedah terbaik untuk meningkatkan tali persaudaraan.

kerana sesuai dengan konsep berkoperasi itu sendiri, anggota akan bekerjasama untuk menjalankan perniagaan koperasi. Ia lebih bermanfaat sekiranya aktiviti perniagaan yang dijalankan perlu melibatkan ramai anggota seperti inap desa.

iii. Memberi peluang perniagaan

Audit Dalam. Ini member peluang mereka untuk meningkatkan tahap kepimpinan mereka seperti mengurus, mentadbir dan mengetuai portfolio yang dipegang. Mereka juga diajar untuk mengendalikan mesyuarat menghasilkan minit mesyuarat dan laporan untuk Mesyuarat Lembaga. Melalui pendidikan yang diterapkan melalui koperasi dan IKMa, anggota koperasi turut memperoleh ilmu keusahawanan koperasi. Mereka akan dapat mengendalikan perniagaan yang dijalankan melalui semangat kerjasama. Daripada segi praktikal, mereka boleh membantu dengan menempatkan produk dan barangan dalam kedai, dan mendapat komisen melalui penjualan produk koperasi. Ini

ix. Meningkatkan tahap keusahawanan

iv. Mengutuhkan semangat

viii. Meningkatkan tahap kepimpinan Seseorang anggota

berpeluang dilantik menjadi Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Kecil Koperasi dan Jawatankuasa

membuktikan koperasi ialah platform terbaik

v. Mengukuhkan jaringan kerjasama Dengan menggunakan koperasi sebagai medium pemasaran dan penjualan, seseorang anggota dan usahawan boleh menempatkan produk

16 ANGKASA

NOVEMBER 2021

Kualiti Perkhidmatan ACCRS Terus Dipertingkat

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Perkhidmatan

Kutipan

dan

Pemulihan ANGKASA (ACCRS) yang dibangunkan oleh ANGKASA berupaya memberi nilai tambahbaharukepadapemerkasaan koperasi kredit khususnya dalam usaha untuk mengutip semula tunggakan pembiayaan. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Kredit Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, program yang dibangunkan melalui Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA itu mampu menyelesaikan permasalahan tunggakan bayaran tidak berbayar koperasi sekali gus menjadikan koperasi kredit lebih berdaya tahan dan berdaya saing. “Melalui Perkhidmatan ACCRS ini, tunggakan bayaran pembiayaan ahli koperasi akan dapat dikutip semula. Terdapat juga beberapa tunggakan bayaran balik pembiayaan yang

Sesi pertukaran dokumen MoU antara ANGKASA dengan koperasi.

telah diselesaikan sepenuhnya ( full settlement ). “Melalui prestasi yang mem- berangsangkan ini, koperasi kredit telah mula memberi kepercayaan kepada ACCRS dalam menyelesaikan permasalahan kutipan tunggakan pembiayaan koperasi seterusnya menjadi pilihan utama koperasi dalam mendapatkan perkhidmatan

Menandatangani

Memorandum

seperti ini," ujar beliau. Menurut beliau, perkhidmatan ini juga akan menyasarkan 591 buah koperasi kredit di seluruh negara termasuk 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan Biro Potongan ANGKASA (BPA), institusi perbankan dan agensi pembiayaan berlesen. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan 'Majlis

Perjanjian Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA' bersama 11 wakil koperasi pelanggan pada 12 November 2021 di Kelana Jaya. (MoU) MoU tersebut juga turut disertai oleh wakil koperasi kredit secara dalam talian menerusi platform tele conferencing .

17 ANGKASA

NOVEMBER 2021

Penilaian Semula Strategi Koperasi Semasa Endemik

Oleh MOHAMAD SUANDI MORTADZA Ahli Jawatankuasa JPAN Sarawak

setiap perubahan yang terjadi akan meninggalkan kesan yang berbeza. Sehubungan itu, impak pandemik memerlukan entiti perniagaan seperti koperasi juga perlu berubah untuk berhadapan dengan perubahan persekitaran perniagaan. Walaupun era endemik yang akan dan telah kita lalui, gerakan koperasi di Malaysia perlu sentiasa peka dengan perubahan demi kelangsungan koperasi. Dicadangkan kepada gerakan koperasi untuk melihat tiga perkara utama berikut bagi menilai strategi koperasi : a) Mengkaji model perniagaan semasa Model perniagaan semasa wajib dikaji semula. Pendekatan lama dan tidak sejajar dengan situasi penuh prosedur operasi standard (SOP) tidak boleh dilakukan lagi. Pendekatan baharu berlandaskan SOP yang telah disediakan wajar dijadikan panduan. Satu contoh yang mudah kepada koperasi yang mengusahakan penyediaan katering sudah pasti tidak dapat menyediakan perkhidmatan kerana larangan untuk mengadakan majlis seperti rumah terbuka semasa musim perayaan. Pendekatan baharu mesti diambil dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah.

Pada masa yang sama kerjasama juga perlu bersama individu atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan. Kaedah pemasaran dan jualan juga diubah dari manual kepada dalam talian. Namun, tidak semua perniagaan sesuai didigitalkan. Sehubungan itu, gerakan koperasi perlu melihat kekuatan produk atau perkhidmatan yang ditawar kepada pelanggan. Lihat model perniagaan semasa dan ubah mengikut keadaan semasa mengikut kemampuan koperasi. b) Menyusun dan melaksana tindakan Bila nak mula? Jangan tunggu lama-lama. Mudahkan kerja dan buat kolaborasi. Tindakan disusun dengan mengambil kira kemampuan dan tahap kesediaan. Misalnya koperasi yang menyediakan perkhidmatan katering tadi yang tidak mahir menggunakan kaedah dalam talian. Mereka boleh belajar secara dalam talian bersama pakar. Mudah dan cepat. Terus menimba ilmu. Tindakan yang disusun dijana sebaiknya. Katering yang sedap, pelanggan akan ingat. Jadi, jual ‘nilai sedap’ itu kepada pelanggan. Harga? Buatlah tawaran terbaik. Jangan sampai rugi pula.

c) Menilai tindakan dan

melakukan penambahbaikan Tidak semua yang dirancang berjaya. Jika ada kekangan, fokus kepada penyelesaian. Perkara baharu tidak semuanya mudah. Tidak semua orang juga suka. Misalnya, jika koperasi yang menyedia perkhidmatan katering berhadapan masalah kelewatan menghantar makanan kepada pelanggan sehingga menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Sehubungan itu, permohonan maaf wajib diberikan kepada pelanggan. Usah bertangguh. Setelah itu, tawarkan kupon atau diskaun untuk pembelian seterusnya oleh pelanggan. Cara ini mungkin boleh membuatkan pelanggan berasa dihargai. Betulkan dan perbaiki tindakan kita. Kualiti perkhidmatan seperti inilah yang digemari pelanggan. Mahu atau tidak, gerakan koperasi perlu mengambil tindakan pantas menggunakan model perniagaan yang baharu mengikut situasi semasa masa kini. Pandemik berakhir atau belum berakhir bukanlah penyebab perniagaan koperasi tewas dan kalah. Cabaran yang datang pada masa kini adalah tonik kepada kejayaan koperasi pada masa akan datang.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (2020), ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus dalam suku kedua 2020, penyusutan dua angka bagi suku yang terburuk sejak 1998. Hal tersebut berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19 sekali gus menyaksikan ekonomi hampir tidak bergerak. JabatanPerangkaanMalaysia(2020) turut menyatakan dalam tempoh yang sama, berlaku penyusutan sektor perkhidmatan, perlombongan dan kuari yang masing-masing menyusut 16.2%, 18.3%, 20% dan 44.5%. Ini adalah sebahagian impak yang dialami oleh negara kita dan tidak terkecuali gerakan koperasi. ‘Sekali air bah, sekali pantai berubah’. Peribahasa ini amat tepat kepada gerakan koperasi pada masa sekarang lantaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah ke Fasa Pemulihan Negara dan bakal beralih ke era endemik. Maksud peribahasa ini adalah untuk menyatakan

Sumber: Laman Web Bank Negara Malaysia dan Laman Web Jabatan Perangkaan Malaysia

Rakan Strategik

Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)

Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!

Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.

www.myangkasaamanah.com.my

Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut

C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my

myangkasaamanahberhad myangkasaamanah

03-7887 5600 /4300 09-7887 2300

18 ANGKASA RENCANA

NOVEMBER 2021

Indikator Kegagalan Koperasi

Oleh DR MOHD AZLAN YAHYA Anggota Lembaga ANGKASA

baik boleh menyumbang kepada kejayaan koperasi. Secara umumnya kekuatan dan ketahanan koperasi adalah berkait rapat dengan keupayaan Lembaga dan pengurusan untuk mendengar dan memberi perkhidmatan kepada anggota. Koperasi perlu pastikan mempunyai saluran komunikasi yang jelas dan mekasnisma yang efektif untuk anggota menyuarakan kebimbangan, pandangan dan cadangan secara berkala. Maklum balas yang diberikan oleh anggota perlu disantuni dan diberi perhatian sewajarnya oleh Lembaga. Bila kuasa dan autoriti dalam koperasi mula menjadi berpusat dalam kalangan beberapa individu seperti Lembaga atau pengurus, anggota akan merasa disisihkan atau dikecualikan daripada perniagaan yang mereka miliki. Ini mendorong mereka membuat resolusi yang tidak dijangka untuk mengubah semula tadbir urus koperasi dalam mesyuarat agung tahunan. Apabila kepercayaan dan keyakinan anggota terhadap Lembaga telah luntur, ini memberi indikator utama koperasi akan menghadapi masalah besar. iii. Pemimpin Salah di Tempat Salah Koperasi seperti kebanyakan perniagaan dan organisasi bergantung kepada modal insan bekerja bersama-sama mencapai matlamat sama untuk berjaya. Bila Anggota Lembaga dan pengurusan mengambil remeh tentang model perniagaan, keputusan yang dibuat akan melemahkan keupayaan koperasi untuk berfungsi. Anggota juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kepimpinan memegang pada aku janji dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka yang menyebabkan matlamat, nilai, dan cita-cita koperasi menjadin lemah dan seterusnya gagal. Anggota memainkan peranan yang penting untuk memilih Lembaga yang kompeten dan berintegriti bagi melaksanakan tanggung-jawab

mereka untuk menentukan arah tuju dan amalan tadbir urus yang betul tentang perjalanan koperasi.

PENGENALAN Secara keseluruhannya, kope- rasi telah membuktikan ia lebih berdaya saing serta lestari daripada bentuk perniagaan lain. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa lebih 90% koperasi kekal berjaya setelah tiga hingga lima tahun beroperasi. Walau bagaimanapun seperti perniagaan lain koperasi juga tidak terkecuali menemui pelbagai masalah dalam perniagaan. MENGAPA KOPERASI GAGAL? Terdapat pelbagai alasan mengapa koperasi gagal. Ini adalah hasil daripada isu biasa yang dihadapi oleh perniagaan seperti pasaran dinamik, akses kepada modal, dan tadbir urus yang lemah. Antara alasan utama kegagalan koperasi adalah berpunca daripada perkara berikut: i. Gagal Memberi Insentif Kepada Anggota Penglibatan anggota atau pemegang saham dalam koperasi biasanya termasuk pelaburan dalam bentuk masa dan kewangan. Anggota biasanya melibatkan diri dalam koperasi kerana mereka melihat beberapa manfaat untuk diri mereka hasil daripada penglibatan mereka. Manfaat tersebut mungkin dalam bentuk dividen, bayaran atas usaha atau khidmat, akses kepada produk atau perkhidmatan baharu, ketentuan pasaran yang lebih baik, atau keupayaan untuk terlibat dalam koperasi. Kegagalan menyediakan insentif yang jelas atau komunikasi yang lemah akan membataskan penyertaan dan penglibatan aktif anggota. ii. Kuasa Menjadi Berpusat Koperasi biasanya mempunyai struktur tadbir urus yang lebih inklusif dan menyediakan forum untuk lebih ramai anggota terlibat dalam perjalanan operasi. Keterangkuman dan kepelbagaian idea jika disemai dan diurus dengan

iv. Pasaran Terhad/

Sokongan Komuniti Koperasi berjalan dengan baik bila idea dan pembangunan perniagaan dipimpin oleh kumpulan yang akan dilibatkan dengan koperasi. Sebagai contoh anggota akan membeli, bekerja atau menjual produk di kedai koperasi. Suasana ini akan mencipta rasa kepunyaan dan kesetiaan yang jarang ditemui dalam model perniagaan lain.

DR MOHD AZLAN YAHYA Anggota Lembaga ANGKASA Lembaga ANGKASA

membawa kepada pelbagai cabaran seperti mencukupi korum untuk bermesyuarat atau mempunyai pilihan terhad pemimpin yang berpotensi dan berkaliber. Sehubungan itu, membangun kapasiti dalam kalangan anggota dan pengurusan secara berterusan akan membantu koperasi mempunyai akses kepada modal insan dan kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk jangka panjang. Usaha membawa masuk tenaga baharu yang boleh bertindak sebagai pencetus kepada idea dan tren yang segar terutamanya berkaitan dengan operasi, tadbir urus dan polisi. RUMUSAN Kejayaan koperasi telah terbukti jika ia dibina dengan asas tadbir urus yang kukuh, matlamat yang jelas, dan potensi pasaran yang menyakinkan. Koperasi yang gagal biasanya telah menunjukkan tanda-tanda awal tetapi ianya tidak terlewat untuk memulihkan semula dengan meneliti secara serius kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi koperasi. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa tidak semua koperasi gagal perlu diselamatkan.

Bila koperasi dilak-sanakan oleh kumpulan luar daripada komuniti atau pasaran, rasa kepunyaan tidak akan berlaku. Keadaan ini menimbulkan ketidakyakinan komuniti kepada koperasi atau mempunyai jangkaan bercampur tentang peranan mereka dalam operasi koperasi. Begitu juga, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mesti memenuhi keperluan komuniti dan pasaran. Seperti perniagaan lain, koperasi perlu melaksanakan kajian kemungkinan dan rancangan perniagaan yang betul sebelum memulakan perniagaan dengan model perniagaan yang mantap. v. Tiada Rancangan Penggantian Koperasi seperti perniagaan dan organisasi lain perlu merancang dengan teliti untuk masa depan. Pemimpin dan pengurus akhirnya akan bersara atau meninggalkan koperasi, perlu wujudkan keperluan sistem penggantian untuk meneruskan kelestarian operasi dan perkembangan koperasi. Koperasi hendaklah berterusan secara aktif mengrekrut anggota baharu bagi memastikan perniagaan sebagai asas untuk sokongan dan lestari. Koperasi yang gagal mempunyai kesukaran untuk rekrut anggota baharu yang

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease