WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2021

11 COOPCARE ANGKASA

NOVEMBER 2021

tunjuk ajar kepada mana-mana koperasi luar negara yang berhasrat untuk mengadaptasi idea koperasi sekolah di negara mereka. International Webinar on School Cooperatives in Malaysia menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya sebagai moderator dan 11 pembentang daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), ANGKASA dan empat koperasi sekolah. Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (KPM), Encik Hafiz Ridhuan Md Daud dan Ketua Penolong Pengarah (Keusahawanan) Bahagian Pendidikan Menengah (MARA), Encik Ainor Faiz Shuib telah menyampaikan pembentangan yang bertajuk ‘Sokongan Kerajaan Terhadap Koperasi Sekolah di Malaysia’. Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail pula telah memberi penerangan mengenai sejarah, pencapaian dan perkembangan terkini koperasi sekolah. Program diteruskan dengan pembentangan oleh wakil daripada Koperasi SMK Kota Berhad (Kelantan), Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad (Pulau Pinang), Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad (Kelantan) dan Koperasi SMK Pasir Gudang Berhad (Johor). Hadir sama dalam webinar ialah Anggota-Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa serta Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

Pembentang daripada Koperasi MRSM Kepala Batas iaitu Pengerusi koperasi, Puan Munazmi Mohamad dan Anggota Lembaga Koperasi, Isa Aslam Irwan Ambak.

Pembentang daripada Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad iaitu Anggota-Anggota Lembaga Koperasi, Encik Roslan Mohammed dan Fadlin Mastura Sharafi.

Pembentang daripada Koperasi SMK Pasir Gudang Berhad iaitu guru koperasi, Puan Sharifah Raudzah Syed Junid dan Anggota Lembaga Koperasi, Nurin Natasha Nabihah Sukri.

Kedai Coop Mart yang diusahakan oleh Koperasi SMK Kota Berhad.

Kedai Coop Mart yang diusahakan oleh Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad.

Unit Mata Pelajaran Pemprosesan Makanan Teknik & Vokasional (MPV), SMK Kota mengeluarkan produk air cincau yang dipasarkan oleh Koperasi SMK Kota Berhad sejak tahun 2016.

Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad turut mengusahakan sebuah pusat dobi.

Taska yang diusahakan oleh MRSM Kepala Batas.

Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad menjalankan operasi perkhidmatan dobi.

Dataran Koperasi milik Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad yang menempatkan beberapa gerai makan, kedai telefon dan perkhidmatan perbankan ejen Bank Simpanan Nasional.

Kafeteria Mat’am Sakeena yang dikendalikan oleh Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease