WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2021

12 ANGKASA

NOVEMBER 2021

Peranan JAD dalam Memastikan Tadbir Urus Koperasi yang Lebih Berkesan

Dato’ Dr. Abdul Fattah berucap merasmikan program.

Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

dan berkesan dalam menyediakan penilaian yang bebas dan boleh menjadi petunjuk terhadap pematuhan undang-undang, dasar- dasar dan prosedur sedia ada,” ujar beliau. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad berucap mengalu-alukan penyertaan anggota JAD koperasi dalam program yang julung kali dianjurkan oleh ANGKASA dengan kerjasama Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA. Beliau dalam ucapannya berharap agar JAD koperasi dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi selaras dengan matlamat pembangunan lestari dan tadbir urus baik koperasi. Objektif webinar yang bertema­ kan 'Pengauditan ke Arah Tadbir Urus Baik Koperasi 2021' tersebut antara- nya adalah untuk meningkatkan kefahaman JAD mengenai peranan dan tanggungjawab tadbir urus koperasi yang lebih berintegriti. Selain memimpin sesi pembentangan ceramah, Anggota Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Encik Zaini Sa'ad yang bertindak selaku moderator turut membuka ruang kepada peserta untuk mengemukakan pertanyaan secara langsung kepada dua ahli

Sektor koperasi perlu sentiasa ditadbir urus berlandaskan prinsip- prinsip akauntabiliti, integriti, ketelusan dan kecekapan kerana koperasi adalah milik bersama. Kegagalan tadbir urus koperasi akan memberi kesan kepada keseluruhan anggotanya. Oleh itu, institusi audit perlulah berperanan dalam memastikan prinsip-prinsip ini dihayati dan dilaksanakan sepenuhnya secara berkesan oleh Juruaudit Dalam Koperasi. Demikian menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan perasmian 'Webinar Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) 2021' yang berlangsung secara hibrid pada 31 Oktober 2021. Katanya, JAD merupakan satu komponen penting dalam sistem tadbir urus baik koperasi dan perlu memastikan keseluruhan sistem tadbir urus koperasi berjalan dengan penuh integriti. "Bagi memenuhi tuntutan ini, perlantikan seseorang JAD hendaklah dibuat dengan teliti, dipilih daripada kalangan anggota yang berintegriti tinggi. Dengan integriti tinggi, JAD yang dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap

Puan Suraya Adnan

Puan Norasarida Saleh.

panel jemputan iaitu Ketua Program Perakaunan, Jabatan Audit Negara, Puan Suraya Adnan dan Timbalan Pengarah Bahagian Audit Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Norasarida Saleh.

Seramai wakil koperasi mengikuti program tersebut yang turut berlangsung menerusi Facebook page rasmi ANGKASA manakala 495 lagi mengikutinya melalui aplikasi Tele-Conferencing Zoom Meeting . 313 peserta

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease