WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2021

13 ANGKASA

NOVEMBER 2021

Naik Taraf Produk Koperasi Bengkel Penjenamaan dan Pembungkusan

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

Bengkel dan Pembungkusan, di bawah Program Pembangunan ‘ 100 Product Penjenamaan Champion ’ Sesi Keenam tahun 2021 telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 2 hingga 3 November 2021. Program pembangunan produk koperasi yang bermula tahun 2014 telah dirasmikan oleh Penge­ rusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain. Katanya, selain membantu membangunkan penjenamaan pro- duk koperasi, objektif program itu juga adalah untuk menaiktaraf persembahan produk sesuai dengan keperluan dan segmen pasaran terutamanya eksport. Ini juga untuk memastikan kualiti produk terpelihara melalui pemantauan dan memberi kemudahan keperluan proses pengeluaran, mempromosi dan memasarkan produk melalui pelbagai medium pemasaran. Menurut beliau, penambah- baikan Program ‘ 100 Product Champion ’ antara proses pem- bangunan yang telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan program ini berkesan dan ber- manfaat kepada koperasi. Ini termasuk menaiktaraf pembung- kusan dan perlabelan, proses saringan melalui lawatan, penilaian, reka bentuk pembungkusan dan

Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain (tengah) bergambar bersama wakil koperasi yang hadir ke Bengkel Penjenamaan dan Pembungkusan di Kuala Lumpur pada 2 hingga 3 November 2021.

perlabelan, pengiktirafan pensijilan dan pemantapan perusahaan. Seminar dan taklimat ini juga sangat bermatlamat dalam usaha ANGKASA untuk terus membangunkan kualilti jenama dan pembungkusan, membina perancangan perniagaan, mem­

bangunkan manual kualiti, me- mantapkan keusahawanan, ko­ munikasi, pemasaran, jati diri dan tadbir urus koperasi. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan motivasi keusahawanan, mem- bincangkan promosi, pemasaran, ekspo, pameran dalam dan

luar negara serta pemadanan perniagaan. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Zainuddin Sulaiman.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease