17 ANGKASA
NOVEMBER 2021
Penilaian Semula Strategi Koperasi Semasa Endemik
Oleh MOHAMAD SUANDI MORTADZA Ahli Jawatankuasa JPAN Sarawak
setiap perubahan yang terjadi akan meninggalkan kesan yang berbeza. Sehubungan itu, impak pandemik memerlukan entiti perniagaan seperti koperasi juga perlu berubah untuk berhadapan dengan perubahan persekitaran perniagaan. Walaupun era endemik yang akan dan telah kita lalui, gerakan koperasi di Malaysia perlu sentiasa peka dengan perubahan demi kelangsungan koperasi. Dicadangkan kepada gerakan koperasi untuk melihat tiga perkara utama berikut bagi menilai strategi koperasi : a) Mengkaji model perniagaan semasa Model perniagaan semasa wajib dikaji semula. Pendekatan lama dan tidak sejajar dengan situasi penuh prosedur operasi standard (SOP) tidak boleh dilakukan lagi. Pendekatan baharu berlandaskan SOP yang telah disediakan wajar dijadikan panduan. Satu contoh yang mudah kepada koperasi yang mengusahakan penyediaan katering sudah pasti tidak dapat menyediakan perkhidmatan kerana larangan untuk mengadakan majlis seperti rumah terbuka semasa musim perayaan. Pendekatan baharu mesti diambil dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah.
Pada masa yang sama kerjasama juga perlu bersama individu atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan. Kaedah pemasaran dan jualan juga diubah dari manual kepada dalam talian. Namun, tidak semua perniagaan sesuai didigitalkan. Sehubungan itu, gerakan koperasi perlu melihat kekuatan produk atau perkhidmatan yang ditawar kepada pelanggan. Lihat model perniagaan semasa dan ubah mengikut keadaan semasa mengikut kemampuan koperasi. b) Menyusun dan melaksana tindakan Bila nak mula? Jangan tunggu lama-lama. Mudahkan kerja dan buat kolaborasi. Tindakan disusun dengan mengambil kira kemampuan dan tahap kesediaan. Misalnya koperasi yang menyediakan perkhidmatan katering tadi yang tidak mahir menggunakan kaedah dalam talian. Mereka boleh belajar secara dalam talian bersama pakar. Mudah dan cepat. Terus menimba ilmu. Tindakan yang disusun dijana sebaiknya. Katering yang sedap, pelanggan akan ingat. Jadi, jual ‘nilai sedap’ itu kepada pelanggan. Harga? Buatlah tawaran terbaik. Jangan sampai rugi pula.
c) Menilai tindakan dan
melakukan penambahbaikan Tidak semua yang dirancang berjaya. Jika ada kekangan, fokus kepada penyelesaian. Perkara baharu tidak semuanya mudah. Tidak semua orang juga suka. Misalnya, jika koperasi yang menyedia perkhidmatan katering berhadapan masalah kelewatan menghantar makanan kepada pelanggan sehingga menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Sehubungan itu, permohonan maaf wajib diberikan kepada pelanggan. Usah bertangguh. Setelah itu, tawarkan kupon atau diskaun untuk pembelian seterusnya oleh pelanggan. Cara ini mungkin boleh membuatkan pelanggan berasa dihargai. Betulkan dan perbaiki tindakan kita. Kualiti perkhidmatan seperti inilah yang digemari pelanggan. Mahu atau tidak, gerakan koperasi perlu mengambil tindakan pantas menggunakan model perniagaan yang baharu mengikut situasi semasa masa kini. Pandemik berakhir atau belum berakhir bukanlah penyebab perniagaan koperasi tewas dan kalah. Cabaran yang datang pada masa kini adalah tonik kepada kejayaan koperasi pada masa akan datang.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (2020), ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus dalam suku kedua 2020, penyusutan dua angka bagi suku yang terburuk sejak 1998. Hal tersebut berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19 sekali gus menyaksikan ekonomi hampir tidak bergerak. JabatanPerangkaanMalaysia(2020) turut menyatakan dalam tempoh yang sama, berlaku penyusutan sektor perkhidmatan, perlombongan dan kuari yang masing-masing menyusut 16.2%, 18.3%, 20% dan 44.5%. Ini adalah sebahagian impak yang dialami oleh negara kita dan tidak terkecuali gerakan koperasi. ‘Sekali air bah, sekali pantai berubah’. Peribahasa ini amat tepat kepada gerakan koperasi pada masa sekarang lantaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah ke Fasa Pemulihan Negara dan bakal beralih ke era endemik. Maksud peribahasa ini adalah untuk menyatakan
Sumber: Laman Web Bank Negara Malaysia dan Laman Web Jabatan Perangkaan Malaysia
Rakan Strategik
Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)
Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!
Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.
www.myangkasaamanah.com.my
Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut
C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my
myangkasaamanahberhad myangkasaamanah
03-7887 5600 /4300 09-7887 2300
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease