WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2021

18 ANGKASA RENCANA

NOVEMBER 2021

Indikator Kegagalan Koperasi

Oleh DR MOHD AZLAN YAHYA Anggota Lembaga ANGKASA

baik boleh menyumbang kepada kejayaan koperasi. Secara umumnya kekuatan dan ketahanan koperasi adalah berkait rapat dengan keupayaan Lembaga dan pengurusan untuk mendengar dan memberi perkhidmatan kepada anggota. Koperasi perlu pastikan mempunyai saluran komunikasi yang jelas dan mekasnisma yang efektif untuk anggota menyuarakan kebimbangan, pandangan dan cadangan secara berkala. Maklum balas yang diberikan oleh anggota perlu disantuni dan diberi perhatian sewajarnya oleh Lembaga. Bila kuasa dan autoriti dalam koperasi mula menjadi berpusat dalam kalangan beberapa individu seperti Lembaga atau pengurus, anggota akan merasa disisihkan atau dikecualikan daripada perniagaan yang mereka miliki. Ini mendorong mereka membuat resolusi yang tidak dijangka untuk mengubah semula tadbir urus koperasi dalam mesyuarat agung tahunan. Apabila kepercayaan dan keyakinan anggota terhadap Lembaga telah luntur, ini memberi indikator utama koperasi akan menghadapi masalah besar. iii. Pemimpin Salah di Tempat Salah Koperasi seperti kebanyakan perniagaan dan organisasi bergantung kepada modal insan bekerja bersama-sama mencapai matlamat sama untuk berjaya. Bila Anggota Lembaga dan pengurusan mengambil remeh tentang model perniagaan, keputusan yang dibuat akan melemahkan keupayaan koperasi untuk berfungsi. Anggota juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kepimpinan memegang pada aku janji dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka yang menyebabkan matlamat, nilai, dan cita-cita koperasi menjadin lemah dan seterusnya gagal. Anggota memainkan peranan yang penting untuk memilih Lembaga yang kompeten dan berintegriti bagi melaksanakan tanggung-jawab

mereka untuk menentukan arah tuju dan amalan tadbir urus yang betul tentang perjalanan koperasi.

PENGENALAN Secara keseluruhannya, kope- rasi telah membuktikan ia lebih berdaya saing serta lestari daripada bentuk perniagaan lain. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa lebih 90% koperasi kekal berjaya setelah tiga hingga lima tahun beroperasi. Walau bagaimanapun seperti perniagaan lain koperasi juga tidak terkecuali menemui pelbagai masalah dalam perniagaan. MENGAPA KOPERASI GAGAL? Terdapat pelbagai alasan mengapa koperasi gagal. Ini adalah hasil daripada isu biasa yang dihadapi oleh perniagaan seperti pasaran dinamik, akses kepada modal, dan tadbir urus yang lemah. Antara alasan utama kegagalan koperasi adalah berpunca daripada perkara berikut: i. Gagal Memberi Insentif Kepada Anggota Penglibatan anggota atau pemegang saham dalam koperasi biasanya termasuk pelaburan dalam bentuk masa dan kewangan. Anggota biasanya melibatkan diri dalam koperasi kerana mereka melihat beberapa manfaat untuk diri mereka hasil daripada penglibatan mereka. Manfaat tersebut mungkin dalam bentuk dividen, bayaran atas usaha atau khidmat, akses kepada produk atau perkhidmatan baharu, ketentuan pasaran yang lebih baik, atau keupayaan untuk terlibat dalam koperasi. Kegagalan menyediakan insentif yang jelas atau komunikasi yang lemah akan membataskan penyertaan dan penglibatan aktif anggota. ii. Kuasa Menjadi Berpusat Koperasi biasanya mempunyai struktur tadbir urus yang lebih inklusif dan menyediakan forum untuk lebih ramai anggota terlibat dalam perjalanan operasi. Keterangkuman dan kepelbagaian idea jika disemai dan diurus dengan

iv. Pasaran Terhad/

Sokongan Komuniti Koperasi berjalan dengan baik bila idea dan pembangunan perniagaan dipimpin oleh kumpulan yang akan dilibatkan dengan koperasi. Sebagai contoh anggota akan membeli, bekerja atau menjual produk di kedai koperasi. Suasana ini akan mencipta rasa kepunyaan dan kesetiaan yang jarang ditemui dalam model perniagaan lain.

DR MOHD AZLAN YAHYA Anggota Lembaga ANGKASA Lembaga ANGKASA

membawa kepada pelbagai cabaran seperti mencukupi korum untuk bermesyuarat atau mempunyai pilihan terhad pemimpin yang berpotensi dan berkaliber. Sehubungan itu, membangun kapasiti dalam kalangan anggota dan pengurusan secara berterusan akan membantu koperasi mempunyai akses kepada modal insan dan kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk jangka panjang. Usaha membawa masuk tenaga baharu yang boleh bertindak sebagai pencetus kepada idea dan tren yang segar terutamanya berkaitan dengan operasi, tadbir urus dan polisi. RUMUSAN Kejayaan koperasi telah terbukti jika ia dibina dengan asas tadbir urus yang kukuh, matlamat yang jelas, dan potensi pasaran yang menyakinkan. Koperasi yang gagal biasanya telah menunjukkan tanda-tanda awal tetapi ianya tidak terlewat untuk memulihkan semula dengan meneliti secara serius kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi koperasi. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa tidak semua koperasi gagal perlu diselamatkan.

Bila koperasi dilak-sanakan oleh kumpulan luar daripada komuniti atau pasaran, rasa kepunyaan tidak akan berlaku. Keadaan ini menimbulkan ketidakyakinan komuniti kepada koperasi atau mempunyai jangkaan bercampur tentang peranan mereka dalam operasi koperasi. Begitu juga, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mesti memenuhi keperluan komuniti dan pasaran. Seperti perniagaan lain, koperasi perlu melaksanakan kajian kemungkinan dan rancangan perniagaan yang betul sebelum memulakan perniagaan dengan model perniagaan yang mantap. v. Tiada Rancangan Penggantian Koperasi seperti perniagaan dan organisasi lain perlu merancang dengan teliti untuk masa depan. Pemimpin dan pengurus akhirnya akan bersara atau meninggalkan koperasi, perlu wujudkan keperluan sistem penggantian untuk meneruskan kelestarian operasi dan perkembangan koperasi. Koperasi hendaklah berterusan secara aktif mengrekrut anggota baharu bagi memastikan perniagaan sebagai asas untuk sokongan dan lestari. Koperasi yang gagal mempunyai kesukaran untuk rekrut anggota baharu yang

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease