19 ANGKASA
NOVEMBER 2021
Yayasan Infaq ANGKASA Bantu Tingkat Sosioekonomi Masyarakat
Oleh RAHMAT MOHD DID
Pengurusan lebih profesional dan kompeten perlu digarapkan demi memperluaskan lagi fungsi dan peranan Infaq Lil-Waqf dalam meningkatkan yang sumbangan dan menyalurkan dana tersebut bagi manfaat gerakan koperasi di Malaysia mahupun luar negara. Sejajar dengan dasar cakna yang selari dengan prinsip koperasi ketujuh, penubuhan Yayasan Infaq ANGKASA dilihat sebagai tepat pada masanya bagi tujuan membantu dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat melalui agihan sumbangan secara lebih teratur, sistematik dan telus. Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan perasmian Bengkel Pembangunan Strategik Yayasan Infaq ANGKASA di Hotel Tenera, Bangi pada 19 November 2021. Menurut beliau, antara objektif utama penubuhan yayasan ter- sebut adalah untuk membantu meningkatkan taraf akademik pelajar di semua peringkat menerusi sumbangan bantuan kewangan, peralatan dan kemudahan pembelajaran. “Melalui agihan kepada sektor kesihatan, ANGKASA akan mengagihkan sumbangan dalam bentuk mesin hemodialis kepada hospital kerajaan dan swasta, membiaya kos rawatan pesakit dialisis dan juga sumbangan kepada pesakit kritikal dan lain-lain yang difikirkan sesuai. Sektor pendidikan pula akan menerima sumbangan melalui program pendidikan, pembangunan prasarana dan infrastruktur. Pihak Yayasan ANGKASA juga akan mengagihkan sumbangan dalam bentuk bangunan wakaf yang dibeli, dibina dan disumbangkan untuk kepentingan ekonomi umat Islam. Yayasan juga akan bekerja- sama dengan Majlis Agama Islam Negeri dalam urusan memperkasa, mengembang dan menguruskan aset- aset wakaf. Dengan kesungguhan dan usaha ANGKASA mempromosikan Infaq Lil-Waqf ANGKASA melalui Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq
Dato' Dr. Abdul Fattah bergambar bersama Pengasas Yayasan Infaq ANGKASA merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail (kiri sekali) dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Dato' Dr. Haji Nooh Gadoot (kanan sekali) ketika Bengkel Pembangunan Strategik Infaq ANGKASA.
Lil-Waqf, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, potensi dan sambutan yang meng- galakkan daripada penyumbang amatlah memberangsangkan. ANGKASA yakin dengan wujud- nya Yayasan Infaq ANGKASA ini akan menggalakkan lagi warga koperasi dan orang ramai untuk menyumbang atau berinfaq sekali gus memberikan impak positif kepada usaha meningkatkan taraf sosioekonomi ummah," ujar belliau. Idea penubuhan Yayasan Infaq ANGKASA tercetus berdasarkan keputusan Bengkel Polisi Peng- gunaan dan Pelaburan Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA pada bulan Ogos 2015 di Petaling Jaya Selangor. Program yang dihadiri oleh pihak Jawatankuasa Tertinggi ANGKASA, pengurusan serta Ahli Jawatankuasa Hisbah Infaq Lil-Waqf ANGKASA itu telah mencapai kata sepakat agar dibuat satu kajian terperinci penubuhan entiti khas bagi pengurusan Infaq Lil-Waqf. Yayasan Infaq ANGKASA yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 9 Julai 2021 menyasarkan tiga sektor utama untuk dibangunkan termasuk kesihatan, pendidikan dan ekonomi. Hadir sama dalam bengkel tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Dato' Dr. Haji Nooh Gadoot dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah
Barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA yang hadir.
Dato Dr. Abdul Fattah ketika mempengerusikan bengkel .
Yayasan Infaq ANGKASA; Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Opir, Tan Sri Dr. Ismail Ibrahim, Dato' Ahmad Tajudin Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. Ismail Mohd @ Abu Hassan,
Datuk Abdul Ghani Ngah, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease