3
dan usul negeri yang diterima. MAPA 2021 juga turut menyaksikan pengundian secara digital bagi memilih seorang Presiden, lima Anggota Lembaga, seorang Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan dan seorang Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan, mengesahkan pelantikan Wakil Kementerian Pem- bangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Wakil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), memilih enam orang daripada perwakilan negeri dan empat orang Anggota Lembaga Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan. Proses pengundian ber- jalan dengan lancar bermula kira-kira jam 12.00 tengah hari. Firma Audit Luar, Salihin & Co. diberi tanggungjawab untuk memantau dan mengesahkan keputusan dan dibantu barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai Pengerusinya, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad bagi memantau dan mengesahkan ketelusan keputusan pengundian sepanjang MAPA 2021 berlangsung. MAPA 2021 turut menyak- sikan kehadiran Pengarah Bahagian Penyeliaan Tadbir Urus SKM, Haji Ibrahim Kasah; Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dr. Hajah Salmah Ishak; Wakil Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Puan Suzana Alias serta barisan Jurucakap Negeri.
PKTA
kepada
MAPA
KEPUTUSAN PEMILIHAN DALAM MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA (MAPA) 2021 Presiden Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Anggota Lembaga 1. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik 2. Dr. Mohd Azlan Yahya 3. Dato’ Haji Kamarudin Ismail 4. Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa 5. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Haji Mohamad Noor Mohamad Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) Datuk Haji Haron Haji Abdullah Keputusan Pemilihan Enam Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA
dengan memperlihatkan pengosongan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN). Selain itu, perubahan juga melibatkan perwakilan koperasi ke MAN dan Perwakilan Negeri iaitu 30 peratus dari koperasi aktif dalam negeri berkenaan ke MAPA. Terdahulu, MAN 2021 yang dirasmikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Pre- siden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah turut berjalan dengan lancar menerusi aplikasi Zoom Tele- Conferencing bertempat di 16 lokasi berasingan bermula 17 Ogos 2021 hingga 23 September 2021. MAPA 2021 dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA), Haji Mohamad Noor Mohamad dan dibantu oleh Naib Pengerusinya, Datuk Haji Haron Haji Abdullah. Mesyuarat dimulakan dengan Mengesahkan Minit Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-34 pada 29 Jun 2019. Sebanyak 12 agenda MAPA 2021 dibentangkan pada mesyuarat kali ini termasuk menimbang dan meluluskan Laporan Kewangan dan Belanjawan Bagi Tahun 2019, 2020, 2021, 2022 dan 2023; menimbang dan meluluskan Rancangan Perniagaan ANGKASA serta mendengar dan memutuskan usul dari- pada Lembaga ANGKASA
1. Haji Abdul Halim Ibrahim 2. Haji Asruddin Haji Abas 3. Puan Azizah Che Mamat 4. Haji Alimen Ahmad 5. Prof. Madya Dr. Razali Hasan 6. Puan Norizah Haji Abdullah
Dari Meja Presiden
dijalankan secara dalam talian menggunakan UUK baharu dan Garis Panduan NO.14B SKM – Pengurusan Mesyuarat Agung Wilayah atau Kawasan semasa penularan pandemik COVID-19. Kejayaan MAN 2021 dan MAPA 2021 ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada penganjuran yang sama pada masa akan datang menerusi pendekatan norma baharu. Dengan penyertaan yang tinggi secara dalam talian melalui aplikasi e-MAPA, telah berjaya memberi impak yang amat membanggakan setanding dengan penganjuran secara fizikal. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada bari- san Anggota Lembaga ANGKASA baharu yang dipilih pada MAPA 2021. Doa dan harapan
Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) 2021 pada 13 November 2021 lalu. Penganjuran buat pertama kali tahun ini secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya telah berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya. Mesyuarat ini menyaksikan sejumlah 1,744 perwakilan koperasi seluruh negara menunaikan tanggungjawab dan amanah tersebut seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA. Setelah mengambil masa lebih kurang dua tahun, pada 9 Jun 2021, cadangan pindaan UUK telah diluluskan dan didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pada tahun 2021, Mesyuarat Agung Negeri (sebelum ini dkenali sebagai Persidangan Negeri) yang dilaksanakan pada 17 Ogos 2021 sehingga 23 September 2021 dan MAPA pada 13 November 2021
saya agar kepimpinan ini dapat menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah dan meneruskan legasi pada pada masa hadapan.
Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease