WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2021

4

DARI MUKA 1

Menurut Dato’ Dr. Abdul Fattah, usaha dan inisiatif ANGKASA ke arah menyokong penglibatan koperasi dalam aktiviti perniagaan dan projek rintis juga telah banyak meningkat- kan status koperasi khususnya dalam bidang yang diceburi. Katanya, potensi peluang rantaian perniagaan yang memberangsang- kan memberi peluang kepada koperasi untuk turut serta bagi membolehkan koperasi bertaraf

berkembang ke arah mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi gerakan koperasi Malaysia. “Anggota koperasi perlu sedar bahawa peranan koperasi kini dilihat mampu menjadi kaedah terbaik dalam menjalankan perniagaan. Koperasi juga perlu bersedia memainkan peranan dengan mempersiapkan diri dengan minda, kemahiran keusahawanan dan

mikro kekal aktif menjalankan aktiviti perniagaan dan diharap akan berubah status kepada koperasi bertaraf kecil, sederhana dan makro. “Projek Pemerkasaan Koperasi atau Co-operative Empowerment Project (CEP) di bawah Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA membuka peluang kepada koperasi untuk terlibat dalam kegiatan ekonomi berskala tinggi. Ini bagi membolehkan gerakan koperasi

sumber modal dalam projek CEP yang diteraju ANGKASA untuk memenuhi kehendak pasaran domestik dan antarabangsa," ujar beliau. Dato' Dr. Abdul Fattah berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) 2021 pada 13 November 2021 lalu. MAPA 2021 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali penganjurannya dijalankan secara

maya menerusi aplikasi Zoom Tele-Conferencing dan secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya. Mesyuarat yang di- sertai seramai 1,744 perwakilan berdaftar daripada 10,437 buah koperasi Ahli ANGKASA dari seluruh negara itu turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Bahagian Penyeliaan Tadbir Urus SKM, Haji Ibrahim Kasah; wakil Kementerian Pem­ bangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dr. Hajah Salmah Ishak; wakil Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Puan Suzana Alias serta barisan Jurucakap Negeri.

Sebahagian perwakilan yang mengikuti MAPA 2021 secara dalam talian.

Barisan jurucakap mendaftar.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease