7
Warga Kerja ANGKASA Bantu Lancarkan MAPA 2021
Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ
Aplikasi e-MAPA yang diguna pakai bermula tahun ini telah berjaya menghubungkan komu nikasi secara berkesan antara barisan kepimpinan ANGKASA, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara secara serentak. Kejayaan tersebut banyak dibantu oleh petugas ANGKASA daripada pelbagai bahagian khususnya daripada Bahagian Sekretariat, Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA, Bahagian Komunikasi Korporat, petugas Coop Farmasi, Pasukan Sukarelawan Koperasi (PASKOP) termasuk anggota keselamatan di bawah seliaan Unit Peyakin ANGKASA. Seramai 35 petugas meja bantuan ( help desk ) daripada kalangan warga kerja ANGKASA juga telah menjalankan tugas melayani pertanyaan perwakilan sejak tiga hari sebelum berlangsungnya mesyuarat bagi memastikan kelancaran MAPA 2021. Mereka juga turut bertungkus lumus sepanjang sesi simulasi sehingga ke sesi pendaftaran MAPA bagi memastikan semua perwakilan berjaya mendaftar seterusnya dapat menghadiri mesyuarat agung dan mengundi secara dalam talian. Kelancaran operasi pasukan meja bantuan yang dikendalikan oleh Bahagian Sekretariat ANGKASA di bawah penyeliaan Setiausaha Jawatankuasa Kesa hihan Wakil dan Calon (JKWC), Haji Anuar Bulin dengan sokongan Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA telah banyak membantu kelancaran mesyuarat khususnya dalam aspek teknikal. Operasi Bahagian Sekretariat juga turut melibatkan JKWC yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin bersama enam Ahli Jawatankuasa yang lain. Sementara itu, ANGKASA Negeri juga turut mempunyai pasukan meja bantuannya termasuk petugas IT yang membantu dari segi kelancaran teknikal broadcasting di setiap negeri. Seramai empat orang Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA bertugas sempena MAPA 2021. Pengiraan undi dalam sistem diketuai oleh Setiausaha JAD ANGKASA, Haji Zaharuddin Alias manakala perjalanan mesyuarat yang berlangsung dalam Auditorium ANGKASA dipantau oleh Pengerusi JAD ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad.
Ahli Jawatankuasa Kesahihan Wakil Calon (JKWC), Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh memantau perjalanan MAPA 2021.
Pengerusi Jawatankuasa Kesahihan Wakil Calon (JKWC), Dato’ Haji Md. Yusof Haji Samsudin.
Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha ( dua dari kanan).
Firma Audit Luar, Salihin & Co. dibantu barisan JAD ANGKASA diberi tanggungjawab dalam proses pengundian MAPA 2021.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease