10 COOPCARE
MEI 2021
Gandingan ANGKASA– Yayasan Bank Rakyat Bantu Mangsa Banjir Program COOPCARE ANG- KASA Prihatin Bencana Banjir meneruskan misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memperluaskan sumbangan- nya melalui kerjasama dengan Yayasan Bank Rakyat. Usaha murni itu direalisasikan melalui satu majlis penyerahan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 9 April 2021. Presiden ANGKASA, Dato' Ab- dul Fattah Abdullah menyerah - kan sumbangan berupa 100 pek barangan asas Projek Barang Asas (BA 100) bernilai RM5,000 kepada Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hu- ssin.
Kempen Kitar Semula Peranti Terpakai #Mybaikhati Dilancar ANGKASA melalui Bahagian Komunikasi Kor- porat telah mengambil inisiatif menyokong usaha kerajaan melalui kempen MYBAIKHATI, dengan melancarkan Program CSR e-Coop Care Kempen Ki- tar Semula Peranti Terpakai #Mybaikhati. Objektif utamanya ialah menggalakkan warga koperasi dan komuniti menderma peranti terpakai kepada pelajar sekolah. Ini bagi membantu memperluaskan akses pembe- lajaran mereka supaya tiada lagi pelajar ketinggalan atau terjejas. Menerusi inisiatif tersebut, ANGKASA menyedia- kan drop off point di ibu pejabat ANGKASA di Kela- na Jaya dan juga di setiap Pejabat ANGKASA Negeri di seluruh Malaysia. ANGKASA menyasarkan kempen itu mengum- pulkan sekurang-kurangnya 500 peranti digital ter- pakai dan mengagihkan kepada 50 keluarga atau organisasi. Pada majlis itu, Setiausaha Koperasi SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi Berhad, Puan Nashitah Ba- harum dan Anggota Lembaga Koperasi SMK Agama Kuala Lumpur Berhad , Puan Siti Rohani Mat Nor bersama wakil pelajar masing-masing menerima sumbangan kelengkapan set komputer daripada Dato' Abdul Fattah Abdullah. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Per- hubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Mohd Alias Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim.
Anggota Koperasi Homestay Lonek, Bahau Dibantu ANGKASA menyerahkan barangan keperluan harian melalui projek Barangan Asas 100 (BA100) kepada anggota Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad di Kampung Lonek, Bahau, Negeri Sembilan pada 11 April 2021. Sebanyak 60 beg barangan keperluan harian diserahkan oleh Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad, Hajah Asiah Haron kepada ahli Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad di Kampung Lonek. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease