WADAH PELANCAR EDISI MEI 2021

14 RENCANA

MEI 2021

Koperasi Perlu Bersama Tangani Kesihatan Mental Orang Ramai

Oleh SAFINAH SAUPI

GANGGUAN KESIHATAN MENTAL PENYUMBANG KEHILANGAN PRODUKTIVITI TERTINGGI GLOBAL

PENGENALAN K operasi adalah per- tubuhan bersifat me- ngambil berat dan menjaga kepentingan komuniti, cakna, bantu diri, tolong-menolong, bekerjasama bukan sahaja dalam meningkatkan ekonomi tetapi juga dalam hal-hal sosial yang lain. Ia termasuklah soal penjagaan diri dan kesihatan meliputi aspek kesihatan mental seperti rawatan emosi, motivasi, menyokong individu dengan penyakit mental, tingkah laku dan gangguan emosi. Dengan sifat sebegitu, sudah pasti koperasi mempunyai peranan yang cukup besar dalam membantu menghadapi krisis kesihatan mental yang sedang dihadapi masyarakat hari ini.

(Kos penyakit AS$2.5 trilion, 2010)

35%

Peratus (%) Kehilangan Produktiviti

33%

18%

10%

4%

Diabetes

Penyakit Pernafasan Kronik

Kanser

Penyakit Kardiovaskular

Kesihatan Mental

SENARIO DI PERINGKAT GLOBAL DAN NEGARA

Penyakit Kronik

WHO menganggarkan ter- dapat lebih 1.1 juta kes gang- guan kemurungan di Malaysia. Laporan itu, seterusnya menya- takan kemurungan merupakan penyumbang utama kematian akibat membunuh diri dengan angka 800,000 atau 1.5 peratus daripada semua kematian di se- luruh dunia. Jika kita mengek- strapolasi anggaran ini, pada tahun 2015 lebih 155,000 kema- tian direkodkan di Malaysia di mana kira-kira 2,300 mungkin akibat membunuh diri. Ma- lang-nya, tiada kes diterbitkan bagi kes bunuh diri di Malaysia. Menurut Kajian Morbid- iti Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2019, hampir seten- gah juta rakyat Malaysia men- galami kemurungan. Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat negara berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental. Setiap tiga orang daripada 10 orang dewasa berusia lebih 16 tahun menderita pelbagai isu kesihatan mental. Malangnya, masih ramai tidak faham mengenai penyak- it ini terutamanya dari segi is- tilah ‘kecelaruan mental lazim’, punca serta akibat yang mung- kin berlaku di samping menge- nal pasti gejala awal penyakit mental yang utama.

Sumber: World Economic Forum dan Harvard School of Public Health

kehidupan seharian. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa walaupun kajian mendapati wanita lebih cenderung mengalami kemurungan berbanding lelaki. Menurut Naib Presiden ANG- KASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, gerakan koperasi perlu mengambil ba- hagian bersama-sama kerajaan mengatasi masalah ini. Katanya, antara yang boleh dilakukan adalah seperti:

Dalam masa yang sama, masih wujud stigma yang menebal berkait dengan penyakit mental dari sudut budaya yang diben- tuk oleh kepercayaan karut serta tanggapan salah. Tanggapan yang negatif ini sering kali membuatkan pesakit yang menghidapi penyakit mental, menderita dalam senyap. Apa yang lebih membimbangkan ialah semakin ramai anak muda yang menghidap penyakit ini. Kemurungan disenaraikan WHO sebagai penyumbang ter- besar tunggal kepada kehilangan upaya. Di seluruh dunia, jumlah mereka yang mengalami kemu- rungan dianggarkan 322 juta orang, bersamaan 4.4 peratus daripada penduduk dunia. Anggaran jum- lah mereka yang mengalami ke- murungan meningkat 18.4 peratus antara 2005 dan 2015. Di peringkat global, sekitar 40 peratus pesakit yang menderita skizofrenia cuba membunuh diri sementara 10 per- atus lagi mati akibat bunuh diri. Menurut satu lagi laporan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan Sekolah Kesihatan Awam Harvard, gangguan kesihatan

mental merupakan kehilangan produktiviti paling tinggi. Sebahagian besar daripadanya berpunca daripada kemurungan memandangkan gangguan ke- murungan merupakan bentuk penyakit mental paling biasa. Jumlah kos penyakit mental dunia (rawatan dan kehilangan produktiviti) dianggarkan AS$2.5 trilion pada 2010 dan diramalkan meningkat kepada AS$6.0 trilion menjelang 2030. Angka ini lebih tinggi berbanding penyakit tidak berjangkit lain seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser. Ciri-ciri gangguan kemurungan adalah kesedihan keterlaluan, hidup tidak bermakna, putus asa, hilang minat atau tidak gembira, rasa bersalah atau hilang keyakinan diri, gangguan tidur atau selera makan, rasa letih dan kurang tumpuan. Kemurungan boleh ber- panjangan atau berulang semula, menjejaskan kemampuan individu untuk berfungsi di tempat kerja atau sekolah atau berdepan dengan

1. MENYEDIAKAN

RAWATAN KESIHATAN MENTAL

Ini boleh dilakukan oleh koperasi terlibat dalam peru- batan dan penjagaan kesihatan dengan menyediakan rawatan lengkap kesihatan mental pada kos yang mampu bayar. Kope- rasi kesihatan di negara maju seperti Jepun, Amerika Syari-

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease