WADAH PELANCAR EDISI MEI 2021

16 KOPERASI

MEI 2021

Ketam Nipah Jana Pendapatan Koperasi dan Anggota Oleh NADIAH KAMARUDIN T idak berhasrat untuk se- lama-lamanya tertumpu kepada perkhidmatan bot pelancongan semata- mata, anggota Koperasi Nelayan Sungai Kubang

Badak Langkawi Berhad tekad untuk menjalankan perusahaan menternak ketam nipah walaupun menyedari tidak memiliki ilmu dan pengala- man yang mencukupi dalam industri tersebut. Demikian menurut Pengerusinya, Encik Rusasmizal Mohamad Ghazali kepada PELANCAR dalam satu sesi temu bual yang diadakan menerusi telefon pada 16 April 2021. Menurut beliau, projek ternakan ke- tam nipah yang dijalankan oleh anggota koperasi tersebut di bawah Biogeo Infi- nity Adventures, iaitu anak syarikat milik penuh koperasi yang bermula sejak Mac 2020 tetap diteruskan walaupun pada ke- tika itu mereka terpaksa berdepan den- gan cabaran COVID-19. “Di samping memberi sokongan moral, koperasi turut menyumbangkan modal perniagaan manakala dari segi penguru- san syarikat dan jualan, kami serahkan sepenuhnya pada anggota untuk mengu- ruskannya,” ujar Rusasmizal. Koperasi juga turut mengambil ini- siatif melalui kerjasama pelajar Univer- siti Teknologi Mara (UiTM) di Arau bagi mendapatkan khidmat nasihat dan tun- juk ajar mengenai pengurusan projek ter- nakan ketam nipah. Usaha tersebut ternyata telah berjaya apabila hasil ternakan (ketam nipah) menerima sambutan yang menggalak- kan daripada penduduk setempat selain pelancong tempatan. Seiring dengan pencapaian tersebut, koperasi berhasrat untuk membina sebuah lagi kolam terna- kan bagi menampung permintaan. Sambutan yang menggalakkan itu turut memberi keyakinan pada mereka (anggota) untuk membuka sebuah restoran makanan laut yang terletak bersebelahan dengan kolam ternakan pada Februari lalu, sekali gus menjadi daya tarikan tambahan kepada pengunjung untuk menikmati hidangan makanan laut dan ketam nipah segar. “Projek ternakan ketam nipah juga turut memberi impak positif terhadap ekonomi nelayan sepanjang pandemik COVID-19. Nelayan yang menangkap ke- tam nipah dan membekalkan benih ke- tam nipah ke Biogeo Infinity Adventures mampu mengaut pendapatan sehingga RM1,000 sebulan,” katanya.

Kolam ternakan ketam nipah yang mempunyai keluasan 0.2 hektar.

Mi Ketam Kubang Badak popular di Crab Farm Langkawi.

Latok atau anggur laut turut menanti pelanggan restoran.

Menurut Rusasmizal, selain kolam ter- nakan ketam nipah, koperasi melalui dua buah anak syarikatnya yang lain turut membekalkan stok ikan segar kepada beberapa restoran dan hotel di sekitar Pulau Langkawi. Selain itu, koperasi juga menguruskan penyewaan 12 lot kedai di Jeti Pelancongan dan Nelayan Sungai Kubang Badak. “Projek terbaharu yang akan digerak- kan adalah untuk membuka kedai runcit 24 jam dan kedai gunting rambut selain merancang untuk membina chalet tera- Berat seekor ketam nipah boleh mencecah sehingga 500gram .

pung di sekitar jeti tersebut den- gan anggaran kos sekitar RM1.2 juta,” ujarnya. Koperasi Sungai Kubang Badak Langkawi yang ditubuh- kan pada 2013 dengan keang- gotaan seramai 76 orang terdiri daripada nelayan dan anak-anak nelayan daripada empat buah kampung iaitu Kampung Badak, Kampung Kelubi, Kampung Ewa dan Kampung Telok Yu.

Menjamu selera di Crab Farm Langkawi yang terletak bersebelahan kolam ternakan.

Merasai sendiri pengalaman menangkap ketam nipah.

Pengunjung boleh menelusuri Sungai Kubang Badak dan melawat ke 12 geotapak dengan menaiki bot pelancongan yang disediakan oleh anak syarikat koperasi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease