3
MEI 2021
TransKoM 2021-2025
Dari Meja Presiden
Memasyarakatkan Koperasi Tugas Kolektif
K omitmen boleh ditafsirkan keterikatan yang dilakukan terhadap sesuatu aktiviti atau tugasan. Lebih banyak komitmen yang diberi maka akan lebih banyak kesan efektif atau kejayaan boleh dicapai. Namun, variasinya agak berbeza mengikut pertimbangan sesetengah individu. Mungkin kerana dipengaruhi dengan masalah sikap ataupun tertekan dengan komitmen lain sehingga membataskan kemahuan mereka untuk memberikan sumbangan kepada apa yang kita mahu atau sedang jalankan. Cabaran seumpama ini selalu dihadapi oleh seseorang pemimpin koperasi yang sebenarnya amat memerlukan komitmen padu daripada pasukannya. Jadi, bagaimana untuk mengerah komitmen seseorang jika di hati mereka sendiri tidak memiliki naluri, semangat atau kesungguhan untuk melakukannya. Adakah kerana mereka sememangnya malas, tidak berminat atau terlalu sibuk dengan urusan lain? Atau adakah perancangan yang dibuat sebenarnya masih belum sempurna sehingga gagal meyakinkan mereka untuk memberi komitmen yang sewajarnya. Sebenarnya untuk menentukan tahap kejayaan sesuatu program atau projek bukanlah setakat sumbangan komitmen semata-mata. Keseimbangan yang dimiliki oleh pasukan terhadap tahap kebolehan, pengalaman, ilmu pengetahuan adalah sangat penting bagi memastikan sumbangan komitmen itu memberi nilai yang tinggi. Usaha untuk meningkatkan tahap keupayaan seseorang anggota koperasi boleh dibuat dengan menggalakkan
Haji Zazali Haron (hadapan dua dari kanan) bersama bersama barisan peserta program.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI T ugas bagi menjaya- kan matlamat me- masyarakatkan kope- rasi perlu digalas oleh setiap pemegang taruh utama sek- tor itu demi memastikan ke- lestariannya, kata Timbalan Pengerusi Eksekutif Suru- hanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron. Menurutnya, antara agensi berkaitan ialah Kementerian Pembangu- nan Usahawan dan Kope- rasi (MEDAC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKM), ANGKASA dan Bank Rakyat. Tambah beliau, semua pihak yang terbabit perlu meningkatkan peranan da- lam menyampaikan mesej positif tentang koperasi se- cara bersepadu.
“Adanya koperasi dalam kalangan masyarakat perlu dirasai oleh setiap individu sepanjang masa. Ini bagi memastikan kelestarian koperasi itu sendiri,” ujar- nya. Haji Zazali menegaskan perkara tersebut semasa rumusan pembentangan ‘Bengkel Pelan Promosi Koperasi Bersepadu: Me- masyarakatkan Koperasi’ anjuran MEDAC di Putra- jaya pada 17 April 2021. Bengkel tersebut diada- kan bagi mencari formula untuk koperasi berperanan sebagai social enterprise yang lebih berkesan kepada masyarakat. Haji Zazali menegaskan, persepsi negatif dan juga ke- kangan dalam pengurusan koperasi perlu dielakkan bagi memastikan gerak ker- ja mempromosi sektor itu dalam institusi masyarakat
atau komuniti menjadi lebih berkesan. “Kerjasama antara pe- main utama perlu diting- katkan bagi merancakkan usaha ini. Setiap agensi ter- libat perlu bergerak secara bersepadu menerusi stra- tegi dan perspektif kerja yang lebih berkesan,” ujar beliau. Bengkel dua hari bermula 16 April itu disertai 24 wakil pemain utama daripada MEDAC, SKM, IKM, ANG- KASA serta Bank Rakyat termasuk fasilitator dari- pada Institut Keusahawa- nan Negara (INSKEN). Fokus pembentangan utama adalah mengenai rancangan kerjasama pe- main utama melalui Pelan Tindakan (3 Tahun) pelak- sanaan TransKoM kepada gerakan koperasi yang bakal digerakkan mulai Ju- lai ini.
penyertaan mereka dalam program ilmu dan kemahiran insaniah yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh ANGKASA. Selain itu, sesi motivasi
dan sumbang saran juga dilihat mampu membantu menyemarakkan lagi se- mangat untuk bersama- sama menyumbang bakti demi kejayaan koperasi. Komitmen yang lebih padu amat diperlukan kerana kita sebagai warga koperasi adalah penentu sebenar kejayaan TransKoM 2021-2025.
Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
Sidang Pengarang
Presiden • Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat • Halim Haji Ibrahim Pengurus
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal
• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.
Muat Turun Aplikasi
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar
• Rahmat Mohd. Did • Aizal Azizan Sajari • Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease