7
MEI 2021
Program Peruncitan Koperasi Gerak Secara Organik
Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tengah) bersama barisan pengurusan dan peserta program Bengkel Pemerkasaan Gerak Kerja Pengerusi BA100 Perhubungan ANGKASA Negeri Seluruh Malaysia di Ampang, Selangor pada 11 April 2021.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI U saha untuk melestarikan program peruncitan koperasi harus digerakkan secara or- ganik kerana sifat tersebut mampu menyemarakkan tahap keyakinan dan sokongan daripada pelanggan. Menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Coo- perative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah, meskipun usaha tersebut bergerak secara perlahan dan mengambil masa, na- mun sentuhan dan kerjasama ber- panjangan memberi hasil seperti diharapkan. Katanya, tahap keyakinan dan kemahiran perlu sentiasa digilap selain berusaha tanpa mengenal erti putus asa bagi mencapai sasa- ran projek BA100. “Di samping bergerak secara proaktif, pasukan BA100 juga perlu miliki kesungguhan untuk mening- katkan lagi idea dan perancangan baharu berdasarkan pelan pelak- sanaan bagi meningkatkan prestasi dan perolehan,” ujar beliau. Dato’ Abdul Fattah berucap menutup ‘Bengkel Pemerkasaan Gerak Kerja Pengerusi BA100 Per- hubungan ANGKASA Negeri Se- luruh Malaysia’ di Ampang Jaya, Selangor pada 11 April 2021. Seramai 44 peserta terlibat berkongsi maklumat, pengalaman, cadangan dan pandangan secara
lebih spesifik mengenai fungsi JIMATBIZ, JIMATSHOP dan Digi- tal Vaucher Projek BA100. Program tiga hari bermula 9 April itu banyak menumpukan tentang menjayakan projek BA100, sokongan ANGKASA dan Syarikat Robu (Perunding Sistem) serta in- sentif lain. Peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi menjayakan Beng- kel Pelan Pelaksanaan selain sesi sumbang saran bersama pasukan BA100 yang diketuai Pengurus BA100, Unit Pemborongan dan Pe- runcitan ANGKASA, Encik Hus- naidy Ibrahim dan CEO Robu Consultancy Sdn. Bhd., YM Raja Danir Ikram Raja Shahrome dan Raja Aida Jasmine Raja Shahrome. Antara yang turut men- jayakan program terse-
but ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Ke- tua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Ya- haya dan Timbalan Ketua Pegawai Ek- sekutif Kumpulan
merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Per- niagaan ANG- KASA, Dato’ Abdullah Ju- soh.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease