8 ANGKASA
MEI 2021
Kuasa Jenama Tentukan Daya Pasaran
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Dato’ Haji Kamarudin Ismail diiringi Encik Ahmad Marzuki melawat ruang pameran produk.
Sebahagian peserta yang hadir pada Seminar Ceating Own Design As Own Brand .
J enama dan reka bentuk yang menarik memainkan peranan besar dalam me- nentukan daya kebolehpasaran produk koperasi. Demikian ditegaskan oleh Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Anggota Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail sewaktu berucap pada peras- mian penutup Seminar Creating Own Design As Own Brand di Kuala Lumpur pada 8 April 2021. “Penjenamaan yang baik mampu memberi impak yang be- sar terhadap minat, permintaan dan keyakinan pengguna ke atas produk,” tambah beliau. Seminar itu dianjurkan oleh ANGKASA melalui Seksyen Pembangunan dan Pemasaran Produk Koperasi, Bahagian Ke- pimpinan Modal Insan dan Ke- usahawanan ANGKASA dengan kerjasama Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM). Dalam seminar dua hari ber- mula 7 April 2021 itu, peserta didedahkan mengenai kepen- tingan jenama dan reka bentuk selain strategi pemasaran serta pengiklanan bagi memastikan produk diterima pengguna se- hingga ke peringkat global. Seramai 100 peserta me- wakili 50 koperasi dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menghadiri seminar tersebut. Hadir sama ialah Pengarah MRM, Encik Sulaiman Arshad dan Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan ANGKASA, En- cik Ahmad Marzuki Ismail.
REAKSI
Program ini sangat membantu koperasi kami yang baru sahaja mengeluarkan produk baharu. Banyak input yang diperolehi berkaitan penjenamaan produk dan kaedah memasarkan sesuatu produk. Mohd Nasrul Hakim Jalaludin Koperasi Persatuan Jiran Aman Rakyat Malaysia Selangor Berhad (PEJARAM)
Program sangat baik untuk mengetahui kaedah penjenamaan produk. Kebanyakan koperasi yang menyertai program ini tidak mempunyai tenaga profesional khususnya dari segi penghasilan reka bentuk produk. Menerusi program ini juga, koperasi didedahkan mengenai keperluan dan cara mereka bentuk sesuatu produk. Adailami Mohamad Amin Koperasi Pesara-pesara Kerajaan Daerah Sepang Berhad (KOSARA)
Program ini dapat membuka mata peniaga kecil mengenai keperluan kaedah yang perlu dilakukan dengan perniagaan untuk pasaran yang lebih meluas. Saya berhasrat untuk memulakan lawatan ke tempat-tempat yang dicadangkan dan lakukan apa yang perlu bagi melebarkan lagi sayap koperasi ini. Noraida Shamsuddin Koperasi Warisan Che Mah dan Mohd Said Berhad
Program ini dilihat sangat menarik kerana koperasi yang menyertainya dapat membuat jaringan dan kolaborasi bersama koperasi dengan lebih meluas. Saya berharap program ini dapat diadakan selalu bagi memantapkan produk koperasi sekali gus berupaya melonjakkan kadar jualan dan penambahan pendapatan koperasi dan peluang pasaran baharu di seluruh negara. Rabunah Awang Koperasi Keluarga Azra Selangor Berhad
Program ini sangat baik kerana banyak input ilmu yamg disediakan dan peserta berpeluang untuk mengetahui kaedah penjenamaan produk yang lebih berkesan. Saya berharap program ini dapat diadakan lagi untuk fasa kedua supaya pihak penganjur dapat melihat apa yang boleh ditambah baik oleh koperasi yang terlibat. Che Maslina Usop Koperasi Tahfiz Ceria Kuala Lumpur Berhad
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease