WADAH PELANCAR EDISI MEI 2021

9 ANTARABANGSA

MEI 2021

COVID-19: Koperasi Sekolah Perlu Inovatif Oleh NADIAH KAMARUDIN K operasi seko- lah dan siswa perlu positif dalam me- nangani ke- san pandemik

CO-VID-19, sekali gus komited mencetuskan idea baharu dan penyelesaian inovatif bagi memastikan kebajikan anggota terus terjaga. Timbalan Presiden ANG- KASA merangkap Ahli Lem- baga International Coop- erative Alliance (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail mem- beritahu, koperasi tiada pili- han selain melihat pandemik ini dari sudut yang positif jika mahu kekal relevan. “Caranya ialah meman- faatkan ilmu dan pemikiran setiap anggota lembaga dan kakitangan koperasi untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi oleh kope- rasi serta anggotanya. “Koperasi juga perlu mewujudkan persekitaran seimbang dan selamat mela- lui penggunaan teknologi digital supaya anggota lebih yakin berkongsi idea serta mengutarakan kebimbangan atau masalah secara lebih ter- buka,” katanya. Beliau berucap merasmi- kan webinar Post COVID-19: Opportunities for Coopera- tives in Educational Institu- tions melibatkan 70 peserta dari 13 negara secara dalam talian pada 15 April 2021. Webinar tersebut dianjur- kan oleh ICA-AP Committee on Educational Institutions (ICEI) dengan kerjasama ANGKASA. Para peserta dipertonton dan didedahkan mengenai cabaran yang dihadapi pela- jar sekolah dan universiti di

menu makanan sihat. Turut hadir ialah Naib Pre- siden ANGKA- SA merangkap Pengerusi ICEI, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya dan Ketua Pegawai Ekse- kutif Kumpu- lan ANGKASA, Haji Nasir Khan

berpengalaman dan kepa- karan luas dalam bidang pen- didikan. Mereka ialah Prof. dan Ketua, Jabatan Kerjasama, The Gandhiram Rural Insti- tute (India), Dr. C. Pitchai; Ketua Pegawai Eksekutif Rah-E-Roshd Cooperative Education Complex (Iran), Ms. Anahita Eslahpazir; Ahli Jawatankuasa Pelajar, Na- tional Federation of Universi- ty Co-operative Associations (NFUCA) (Jepun), Mr. Ryota Ishida; Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif NFUCA, Mr. Ichiro Nakamori dan Pengerusi Koperasi UNI- KEB Berhad (Malaysia), Prof. Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff.

Dato’ Haji Kamarudin Ismail berucap merasmikan webinar ICEI secara dalam talian pada 15 April 2021.

Yahaya. Webinar yang dipenge- rusikan oleh Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Anta- rabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad itu me- nampilkan lima penceramah

Iran, India, Jepun dan Malay- sia sepanjang mengharungi pandemik COVID-19. Dato’ Haji Kamarudin memuji usaha Ritsumeikan University Cooperative dari

Jepun yang menitikberatkan pemakanan pelajar ketika pandemik COVID-19 dengan mengadakan sistem undian dalam talian memberi pe- luang anggotanya memilih

Penceramah bersama wakil ANGKASA selepas selesai sesi webinar.

Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya menyampaikan ucapan penutup.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease