DISEMBER 2021 JILID: WP03 /11
ANGKASACoop
www.angkasa.coop
RM1.00
Ekosistem Kredit Koperasi Tingkat Standard Perkhidmatan Kredit ANGKASA
Koperasi sebagai Wadah Kemajuan Industri dan Nilai Insani
>>07
Koperasi diseru untuk Mendalami Identiti Koperasi
>>08
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar ketika menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Perasmian Mini Konvensyen Ekosistem Kredit Koperasi 2021.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Platform Ekosistem Kredit Koperasi yang dibangunkan ANGKASA mampu meningkatkan perkhidmatan kredit koperasi di Malaysia meliputi rantaian Program Rangsangan Modal, Portal MyAngkasa AzZahra, Perkhidmatan Sistem Pelaporan Kredit (SPeKAR), Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA), Tawarruq ANGKASA, Non-Bank Lender Credit Information (NLCI) dan Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS). Demikian ucapan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar sewaktu Majlis Perasmian Mini Konvensyen Ekosistem Kredit
Koperasi 2021 yang telah berlangsung pada 14 Disember 2021 di Damansara. Tambah beliau, ekosistem ini bukan sahaja dapat memudahkan dan mempercepat urusan yang dijalankan oleh koperasi terutamanya koperasi kredit berskala kecil dan sederhana, malah ia juga satu usaha dalam memanfaatkan anggota serta pelanggan.
KoSahabat Sasar Koperasi sebagai Peneraju dalam Sektor Penternakan & Pertanian
>>14
BERSAMBUNG DI MUKA 2
ANGKASA Serah Tudung ke Kemboja melalui CAMWA
>>17
Dif-dif kehormat menyanyikan lagu Negaraku dan Sepakat Membina sebelum acara perasmian berlangsung.
2 ANGKASA
DISEMBER 2021
DARI MUKA 1
“Dengan platform ini, peranan ANGKASA sebagai penaung koperasi kredit di adanya bawahnya dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Dalam konteks ini juga, koperasi kredit akan lebih fokus dalam penawaran pembiayaan yang terbaik kepada anggotanya dan aktiviti selebihnya akan dilaksanakan oleh ANGKASA melalui platform ekosistem ini," kata beliau lagi. Beliau turut menarik perhatian peserta yang hadir tentang Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) dengan peruntukan RM10 juta bagi memulihkan aktiviti koperasi yang terjejas selain menyediakan dana sebanyak RM30 juta melalui Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi. “Kerajaan juga terus menyokong aktiviti perniagaan koperasi dengan menyediakan tapak perniagaan food truck di kawasan bandar yang akan dilaksanakan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Justeru, saya menyeru gerakan koperasi agar tidak lagi hanya
Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah menerangkan ANGKASA untuk meluaskan jaringan Ekosistem Kredit Koperasi ke seluruh Malaysia kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.
yang masih membuat potongan walaupun peminjam telah melangsaikan hutang. Selain itu, terdapat juga pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama koperasi untuk memperdaya mangsa membuat pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi selain memegang kad ATM peminjam.
membangunkan yang akhirnya menjadi lambakan pada pasaran sedia ada. Inilah masanya koperasi menjadi perintis kepada cabang perniagaan baharu. Kita harus fikirkan perniagaan yang lebih berinovasi, yang mana koperasi perlu lebih ke hadapan berbanding sektor swasta,” ujarnya. produk
Beliau menyentuh tentang isu aduan pembayaran semula hutang serta penipuan orang tengah atau agen yang memberi imej tidak baik kepada koperasi, khususnya koperasi kredit. “Daripada 477 aduan yang diterima, 300 daripadanya adalah tentang koperasi kredit turut
Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu memberi ucapan aluan di Majlis Perasmian Mini Konvensyen Ekosistem Kredit Koperasi 2021.
Sesi pendaftaran peserta Mini Konvensyen Ekosistem Kredit Koperasi 2021.
Sidang Pengarang
Presiden • Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-5101 3388 Faks : 03-5101 3600 Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.
• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Muat Turun Aplikasi
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
3 ANGKASA
DISEMBER 2021
Ini merupakan isu-isu yang perlu diberi perhatian dan saya berharap dengan adanya ekosistem kredit koperasi, masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya. Terdahulu, Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, fokus utama mini konvensyen ini diadakan adalah untuk memperkasakan tadbir urus pembiayaan koperasi melalui ekosistem kredit koperasi. Program yang dibangunkan oleh Sektor Kewangan ANGKASA itu katanya dapat membantu memperkukuh jaringan koperasi kredit di peringkat nasional supaya koperasi kredit lebih berdaya maju. Di samping itu juga, program itu dapat menjadi platform bagi koperasi kredit untuk mendapatkan informasi terkini tentang sumber dana daripada penyedia dana.
Gimik Perasmian Mini Konvensyen Ekosistem Kredit Koperasi 2021. Perasmian Mini Konvensyen Ekosistem Kredit Koperasi 2021.
Sebahagian peserta yang hadir.
perniagaan untuk mendapatkan modal kerja melalui pakej-pakej yang ditawarkan. Sehingga kini, sebanyak RM566.88 juta pembiayaan telah diluluskan,” jelasnya. ANGKASA juga kini sedang giat mengorak langkah untuk membudayakan ekosistem ini kepada koperasi kredit seluruh negara secara keseluruhannya. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan
Koperasi, Tuan Muslimin Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Mohamad Radhi Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Barisan Anggota Lembaga ANGKASA; Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Datuk Abd Rani Lebai
Jaafar; CoopBank Pertama Malaysia Berhad, Datuk Baharom Embi; Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
“Jika dilihat dari segi fungsi, sektor kewangan dan kredit merupakan penyumbang terbesar kepada perolehan koperasi di neagra ini iaitu sebanyak lebih 87 peratus. Justeru, bagi memperkasakan lagi sektor ini, ANGKASA telah mewujudkan rantaian ekosistem koperasi kredit melalui kemudahan atau perkhidmatan Program Rangsangan Modal yang menyediakan platform kepada koperasi berlatarbelakangkan
Dari Meja Presiden
konsortium koperasi, banyak lagi program baharu yang sedang disusun bagi menyeimbangkan tuntutan dan keperluan semasa. Semuanya mengikut acuan dan landasan yang rapi bagi memastikan perjalanannya kelak menepati keperluan pasaran dan memberi impak yang lebih positif kepada sektor perniagaan koperasi. Usaha ini juga dilihat seiring dengan salah satu matlamat yang terkandung melalui Dasar Keusahawanan Nasional iaitu meningkatkan kapasiti dan keupayaan koperasi dalam sektor ekonomi utama melalui perluasan akses kepada program, bantuan dan peluang perniagaan setara dengan PKS. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh koperasi ahli ANGKASA yang sentiasa bersama mengukuhkan rantaian perniagaan koperasi secara berjemaah. Semoga tahun 2022 memberi cahaya yang lebih gemilang kepada gerakan koperasi.
Transformasi dan pembaharuan dalam sektor perniagaan masa kini sebenarnya telah banyak mempengaruhi landskap dan pencapaian ekonomi gerakan koperasi. Segala usaha yang dijalankan adalah demi kelangsungan sosioekonomi anggota selain meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap fungsi utama penubuhan koperasi itu sendiri. ANGKASA sememangnya banyak memainkan peranan secara signifikan sejak mula ditubuhkan 50 tahun lalu dalam usaha untuk memartabatkan ekonomi koperasi melalui perniagaan yang dijalankan. Sesuai dengan misinya untuk menjadi pemangkin kecemerlangan sosioekonomi gerakan koperasi ke arah globalisasi, antara yang mahu ditekankan adalah mentransformasi landskap ekonomi koperasi selaras dengan perkembangan inovasi dan teknologi. Selain menerapkan pelbagai aspek tadbir urus seperti khidmat bimbingan dan latihan, program rangsangan dan pembangunan perniagaan koperasi dan pemerkasaan aktiviti perniagaan
Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
4 ANGKASA
DISEMBER 2021
Oleh NADIAH KAMARUDIN & NOR AZAH ABD. AZIZ
Pelbagai Peluang Disediakan untuk Galak Graduan Jadi Usahawan – Tan Sri Noh Yayasan ANGKASA Taja Pembiayaan Pendidikan 185 Pelajar
Kementerian Pembangunan Usa- hawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensi-agensi di bawahnya menyediakan pelbagai peluang untuk graduan menjadikan usahawan sebagai kerjaya supaya tidak terus bergantung pada kerja 'makan gaji'. Usaha ini adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan 'bangsa usahawan'. Demikian inti pati ucapan perasmian Menteri MEDAC, YB Tan Sri Noh Haji Omar pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2021/2022 bertempat di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 19 Disember 2021. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha MEDAC, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad; Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang juga mewakili Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Haji Muthado Bahri. Menurut Tan Sri Noh, mahasiswa atau graduan yang mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah MEDAC akan dibantu dari segi suntikan modal untuk mereka memulakan perniagaan. “Kita (MEDAC) tidak mahu mereka merasakan yang pergi ke kursus hanya semata-mata untuk mendapatkan sijil,” ujar beliau. Beliau turut memuji ANGKASA yang peranan utamanya adalah merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi serta meletakkan pendidikan anggota dan anak-anak mereka sebagai keutamaan. “Pembiayaan Yayasan ANGKASA yang boleh ditukarkan sebagai biasiswa sekiranya pelajar
Tan Sri Noh (tengah) bersama para pelajar yang telah menerima surat tawaran pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA Sri Noh (tengah) bersama para pelajar yang telah menerima surat tawaran pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA untuk sesi 2021 (pengambilan baru) dan pelajar-pelajar yang telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 19 Disember 2021.
Tan Sri Noh menyampaikan surat tawaran pembiayaan Sri Noh menyampaikan surat tawaran pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA kepada wakil pelajar untuk program ijazah sarjana (Master) kepada saudara Ayadi Muhajir Khusairi.
Tan Sri Noh mengucapkan tahniah kepada saudari Nur Sri Noh mengucapkan tahniah kepada saudari Nur Farzana Rosli yang telah menerima biasiswa penuh daripada Yayasan ANGKASA berjumlah RM16 ribu.
Saudara Muthukumar a/l Ananthan yang merupakan Muthukumar a/l Ananthan yang merupakan wakil pelajar lelaki untuk program ijazah Doktor Falsafah menerima surat tawaran pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA.
Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga MyANGKASA Amanah Pengerusi Ahli Lembaga MyANGKASA Amanah Berhad merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyerahkan replika cek sumbangan kepada Yayasan ANGKASA.
Saudara Mohamad Safwan Mohd Sabri mengetuai bacaan lafaz ikrar pelajar Mohamad Safwan Mohd Sabri mengetuai bacaan lafaz ikrar pelajar baharu pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA sesi 2021/2022 sambil disaksikan Tan Sri Noh dan barisan dif jemputan.
Tan Sri Noh bergambar bersama barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA.
5 ANGKASA
DISEMBER 2021
memperoleh ijazah kelas pertama memberi motivasi kepada mahasiswa untuk berusaha lebih gigih lagi bagi mendapat keputusan yang cemerlang," ujar beliau. Seramai 185 orang pelajar yang sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah, ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) telah menerima surat tawaran pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA untuk sesi 2021 (pengambilan baharu). Dalam majlis yang sama, seramai 19 daripada 25 orang pelajar yang telah dianugerahkan biasiswa penuh daripada Yayasan ANGKASA setelah berjaya merangkul ijazah kelas pertama telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.
Mereka membawa pulang sijil dan plak penghargaan serta sumbangan wang tunai berjumlah RM200. Yayasan ANGKASA juga telah menerima sumbangan wang tunai daripada MyANGKASA Amanah Berhad, Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad dan Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA melalui dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden A SEAN Co-operative Organization (ACO) , Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan aluannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang
Tabung Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA yang terdiri daripada individu, koperasi dan badan korporat. Menurut beliau, pembiayaan pendidikan oleh Yayasan ANGKASA merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial ANGKASA kepada gerakan koperasi khususnya anggota dan anak-anak anggota dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi serta memberi sumbangan terhadap pembangunan gerakan koperasi dan negara. "Sejak ditubuhkan pada tahun 2000, Yayasan ANGKASA telah menaja seramai 1,312 orang pelajar di pelbagai peringkat dan
bidang pengajian dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM27.2 juta. ANGKASA juga memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA setiap tahun," ujar Dato' Dr. Abdul Fattah. Hadir sama ke majlis ialah barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Datuk Haji Ahmad Jamil Hashim, Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin, Haji Nasir Khan Yahaya dan Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad serta barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.
Sebahagian Reaksi Penerima Tajaan Yayasan ANGKASA
MOHAMAD SAFWAN MOHD SABRI Kursus Ijazah Sajana Muda Pengurusan Awam Universiti Utara Malaysia (UUM) Bertugas di bahagian Pentadbiran di IPD Cheras. Berazam untuk menghabiskan pembelajaran dengan kelulusan cemerlang selain mahu memastikan kerjasama dua hala antara Polis Diraja Malaysia dengan ANGKASA terus terjalin dan memberi manfaat kepada gerakan koperasi khususnya.
AINUR FATIHA SAIDI Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran dan Pengurusan Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UNiKL) Memperoleh CGPA 3.70, kini berkhidmat sebagai Penganalisa Perniagaan di Tomei Consolidated Berhad. Berminat menjadi sukarelawan dan sedia menyertai apa sahaja program yang dijalankan oleh gerakan koperasi terutamanya ANGKASA dan pihak Yayasan.
AHMAD AMMAR AHMAD SHAFRIN Doktor Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM)
MUHAMMAD AZRUL NAIM AZHAR Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Saya mencadangkan supaya Yayasan ANGKASA melabur dana yang ada dalam instrumen pelaburan yang rendah risiko. Namun, masih mampu memberikan pulangan bagi membantu perkembangannya.
Peluang yang diberikan oleh pihak yayasan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan jasa baik ANGKASA akan dibalas semula dengan sumbangan idea dan tenaga demi memartabatkan masa depan generasi akan datang dalam menimba ilmu.
NURSABRINA ALYA MOHD SABRI Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaya (UM)
WAN NURWAJIHAH WAN ANUAR (PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Selain bekerja dengan ANGKASA, beliau akan turut menyertai koperasi. Apabila bekerjaya, beliau akan menjadi penceramah menyampaikan manfaat kerjaya dalam bidang koperasi. Beliau juga mengalu-alukan anggota koperasi sekolah untuk mendalami bidang tersebut dan menyertai Yayasan ANGKASA bagi meringankan beban keluarga. Ibunya adalah merupakan seorang daripada anggota Koperasi Guru Malaysia Berhad.
Kini berkhidmat sebagai pelatih di Malaysian Communication and Multimedia Commission, berazam untuk menyokong kegiatan koperasi dengan terus menjadi anggota dalam mana-mana koperasi.
WAN NURUL ALYA WAN ABDUL MALEK Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (kepujian) Kewangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Berazam untuk menjadi anggota koperasi di universiti dan membantu kepimpinan koperasi di universiti dalam menjaga kebajikan anggotanya.
PUTERI YASMEEN QISTIENA MOHAMAD YAZRIN Kursus Ijazah Sajana Muda Pengurusan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Berazam untuk memberi sumbangan idea bagi memajukan yayasan serta membantu menaiktaraf gerakan koperasi di Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan.
6 ANGKASA
DISEMBER 2021
Perkenal Potongan Gaji Takaful Kenderaan Kerjasama PERKESO – MAAB – A TECH INSURE
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Kerjasama dalam inisiatif kewangan antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), ANGKASA melalui MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn. Bhd. menandakan bermulanya satu lagi penanda aras baharu dalam usaha PERKESO memperluaskan aktivitinya kepada kakitangan awam, pesara dan orang kelainan upaya (OKU) khususnya golongan B40. Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pelaksanaan skim yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah itu turut melibatkan penggunaan teknologi digital terkini. Selari dengan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan 'Keluarga Malaysia', penggunaan analisis data turut digunakan untuk membuat penelitian ketat terhadap bakal pembeli bagi meminimumkan risiko sekali gus memudahkan pelanggan membuat pembelian takaful kenderaan secara 'Seamless Experience' . "Saya percaya, inisiatif ini akan dapat membantu meringankan beban kewangan apabila mereka memperoleh polisi takaful kenderaan dan cukai jalan dengan kos yang minimum," ujar beliau. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis
Datuk Seri M. Saravanan (berdiri empat dari kiri) menyaksikan sesi menandatangani perjanjian Skim MyezyCover antara Seri M. Saravanan (berdiri empat dari kiri) menyaksikan sesi menandatangani perjanjian Skim MyezyCover antara PERKESO, MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn. Bhd. Turut sama ialah Dato’ Dr. Abdul Fattah (berdiri dua dari kiri) dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (berdiri paling kiri).
Menandatangani Untuk Pelaksanaan Skim MyezyCover antara PERKESO, MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn. Bhd. pada 24 November 2021. Perjanjian Perjanjian tersebut adalah bagi melaksanakan Skim MyezyCover untuk
pembelian takaful kenderaan secara ansuran tanpa faedah serta patuh syariah. Majlis yang berlangsung di Menara PERKESO, Kuala Lumpur itu turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Haji Awang Hashim; Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Haji
Abdullah; Pengerusi Lembaga PERKESO, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa Haji Abdullah; Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Pengerusi A Tech Insure Sdn Bhd, Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Peluang Koperasi Sertai Industri Kurier
Kecenderungan terhadap penggunaan platform dalam talian kian rancak sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19 kerana ia menjadi kaedah selamat untuk membeli barangan serta perkhidmatan yang diperlukan tanpa perlu keluar rumah. Menyedari situasi ini, sektor koperasi tidak terkecuali dalam menyediakan platform digital khususnya dalam mengembangkan bidang ekonomi baharu melalui kerjasama dengan syarikat swasta khususnya dalam industri kurier. Usaha ini direalisasikan dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Koperasi 1 Malaysia Berhad dan Syarikat PARCEL365 Sdn. Bhd. yang berlangsung pada Majlis Jalinan Kerjasama Sistem Penghantaran Dan Penerimaan Bungkusan Secara Aplikasi Internet bertempat di Dewan Dato’ Mohd Ali Baharum, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor, pada 14 Disember 2021. MoU berkenaan menyaksikan Koperasi 1 Malaysia Berhad diwakili Bendaharinya, Datuk Jefree Zain Affendi Dan Yunan dan Setiausahanya, Haji Borhan Mat Aris manakala Syarikat PARCEL365 Sdn. Bhd. diwakili dua Pengarah Urusannya, Encik Eddie Mok Yew Keong dan Encik Lee Swee Yao sambil disaksikan Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Presiden ASEAN Co-Operative Organization (ACO) merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi
Antarabangsa – Asia Pasifik (ICA-AP), Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah. Dalam ucapan perasmian Datuk Zahidi, beliau mahu sektor koperasi bersama-sama menjadi rakan strategik dengan syarikat swasta dengan menyertai pembangunan teknologi maklumat mengikut keperluan dan kesesuaian untuk manfaat anggota koperasi. Katanya, kolaborasi strategik ini diharap dapat membuka peluang lebih luas kepada koperasi dan anggota kerana dengan semangat kerjasama ini, ia dapat memberi sinergi yang jitu dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua. “Saya percaya produk yang dihasilkan menerusi kerjasama ini iaitu perkhidmatan PARCEL365 dapat membantu mempermudahkan urusan penghantaran dan penerimaan bungkusan sekali gus mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi oleh industri kurier,” katanya. Sementara itu, Dato’ Dr. Abdul Fattah dalam ucapan aluannya menyatakan dengan penggunaan Smart Box Parcel365 ini pengguna bakal mendapat khidmat penghantaran dan penerimaan bungkusan secara mudah menerusi makluman secara dalam talian dan perjalanan bungkusan dapat dikesan di peringkat awal sehingga sampai di tangan pengguna. “Perkhidmatan PARCEL365 ini juga turut memberi manfaat kepada koperasi khususnya dalam pemasaran produk koperasi dan menerusi kemudahan ini, koperasi-koperasi di seluruh negara dapat
Datuk Zahidi (kanan) dan Pengarah Zahidi (kanan) dan Pengarah PARCEL365 Sdn. Bhd., Encik Eddie Mok Yew 365 Sdn. Bhd., Encik Eddie Mok Yew Keong (kiri) melakukan simbolik memasukkan bungkusan barang ke dalam Smart Box Parcel365.
menyambut baik dan menggunakan perkhidmatan ini dalam usaha mewujudkan rangkaian pemasaran produk koperasi secara lebih berkesan merentasi sempadan,” katanya. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Bahagian Pos dan e-Commerce, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Encik Zaidi Abdul Karim; Anggota-Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan
Dr. Mohd Azlan Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha; Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA, Haji Noorashidi Nazari dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
7 ANGKASA
DISEMBER 2021
Koperasi sebagai Wadah Kemajuan Industri dan Nilai Insani
Oleh RAHMAT MOHD DID
membantu mereka untuk bangkit kembali selain merancakkan penubuhan koperasi baharu dengan bantuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA," jelasnya. Sebelum itu, Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, pelaksanaan karnival ini diadakan tepat pada masanya tatkala rakyat terutamanya mereka yang termasuk dalam golongan B40 masih terkesan dengan pandemik COVID-19. Katanya, ini merupakan peluang untuk mereka dan masyarakat setempat berbelanja bagi mendapat barangan keperluan pada harga patut, selain dapat merangsang semula kegiatan ekonomi demi kesejahteraan negara dan semua pihak. Karnival ini juga merupakan satu inisiatif ANGKASA negeri untuk menghimpunkan perniagaan koperasi daripada pelbagai kluster perkhidmatan di negeri tersebut selain menawarkan pelbagai produk kepada pembeli pada harga yang berpatutan. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Mantan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Seri Hilmi Yahaya, Wakil Pengarah SKM Pulau Pinang, Puan Arnida Alias, Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara, Dr. Zurita Mohd Salleh, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dr. Mohd Azlan Yahaya; barisan Anggota jawatankuasa Jawatankuasa perhubungan negeri (JPAN) Pulau Pinang yang diketuai pengerusinya, Tuan Haji Mohd Jamil Othman serta Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Kelantan, Sarawak, Terengganu, Melaka dan Sabah.
Salah satu fokus dalam Agenda Pulau Pinang 2030 adalah memperkasa komuniti dan menjadikannya komponen penting bukan hanya dari segi kemajuan industri, tetapi juga nilai insani. Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, DatMenurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, gerakan koperasi di negeri ini mampu menjadi wadah bagi mencapai matlamat tersebut kerana selain dapat membantu dari segi ekonomi, ia juga merupakan instrumen perpaduan masyarakat. "Hasrat saya adalah untuk menggalakkan penubuhan Koperasi Kariah Masjid (KKM) di semua masjid di negeri ini seterusnya menjadikan umat Islam sebagai penyumbang utama ekonomi negeri melalui gerakan koperasi”, ujar beliau dalam ucapan di Majlis Perasmian Jubli Emas 50 Tahun ANGKASA bersama Program ' Malaysian Coop Plate (MCP)' dan Karnival Harga Patut ANGKASAMart di Perkarangan Pejabat ANGKASA Pulau Pinang pada 12 Disember 2021. Program tersebut berlangsung selama tiga hari sejak 10 Disember 2021 dengan pelbagai pengisian termasuk Program Jalan Sihat, Sesi Uji Rasa oleh Panel MCP dan Kempen Derma Darah ANGKASA Pulau Pinang. Katanya lagi, sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti, beliau turut berhasrat untuk meningkatkan jumlah perolehan KKM daripada RM3 juta sekarang ke RM5 juta tahun hadapan. "Jumlah KKM di Pulau Pinang sekarang adalah lebih kurang 40 buah koperasi, tetapi kebanyakannya sudah tidak aktif. Kami akan memberi fokus dalam
Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berucap sewaktu merasmikan Majlis.
Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin (tiga dari kiri) mengetuk gong sebagai gimik perasmian.
Melawat gerai ' Malaysian Coop Plate (MCP)' dan melihat produk-produk yang ditawarkan koperasi.
Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin menyerahkan plak ' Malaysian Coop Plate (MCP)' kepada peniaga koperasi yang terlibat menjayakan program.
Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bergambar kenangan bersama kesemua dif-dif kehormat yang hadir.
8
DISEMBER 2021
Perhimpunan Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia Pasifik (ICA-AP) ke-15 Koperasi Diseru Hayati Identiti Koperasi
Oleh NADIAH KAMARUDIN
menjadikan jumlah keseluruhan keahlian terkini sebanyak 112 organisasi dari 31 negara. Kepimpinan tertinggi ANGKASA yang telah hadir ke perhimpunan secara dalam talian ialah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization , Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa. Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya telah hadir secara fizikal. Perhimpunan Serantau ICA-AP yang diadakan secara dwitahunan merupakan platform yang menghimpunkan semua ahli dari rantau tersebut untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan koperasi. Perhimpunan ini juga memberi peluang kepada ahli untuk membina rangkaian dan membentuk kerjasama untuk manfaat bersama. Perhimpunan tersebut yang diwakili oleh semua ahli secara langsung turut memiliki autoriti tertinggi untuk memilih Lembaga ICA-AP seramai 11 orang yang terdiri daripada seorang Presiden, dua Naib Presiden dan lapan Ahli Lembaga yang akan berkhidmat bagi tempoh empat tahun. Dr. Chandrapal Singh Yadav daripada National Cooperative Union of India telah dipilih sebagai Presiden ICA-AP yang baharu menggantikan Mr. Li Chunsheng. Dato’ Dr. Abdul Fattah dan Mr. Cai Zhenhong daripada All China Federation of
Gerakan
koperasi
terus
membuktikan keupayaannya
kemampuan
dan
sebagai sebuah model yang mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk mendepani pelbagai cabaran global seperti ancaman kesihatan, ketidaktentuan ekonomi dan perubahan iklim. Demikian ucapan pembukaan Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dr. Ariel Guarco sempena Perhimpunan Serantau ICA – Asia dan Pasifik (ICA-AP) ke-15 yang diadakan secara hibrid di Grand Walkerhill Hotel, Seoul, Korea pada 30 November 2021. Mesyuarat untuk beberapa jawatankuasa sektoral dan tematik yang telah dibentuk oleh ICA- AP pula telah dijalankan pada 28 dan 29 November. Menurut beliau, koperasi memiliki kapasiti dari aspek inovasi sosial dan ekonomi untuk memenuhi permintaan yang muncul dalam setiap komuniti. Beberapa koperasi di rantau Asia Pasifik berada di kedudukan utama dalam World Cooperative Monitor dan ini menunjukkan kemahiran keusahawanan yang hebat. “Saya yakin rantau Asia Pasifik akan terus menjadi tonggak utama untuk gerakan koperasi dunia,” ujar Dr. Ariel. Beliau menyeru koperasi untuk menghayati identiti koperasi dengan menganalisis, memahami dan mengukuhkan nilai dan prinsip koperasi serta terus mempamerkan model perniagaan koperasi mampu mengukuhkan integrasi ekonomi dan sosial di setiap negara, serantau dan global. Perhimpunan ICA-AP ke-15 telah dirasmikan oleh Pengerusi National Agricultural Cooperative Federation , Korea, Mr. Sung-hee Lee dan telah dipengerusikan oleh Presiden ICA- AP, Mr. Li Chunsheng serta dibantu oleh Pengarah Serantaunya, Mr. Balasubramanian Iyer. Sebanyak 11 agenda telah dibentangkan pada perhimpunan kali ini antaranya adalah pengesahan minit Perhimpunan Serantau ICA- AP ke-14, laporan kewangan untuk tahun 2020, situasi keahlian semasa dan laporan daripada jawatankuasa sektor/tematik. ICA-AP telah meluluskan permohonan keahlian daripada empat buah koperasi dari tiga negara iaitu India, Jordan dan Filipina sejak perhimpunan ke-14 sekali gus
Pengerusi National Agricultural Cooperative Federation , Korea, Mr. Sung- hee Lee.
Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dr. Ariel Guarco.
Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Li Chunsheng.
Pengarah Serantau ICA-AP, Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer.
Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mengikuti Perhimpunan Serantau ICA-AP ke-15 secara dalam talian.
Dr. Chandrapal Singh Yadav daripada National Cooperative Union of India menggantikan Mr. Li Chunsheng sebagai Presiden ICA-AP yang baharu.
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global ICA, Dato’ Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya menghadiri perhimpunan secara fizikal.
9
DISEMBER 2021
Supply Marketing Cooperative telah dipilih sebagai Naib Presiden. Terdahulu, Dato’ Dr. Abdul Fattah turut dipilih semula sebagai Ahli Lembaga ICA-AP dengan undian ketiga and tertinggi daripada 12 calon yang bertanding untuk berkhidmat bagi tempoh empat tahun. Perhimpunan ini turut menyaksikan Dr. Haji Mohd. Azlan dipilih semula (menang tanpa bertanding) sebagai Penge rusi Jawatankuasa Institusi Pendidikan ICA-AP (ICEI) untuk penggal 2022 – 2024. Dato’ Haji Che Mohd
Perwakilan koperasi mengikuti perhimpunan secara dalam talian. koperasi mengikuti perhimpunan secara dalam talian. Shukree pula telah dipilih sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP. Mesyuarat Jawatankuasa Sektor ICA AP 28 - 30 November 2021 Mesyuarat Jawatankuasa Institusi Pendidikan ICA-AP (ICEI) Dr. Azlan dipilih semula sebagai Pengerusi ICEI
pindaan dapat dilakukan. Ini bagi membantu ICEI meningkatkan lagi program dan penganjuran aktiviti berkaitan koperasi sekolah dan koperasi siswa di peringkat antarabangsa. perlembagaan jawatankuasa Memandangkan situasi pandemik COVID-19 yang masih belum reda, Dr. Azlan menyarankan koperasi untuk mewujudkan persekitaran yang seimbang dan selamat melalui penggunaan teknologi digital supaya anggota lebih yakin berkongsi idea serta mengutarakan kebimbangan atau masalah secara lebih terbuka. Ditubuhkan pada 2010, misi utama ICEI adalah mempromosi dan menggalakkan pembangunan koperasi di peringkat sekolah menengah, kolej dan universiti.
Anggota ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Institusi Pendidikan ICA-AP (ICEI), Dr. Haji Mohd Azlan Yahya telah dipilih sekali lagi sebagai sebagai pengerusi ICEI bagi penggal 2022 - 2024. Lembaga Dalam ucapannya, Dr. Azlan menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa ICEI atas pelantikan semula itu selain menyatakan penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh Dato' Dr. Abdul Fattah serta barisan kepimpinan ANGKASA terhadap perjuangan beliau memperkasakan agenda modal insan koperator muda, khususnya golongan pelajar dan belia melalui ICEI. Selain membincangkan tentang perancangan tahun depan, beliau turut mencadangkan supaya
Mesyuarat Jawatankuasa Institusi Pendidikan ICA-AP Jawatankuasa Institusi Pendidikan ICA-AP (ICEI) ke-13 telah diadakan secara dalam talian pada 28 November 2021.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengguna ICA-AP ke-54 Pinda perlembagaan jawatankuasa untuk tingkat jumlah keahlian
Institusi Pendidikan ICA-AP (ICEI) untuk meningkatkan penglibatan golongan belia khususnya daripada koperasi pengguna dalam aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan. Usaha ini adalah selaras dengan agenda yang dicadangkan di peringkat pejabat ICA-AP iaitu menggalakkan kolaborasi atau perkongsian antara jawatankuasa. Mesyuarat juga menyaksikan Pengurus Jabatan Jaminan Kualiti Japanese Consumers' Co-operative Union ( JCCU ), Mr. Akihiro Yamakoshi telah dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi Jawatankuasa menggantikan Pengurus Unit Perhubungan Antarabangsa JCCU, Mr. Haruyoshi Amano yang memegang peranan tersebut selama 12 tahun. Dr. Mohd. Azlan dan Pengerusi iCoop (Korea), Ms. Jeonghee Kim juga telah dipilih semula sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa.
Peranan Jawatankuasa Pengguna ICA-AP adalah untuk mempromosikan pembangunan koperasi kepenggunaan selain membangunkan polisi dan program
untuk koperasi kepenggunaan di rantau Asia Pasifik dengan keahlian sebanyak 19 organisasi ahli dari 13 negara.
Seramai 11 perwakilan koperasi dari enam negara iaitu India, Iran, Jepun, Korea, Myanmar dan Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengguna ICA-AP ke-54 yang telah diadakan secara dalam talian pada 29 November 2021. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Anggota Lembaga ANGKASA selaku Naib Pengerusi Jawatankuasa iaitu Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya. Beliau telah mencadangkan beberapa perkara antaranya adalah supaya diadakan satu perbincangan yang menyeluruh untuk mengubah perlembagaan jawatankuasa dalam usaha bagi menggalakkan ahli-ahli bersekutu menjadi ahli sekali gus meningkatkan jumlah keahlian. Jawatankuasa juga perlu menjalinkan kolaborasi dengan enam lagi Jawatankuasa Sektoral di bawah ICA-AP seperti Jawatankuasa
Seramai 11 perwakilan koperasi dari enam buah negara telah menghadiri 11 perwakilan koperasi dari enam buah negara telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengguna ICA-AP ke-54 secara dalam talian pada 29 November 2021.
10
DISEMBER 2021
Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP
Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP Galak Kerjasama dengan ACO
Hadir sama ke mesyuarat ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Pengarah Jabatan Kerjasama Antarabangsa, All-China Federation of Supply and Marketing Co- operatives (ACFSMC), Ms. Liu Ting. Dalam mesyuarat tersebut, ANGKASA juga telah mencadangkan penganjuran beberapa program antaranya perbincangan meja bulat antara ahli jawatankuasa, webinar yang memfokus pada memperkasakan perdagangan & perniagaan antara koperasi di rantau Asia Pasifik dan padanan perniagaan secara dalam talian.
Kerjasama kukuh antara Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP dengan ASEAN Cooperative Organization (ACO) untuk mengenal pasti sekurang- kurangnya 10 produk dan perkhidmatan oleh koperasi negara-negara ASEAN yang berpotensi untuk dieksport amat digalakkan. Perkara tersebut telah disuarakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah pada mesyuarat jawatankuasa tersebut yang telah diadakan secara dalam talian pada 29 November 2021 dan dihadiri oleh seramai lima perwakilan koperasi dari Malaysia dan China.
Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP pada 29 November 2021 telah dihadiri oleh perwakilan koperasi dari Malaysia dan China.
Mesyuarat Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP
dan mempertingkatkan penglibatan belia dalam koperasi berasaskan kewangan pada tahun 2022. Mr. KK Ravindran berkata, jawatankuasa akan memperkukuhkan kerjasama dengan International Cooperative Banking Association untuk membincangkan penyelesaian yang lestari bagi menangani isu kritikal yang dihadapi oleh institusi kewangan koperasi di rantau Asia Pasifik. Sementara itu, Dato’ Haji Che Mohd Shuhkree dan Presiden Network Consolidated Cooperative Bank (Filipina), Mr. Raul M. Calayan Jr. telah dipilih sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP. Kesediaan ANGKASA untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam platform e-dagang khususnya memperkasakan penglibatan koperasi dalam Sektor Peruncitan melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100) turut disambut baik oleh ahli-ahli jawatankuasa.
Menilai kesan COVID-19 terhadap institusi kewangan koperasi
Satu tinjauan secara dalam talian untuk menilai kesan pandemik COVID-19 dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA- AP serta institusi kewangan berkaitan akan dijalankan pada tahun 2022. Perkara berikut telah dinyatakan oleh Pengerusi jawatankuasa tersebut iaitu Mr. KK Ravindran dari National Cooperative Agriculture & Rural Development Banks Federation Ltd. (India) pada mesyuarat jawatankuasa ke-15 yang telah diadakan secara dalam talian pada 29 November 2021. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 10 perwakilan koperasi dari lima buah negara iaitu India, Korea, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa. Jawatankuasa tersebut juga akan menganjurkan sebanyak tiga webinar yang memfokuskan pada isu pengawal selia, digitalisasi
Seramai 10 perwakilan koperasi dari lima buah negara iaitu India, Korea, Filipina, Indonesia dan Malaysia telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP ke-15 pada 29 November 2021.
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan ICA-AP (CCR) ke-7 Prof. Dr. Yashavantha dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa CCR baharu
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan ICA- AP (CCR) ke-7 yang telah dihadiri oleh seramai 13 perwakilan koperasi dari tujuh buah negara iaitu India, Jepun, Korea, Malaysia, Indonesia, Australia dan United Kingdom menyaksikan pemilihan Pengerusi Jawatankuasa yang baharu. Profesor Dr. Yashavantha Dongre dari High Powered Committee on Cooperatives (India) telah dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi CCR yang baharu menggantikan Mr. Akira Kurimoto (Jepun). Ms. Choi Eun-Ju dari Sejong Institute (Korea) dan Ms. Sidsel Grimstad dari University of Newcastle (Australia) telah dipilih sebagai Naib Pengerusi. Hadir sama ke mesyuarat ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
Antara perkara yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut adalah keperluan terhadap kerjasama dengan pejabat ICA-AP dan enam lagi jawatankuasa secara berterusan untuk memperkasakan kehadiran dalam talian CCR, membangunkan lebih banyak tema penyelidikan dan meningkatkan penglibatan ahli dalam penerbitan. Pada tahun 2020, CCR telah menerbitkan dua buah buku yang bertajuk 'Waking the Asian Pasific Cooperative Potential' dan 'Cooperatives and Social Innovation.' Ditubuhkan pada 1957, CCR merupakan jawatankuasa tematik ICA-AP yang berfungsi sebagai rangkaian terbuka kepada semua yang berminat untuk berkongsi penyelidikan mengenai model perusahaan koperasi.
Seramai 13 perwakilan koperasi dari tujuh buah negara telah 13 perwakilan koperasi dari tujuh buah negara telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa CCR ke-7 secara dalam talian pada 29 November 2021.
Mesyuarat Jawatankuasa Pertanian ICA-AP (ICAO) Tangani isu pembaziran makanan dengan lebih agresif
makanan secara lestari dan menangani isu pembaziran makanan dengan lebih agresif. Beliau memuji usaha yang dilakukan oleh koperasi pertanian di Jepun yang giat mempromosikan kempen ‘Eat local, grow local’ di seluruh negara, menunjukkan koperasi meletakkan keutamaan pada mampu diri dan usaha mempertingkatkan pengeluaran hasil pertanian domestik. “ICAO akan memperkukuhkan kerjasama dengan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) untuk membantu ahli khususnya dari negara- negara membangun dengan menghubungkan mereka dengan projek-projek yang memfokus pada pembangunan koperasi pertanian secara inklusif,” ujar Mr. Sung-hee Lee.
Cabaran utama untuk memperkukuh sekuriti bekalan makanan negara menjadi topik utama yang dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertanian ICA-AP (ICAO) yang telah diadakan secara hibrid pada 30 November 2021 dan dihadiri oleh 17 perwakilan koperasi dari 14 negara. Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah hadir ke mesyuarat secara fizikal di Grand Walkerhill Hotel, Seoul, Korea. Presiden ICAO merangkap Pengerusi National Agricultural Cooperative Federation (Korea), Mr. Sung-hee Lee berkata, usaha untuk mencapai sekuriti makanan perlu berjalan selari dengan usaha mempromosi penggunaan
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kiri) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pertanian ICA-AP (ICAO) secara fizikal pada 30 November 2021.
11
DISEMBER 2021
Dato' Dr. Abdul Fattah dipilih sebagai Naib Presiden ICA - AP
TYT Melaka, PM dan Menteri Kabinet Zahir Ucapan Tahniah
“Tahniah saya ucapkan kepada Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan - ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah yang telah dipilih sebagai Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP). Pemilihan beliau sebagai Naib Presiden ICA-AP merupakan satu pengiktirafan bagi koperasi di Malaysia dan juga selaras dengan peranan ANGKASA untuk menyatukan dan mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Saya mendoakan Koperasi di Malaysia terus makmur dan harapan agar beliau dapat menggalas tanggungjawab ini dengan baik.”
YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail , Menteri Besar Pahang
“Tahniah diucapkan kepada Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) yang telah memenangi kerusi Naib Presiden International Alliance Asia-Pasific (ICA-AP) atau Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia Pasific bagi penggal 2022-2026 pada perhimpunan serantau ICA-AP ke-15 yang dianjurkan secara hybrid di Seoul, Korea. Kemenangan ini adalah satu pengiktirafan untuk gerakan koperasi Malaysia dan selaras dengan peranan ANGKASA iaitu menyatukan dan mewakili gerakan koperasi Malaysia
Malaysia mencatat sejarah apabila memenangi kerusi Naib Presiden International Alliance Asia-Pasific (ICA- AP) atau Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia Pasific bagi penggal 2022-2026 pada perhimpunan serantau ICA-AP ke-15 yang dianjurkan secara hybrid di Seoul, Korea. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah calon Malaysia yang kedua dipilih sebagai Naib Presiden ICA- AP selepas Allahyarham YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid. Pemilihan ini menunjukkan kepimpinan koperasi antarabangsa yakin dan percaya dengan kewibawaan kepimpinan gerakan koperasi di Malaysia yang dilihat progresif, sistematik dan berdaya maju.”
“Satu kejayaan besar bagi Malaysia dan berharap kejayaan gerakan koperasi Asia Pasifik akan merancakkan lagi kegiatan koperasi di Malaysia dalam membangunkan negara dan dapat meningkatkan ekonomi ahli koperasi dan negara.”
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tahniah sekali lagi!! Semoga dapat menggalas tanggungjawab ini dengan baik.”
YB Tan Sri Noh Haji Omar , Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
“Setinggi-tinggi tahniah buat Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) yang dipilih sebagai Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia Pasifik (ICA-AP). Semoga pelantikan ini dapat meneruskan kesinambungan peranan besar ICA-AP sebagai pemangkin kerjasama ekonomi di rantau ini.”
YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah , Menteri Luar Negeri
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam , Yang Di-Pertua Negeri Melaka
“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Dato' Dr Abdul Fattah Abdullah, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) di atas kejayaan dipilih sebagai Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia Pasifik bagi penggal 2022-2026. Semoga institusi koperasi negara terus diperkasakan melalui pengiktirafan antarabangsa ini.”
YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob , Perdana Menteri Malaysia
YB Datuk Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia
Sebahagian Ucapan daripada Warga Koperasi
12
DISEMBER 2021
Bincang Isu Keprihatinan Koperasi kepada Masyarakat Dunia 33rd World Cooperative Congress
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Kongres Koperasi Sedunia Ke-33 anjuran Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) berlangsung selama tiga hari bermula 1 Disember 2021 secara hibrid di Grand Walkerhill Hotel, Seoul, Korea Selatan. Bertemakan ‘Mendalami Identiti Koperasi’, kongres yang menghimpunkan gerakan koperasi secara global ini telah dirasmikan oleh Presiden Korea Selatan, Mr. Moon Jae-In. Dalam ucapannya, beliau berkata, gerakan koperasi adalah satu bentuk kerjasama sosioekonomi yang berjaya khususnya di Korea dan perlu diperkembangkan. Katanya lagi, kerajaan Korea sentiasa menyokong penuh kegiatan gerakan koperasi dengan memberi peluang kepada anggota gerakan itu mengembangkan peranan mereka dalam bidang ekonomi mahupun sosial. "Penambahbaikan sentiasa dilaksanakan dalam termasuklah memberi bantuan kewangan. Anggota koperasi menjadi kunci kepada kelestarian dalam pembangunan dan kejayaan gerakan koperasi di Korea. Gerakan koperasi dijalankan dengan mengutamakan kebajikan anggota dan koperasi selain bermatlamat memajukan ekonomi dalam kalangan anggota serta men cipta peluang pe kerjaan di negara itu. Justeru, kongres ini merupakan peng hargaan kepada
Presiden Republik Korea, Moon Jae In berucapkan merasmikan " World Cooperative Congress ".
mereka yang mem perjuangkan gerakan koperasi di peringkat global," jelas beliau. Hadir sama secara fizikal dalam kongres itu ialah Presiden ICA, Dr. Ariel Guarco; Anggota Lembaga ICA Global merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Turut serta secara dalam talian melalui aplikasi Zoom ialah
Hong Nam - ki, Menteri Ekonomi dan Kewangan Korea menyampaikan pembentangan.
Dr. Ariel Guarco menyampaikan ucapan.
Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA AP, Dato' Dr. Abdul Fattah bersama Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim mengikuti perbincangan secara dalam talian.
Salah seorang pembentang menyampaikan pendapatnya pada sesi yang diadakan sempena World Coop Congress.
Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA - Asia Pasifik, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri. Antara pengisian perbincangan hari ini merangkumi cara untuk membantu dunia dalam membina semula sosioekonomi yang lebih baik secara bersama-sama, menangani cabaran seperti pandemik COVID-19 yang melanda, perubahan cuaca, kelestarian pembangunan dan keamanan serta keadilan.
Prof. Madya Dato' Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik menyampaikan pembentangan mengenai koperasi sekolah di Malaysia pada salah satu sesi forum bertajuk "Examining Cooperative Identity through Educational Opportunities" .
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease