10
DISEMBER 2021
Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP
Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP Galak Kerjasama dengan ACO
Hadir sama ke mesyuarat ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Pengarah Jabatan Kerjasama Antarabangsa, All-China Federation of Supply and Marketing Co- operatives (ACFSMC), Ms. Liu Ting. Dalam mesyuarat tersebut, ANGKASA juga telah mencadangkan penganjuran beberapa program antaranya perbincangan meja bulat antara ahli jawatankuasa, webinar yang memfokus pada memperkasakan perdagangan & perniagaan antara koperasi di rantau Asia Pasifik dan padanan perniagaan secara dalam talian.
Kerjasama kukuh antara Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP dengan ASEAN Cooperative Organization (ACO) untuk mengenal pasti sekurang- kurangnya 10 produk dan perkhidmatan oleh koperasi negara-negara ASEAN yang berpotensi untuk dieksport amat digalakkan. Perkara tersebut telah disuarakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah pada mesyuarat jawatankuasa tersebut yang telah diadakan secara dalam talian pada 29 November 2021 dan dihadiri oleh seramai lima perwakilan koperasi dari Malaysia dan China.
Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP pada 29 November 2021 telah dihadiri oleh perwakilan koperasi dari Malaysia dan China.
Mesyuarat Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP
dan mempertingkatkan penglibatan belia dalam koperasi berasaskan kewangan pada tahun 2022. Mr. KK Ravindran berkata, jawatankuasa akan memperkukuhkan kerjasama dengan International Cooperative Banking Association untuk membincangkan penyelesaian yang lestari bagi menangani isu kritikal yang dihadapi oleh institusi kewangan koperasi di rantau Asia Pasifik. Sementara itu, Dato’ Haji Che Mohd Shuhkree dan Presiden Network Consolidated Cooperative Bank (Filipina), Mr. Raul M. Calayan Jr. telah dipilih sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP. Kesediaan ANGKASA untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam platform e-dagang khususnya memperkasakan penglibatan koperasi dalam Sektor Peruncitan melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100) turut disambut baik oleh ahli-ahli jawatankuasa.
Menilai kesan COVID-19 terhadap institusi kewangan koperasi
Satu tinjauan secara dalam talian untuk menilai kesan pandemik COVID-19 dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA- AP serta institusi kewangan berkaitan akan dijalankan pada tahun 2022. Perkara berikut telah dinyatakan oleh Pengerusi jawatankuasa tersebut iaitu Mr. KK Ravindran dari National Cooperative Agriculture & Rural Development Banks Federation Ltd. (India) pada mesyuarat jawatankuasa ke-15 yang telah diadakan secara dalam talian pada 29 November 2021. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 10 perwakilan koperasi dari lima buah negara iaitu India, Korea, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa. Jawatankuasa tersebut juga akan menganjurkan sebanyak tiga webinar yang memfokuskan pada isu pengawal selia, digitalisasi
Seramai 10 perwakilan koperasi dari lima buah negara iaitu India, Korea, Filipina, Indonesia dan Malaysia telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP ke-15 pada 29 November 2021.
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan ICA-AP (CCR) ke-7 Prof. Dr. Yashavantha dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa CCR baharu
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan ICA- AP (CCR) ke-7 yang telah dihadiri oleh seramai 13 perwakilan koperasi dari tujuh buah negara iaitu India, Jepun, Korea, Malaysia, Indonesia, Australia dan United Kingdom menyaksikan pemilihan Pengerusi Jawatankuasa yang baharu. Profesor Dr. Yashavantha Dongre dari High Powered Committee on Cooperatives (India) telah dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi CCR yang baharu menggantikan Mr. Akira Kurimoto (Jepun). Ms. Choi Eun-Ju dari Sejong Institute (Korea) dan Ms. Sidsel Grimstad dari University of Newcastle (Australia) telah dipilih sebagai Naib Pengerusi. Hadir sama ke mesyuarat ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
Antara perkara yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut adalah keperluan terhadap kerjasama dengan pejabat ICA-AP dan enam lagi jawatankuasa secara berterusan untuk memperkasakan kehadiran dalam talian CCR, membangunkan lebih banyak tema penyelidikan dan meningkatkan penglibatan ahli dalam penerbitan. Pada tahun 2020, CCR telah menerbitkan dua buah buku yang bertajuk 'Waking the Asian Pasific Cooperative Potential' dan 'Cooperatives and Social Innovation.' Ditubuhkan pada 1957, CCR merupakan jawatankuasa tematik ICA-AP yang berfungsi sebagai rangkaian terbuka kepada semua yang berminat untuk berkongsi penyelidikan mengenai model perusahaan koperasi.
Seramai 13 perwakilan koperasi dari tujuh buah negara telah 13 perwakilan koperasi dari tujuh buah negara telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa CCR ke-7 secara dalam talian pada 29 November 2021.
Mesyuarat Jawatankuasa Pertanian ICA-AP (ICAO) Tangani isu pembaziran makanan dengan lebih agresif
makanan secara lestari dan menangani isu pembaziran makanan dengan lebih agresif. Beliau memuji usaha yang dilakukan oleh koperasi pertanian di Jepun yang giat mempromosikan kempen ‘Eat local, grow local’ di seluruh negara, menunjukkan koperasi meletakkan keutamaan pada mampu diri dan usaha mempertingkatkan pengeluaran hasil pertanian domestik. “ICAO akan memperkukuhkan kerjasama dengan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) untuk membantu ahli khususnya dari negara- negara membangun dengan menghubungkan mereka dengan projek-projek yang memfokus pada pembangunan koperasi pertanian secara inklusif,” ujar Mr. Sung-hee Lee.
Cabaran utama untuk memperkukuh sekuriti bekalan makanan negara menjadi topik utama yang dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertanian ICA-AP (ICAO) yang telah diadakan secara hibrid pada 30 November 2021 dan dihadiri oleh 17 perwakilan koperasi dari 14 negara. Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah hadir ke mesyuarat secara fizikal di Grand Walkerhill Hotel, Seoul, Korea. Presiden ICAO merangkap Pengerusi National Agricultural Cooperative Federation (Korea), Mr. Sung-hee Lee berkata, usaha untuk mencapai sekuriti makanan perlu berjalan selari dengan usaha mempromosi penggunaan
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kiri) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pertanian ICA-AP (ICAO) secara fizikal pada 30 November 2021.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease