12
DISEMBER 2021
Bincang Isu Keprihatinan Koperasi kepada Masyarakat Dunia 33rd World Cooperative Congress
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Kongres Koperasi Sedunia Ke-33 anjuran Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) berlangsung selama tiga hari bermula 1 Disember 2021 secara hibrid di Grand Walkerhill Hotel, Seoul, Korea Selatan. Bertemakan ‘Mendalami Identiti Koperasi’, kongres yang menghimpunkan gerakan koperasi secara global ini telah dirasmikan oleh Presiden Korea Selatan, Mr. Moon Jae-In. Dalam ucapannya, beliau berkata, gerakan koperasi adalah satu bentuk kerjasama sosioekonomi yang berjaya khususnya di Korea dan perlu diperkembangkan. Katanya lagi, kerajaan Korea sentiasa menyokong penuh kegiatan gerakan koperasi dengan memberi peluang kepada anggota gerakan itu mengembangkan peranan mereka dalam bidang ekonomi mahupun sosial. "Penambahbaikan sentiasa dilaksanakan dalam termasuklah memberi bantuan kewangan. Anggota koperasi menjadi kunci kepada kelestarian dalam pembangunan dan kejayaan gerakan koperasi di Korea. Gerakan koperasi dijalankan dengan mengutamakan kebajikan anggota dan koperasi selain bermatlamat memajukan ekonomi dalam kalangan anggota serta men cipta peluang pe kerjaan di negara itu. Justeru, kongres ini merupakan peng hargaan kepada
Presiden Republik Korea, Moon Jae In berucapkan merasmikan " World Cooperative Congress ".
mereka yang mem perjuangkan gerakan koperasi di peringkat global," jelas beliau. Hadir sama secara fizikal dalam kongres itu ialah Presiden ICA, Dr. Ariel Guarco; Anggota Lembaga ICA Global merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Turut serta secara dalam talian melalui aplikasi Zoom ialah
Hong Nam - ki, Menteri Ekonomi dan Kewangan Korea menyampaikan pembentangan.
Dr. Ariel Guarco menyampaikan ucapan.
Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA AP, Dato' Dr. Abdul Fattah bersama Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim mengikuti perbincangan secara dalam talian.
Salah seorang pembentang menyampaikan pendapatnya pada sesi yang diadakan sempena World Coop Congress.
Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA - Asia Pasifik, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri. Antara pengisian perbincangan hari ini merangkumi cara untuk membantu dunia dalam membina semula sosioekonomi yang lebih baik secara bersama-sama, menangani cabaran seperti pandemik COVID-19 yang melanda, perubahan cuaca, kelestarian pembangunan dan keamanan serta keadilan.
Prof. Madya Dato' Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik menyampaikan pembentangan mengenai koperasi sekolah di Malaysia pada salah satu sesi forum bertajuk "Examining Cooperative Identity through Educational Opportunities" .
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease