15 KOPERASI
DISEMBER 2021
kepada 200 ribu ekor ayam bagi setiap pusingan bermula tahun 2022. “Kami mempunyai kapasiti untuk ke arah itu (menghasilkan satu juta ayam pedaging) kerana ahli-ahli KoSahabat mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup luas dalam bidang penternakan. Pertanian adalah perniagaan yang berasaskan jumlah pengeluaran ( volume ), maka kami memanfaatkan penggunaan Internet of Things (IoT) untuk meminimumkan kadar kematian ayam,” ujar beliau. Penggunaan IoT yang mempunyai teknologi penderia ( sensor ) membolehkan koperasi memantau kadar kesihatan dan berat ayam pada masa nyata ( real- time ), sekali gus membantu koperasi memastikan kadar kematian dalam lingkungan lima peratus supaya tidak mencatat kerugian. Setelah selesai satu pusingan, ayam-ayam tersebut akan dibeli oleh CP iaitu syarikat pembekal daging ayam segar yang juga berperanan sebagai integrator . Menurut Dr. Fakhrul, penglibatan KoSahabat dalam bidang ternakan ayam juga adalah untuk membantu mengukuhkan sekuriti makanan negara, membuktikan koperasi mampu menceburi bidang berimpak tinggi dan melahirkan lebih ramai usahawan tani ( agropreneur ) muda. Katanya, misi koperasi adalah membangunkan generasi baharu penternak dan petani yang menggunakan teknologi termaju dalam rantaian industri untuk menghasilkan produk berkualiti dan bernilai tinggi. “Kami memberikan latihan kepada lima orang graduan daripada jurusan sains haiwan pada setiap pusingan dan selepas selesai latihan, mereka akan ditawarkan untuk menjadi ahli KoSahabat. Kami juga akan beri bimbingan sekiranya mereka mahu membuka ladang sendiri,” tambah beliau. KoSahabat mula berjinak dalam bidang pertanian sebagai pemegang saham di ladang Melon Manis Terengganu milik salah seorang ahlinya yang berkeluasan 2.02 hektar. Bantuan geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebanyak RM300 ribu pada tahun 2020 digunakan oleh KoSahabat untuk menubuhkan Akademi Kosahabat di mana lebih enam ribu pokok melon hibrid ditanam. Antara faktor kejayaan KoSahabat adalah mempunyai barisan kepimpinan daripada pelbagai bidang profesional. “Kompilasi pengalaman yang ada dalam barisan kepimpinan kami menjadi antara faktor institusi kewangan seperti Agrobank, agensi kerajaan dan syarikat swasta mempunyai keyakinan terhadap kami untuk mengendalikan projek besar walaupun koperasi baru berusia lima tahun,” kata Dr. Fakhrul.
Ladang Melon Manis Terengganu di Akademi KoSahabat. Melon Manis Terengganu di Akademi KoSahabat.
Pelanggan boleh mendapatkan Melon Manis Terengganu boleh mendapatkan Melon Manis Terengganu yang dijual pada harga RM148 sekotak dengan tempahan minimum 10kg (sekotak enam biji) termasuk pos.
KoSahabat membantu anggota memasarkan produk madu kelulut.
Projek pembangunan perumahan mampu milik dan bercampur di atas tanah kerajaan seluas 9.751 hektar di Kampung Baru Kuala Abang, Mukim Kuala Abang, Dungun di mana sebanyak 284 unit rumah akan dibina oleh KoSahabat sebagai pemaju projek.
Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat)
Tarikh ditubuhkan : Alamat : Telefon : E-mel : Facebook :
5 Jun 2015 Akademi KoSahabat, Kem Seri Keluang, Jalan Bukit Keluang, 22200 Besut, Terengganu +6011 – 5220 1917 kosahabat.koop@gmail.com / nazrul.kosahabat@gmail.com @koopsahabat
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease