16 ANGKASA
DISEMBER 2021
CoopCare ANGKASA Santuni Petugas Barisan Hadapan Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Sebanyak 100 pek sumbangan barangan keperluan asas berjumlah RM5,000 diagihkan kepada petugas pengurusan sisa pepejal Alam Flora di Kuala Lumpur, pada 8 Disember 2021 melalui Program CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19. Sumbangan menerusi Projek Barangan Asas (BA 100) disampaikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah ini adalah bertujuan menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dalam suasana pandemik yang mencabar ini. Turut hadir dalam program berkenaan ialah Pengurus Besar Modal Insan & Aset Alam Flora Sdn. Bhd, Encik Sahrani Kasim; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain bersama anggota JPAN Wilayah Persekutuan dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. ANGKASA meneruskan inisiatif Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) di bawah payung CoopCare dengan menghulurkan sumbangan kepada ahli Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Putrajaya yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Penyerahan 50 pek sumbangan barang keperluan harian yang bernilai RM2,500 itu berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz di Kelana Jaya dan disempurnakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah. Serahan tersebut diserahkan kepada Yang Dipertua PERDASAMA Putrajaya, Dato' Sri Haji Mustafa Ali.
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota tentera sebagai petugas barisan hadapan negara, sebanyak 200 pek Barangan Asas (BA100) bernilai RM10,000 disumbangkan menerusi Program CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19 bertempat di Wisma Koperasi Tentera, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, pada 10 Disember 2021. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah telah menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pengerusi Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, Mejar Jeneral Bersara Dato' Zulkiflee Mazlan. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, PW 1 Meor Mohd Faizul Abdul Karim; Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, Encik Mohd Ghazali Abbas; Ketua Pegawai Operasi Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, Encik Mohamad Khairul Anuar Mohamad; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA (JPAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease