WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2021

17 ANGKASA penutup ‘Kursus Pemantapan Integriti, Pemimpin Berkualiti’ di Pulau Pinang pada 25 November 2021. Program selama tiga hari bermula 23 November 2021 itu dihadiri oleh wakil-wakil koperasi daripada kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Terbaik Negeri Perlis Tahun 2020. Sebanyak lapan kertas kerja dibentangkan oleh penceramah jemputan bertajuk ‘SKM Dalam Gerakan Koperasi Negeri Perlis’ dan ‘Kriteria Menjadi Koperasi Terbaik di Negeri Perlis’ yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah SKM, Encik Arif Asyraf Mohammed Khalim; ‘Sistem Kawalan Dalaman Koperasi’ oleh Timbalan Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara, Hajah Yusnita Othman dan ‘Kajian Kes Koperasi: Suatu Peringatan dan Tauladan’ oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyiasatan & Penguatkusaan SKM, Encik Mohd Fadzli Mat Lahim. Selain itu, kertas kerja bertajuk ‘Kedudukan dan Jawatan Mengaburi Mata: Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa’ disampaikan oleh Ketua Seksyen Outreach, Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, Encik Ab. Muniem Ibrahim; ‘Khianat Kepada Amanah Menghancurkan Ummah’ oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; ‘Sejauh Mana Integriti Pemimpin Koperasi Dalam Koperasi’ oleh Penolong Pengarah Seksyen Latihan, Institut Integriti Malaysia (IIM), Encik Fazly Noordin dan ‘Pembangunan dan Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Dalam Koperasi’ oleh Penolong Pengurus Unit Integriti, Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti, ANGKASA, Encik Mohd Hithir Ariffin. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis, Haji Sahimi Shari dan Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman.

DISEMBER 2021

Pembudayaan Integriti Jamin Perkhidmatan Berkualiti

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Dato’ Dr. Abdul Fattah bergambar bersama peserta program.

ANGKASA usaha memerangi rasuah, memperbaiki integriti dan melaksanakan tadbir urus yang baik dalam sektor koperasi dan usaha ini akan terus diperkasa dan diberi keutamaan di peringkat ANGKASA Pusat, ANGKASA Negeri, anak syarikat dan seluruh gerakan koperasi. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Or­ komited dalam ganization (ACO), Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, pembudayaan integriti dalam kalangan warga koperasi

menjadi asas terhadap pemupukan nilai- nilai koperasi dan perkhidmatan yang berkualiti kepada anggota koperasi serta masyarakat. Katanya, tadbir urus yang berintegriti menjamin kecekapan dan keberkesanan fungsi serta peranan sesebuah koperasi mengikut perancangan. “Sekiranya anggota dan kakitangan berintegriti tinggi, maka secara langsung integriti organisasi juga meningkat seterusnya akan mewujudkan persekitaran yang kondusif ke arah

pembudayaan nilai integriti dalam koperasi. “Justeru, ANGKASA memandang serius terhadap usaha memerangi gejala rasuah dalam gerakan koperasi dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai rakan strategik ANGKASA dan agensi berkaitan dalam mengatur program pencegahan rasuah dan integriti secara berterusan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian

ANGKASA Selaras Sumbang Tudung melalui CAMWA

Penyerahan tudung di Kemboja.

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

penyerahan 4,900 helai tudung itu kepada penduduk kampung yang terlibat. Beliau dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi peng­ hargaan dan terima kasih kepada pihak ANGKASA dan koperasi di Malaysia yang telah menjayakan agenda membantu masyarakat Islam di Kemboja menerusi sumbangan tersebut. Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Thbeng Tmkem di Daerah Kandiang; Kampung Krang Thom di Daerah Osandan;

Kampung dan Rolang Knoi di Daerah Kandeng serta Kampung Kandal di Daerah Kandeng, Wilayah Pursat. Rolang Teng Program penyerahan tudung anjuran Bahagian Wanita dan Komuniti ANGKASA dengan Kerjasama CAMWA dan Kemboja Network itu mula disusun dan dilaksanakan pengagihannya secara berperingkat selepas produk tersebut diterima oleh pihak CAMWA pada 19 September 2021 melalui pengangkutan laut.

Sebelum ini, pihak ANGKASA melalui Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan & Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki telah pun menghantar sebanyak 150 buah kotak bersamaan 20 ribu helai tudung melalui pengangkutan udara kenegaraberkenaan.Programserahan kali pertama itu telah disempurnakan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan di dua buah kampung termasuk sekolah sekitar Phnom Penh pada 14 hingga 17 Mac 2018.

Seramai 665 wakil komuniti Islam Kemboja telah menerima tudung dan lain-lain kelengkapan am sumbangan anggota koperasi yang diselaraskan oleh ANGKASA dalam satu majlis serahan anjuran Persatuan Wanita Islam Kemboja (CAMWA) di beberapa perkampungan Islam negara berkenaan pada 11 dan 12 Disember 2021. Wakil kerajaan Kemboja, Leftenan Jeneral Ya Ei telah hadir bagi menyempurnakan majlis

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease