WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2021

3 ANGKASA

DISEMBER 2021

Ini merupakan isu-isu yang perlu diberi perhatian dan saya berharap dengan adanya ekosistem kredit koperasi, masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya. Terdahulu, Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, fokus utama mini konvensyen ini diadakan adalah untuk memperkasakan tadbir urus pembiayaan koperasi melalui ekosistem kredit koperasi. Program yang dibangunkan oleh Sektor Kewangan ANGKASA itu katanya dapat membantu memperkukuh jaringan koperasi kredit di peringkat nasional supaya koperasi kredit lebih berdaya maju. Di samping itu juga, program itu dapat menjadi platform bagi koperasi kredit untuk mendapatkan informasi terkini tentang sumber dana daripada penyedia dana.

Gimik Perasmian Mini Konvensyen Ekosistem Kredit Koperasi 2021. Perasmian Mini Konvensyen Ekosistem Kredit Koperasi 2021.

Sebahagian peserta yang hadir.

perniagaan untuk mendapatkan modal kerja melalui pakej-pakej yang ditawarkan. Sehingga kini, sebanyak RM566.88 juta pembiayaan telah diluluskan,” jelasnya. ANGKASA juga kini sedang giat mengorak langkah untuk membudayakan ekosistem ini kepada koperasi kredit seluruh negara secara keseluruhannya. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan

Koperasi, Tuan Muslimin Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Mohamad Radhi Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Barisan Anggota Lembaga ANGKASA; Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Datuk Abd Rani Lebai

Jaafar; CoopBank Pertama Malaysia Berhad, Datuk Baharom Embi; Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

“Jika dilihat dari segi fungsi, sektor kewangan dan kredit merupakan penyumbang terbesar kepada perolehan koperasi di neagra ini iaitu sebanyak lebih 87 peratus. Justeru, bagi memperkasakan lagi sektor ini, ANGKASA telah mewujudkan rantaian ekosistem koperasi kredit melalui kemudahan atau perkhidmatan Program Rangsangan Modal yang menyediakan platform kepada koperasi berlatarbelakangkan

Dari Meja Presiden

konsortium koperasi, banyak lagi program baharu yang sedang disusun bagi menyeimbangkan tuntutan dan keperluan semasa. Semuanya mengikut acuan dan landasan yang rapi bagi memastikan perjalanannya kelak menepati keperluan pasaran dan memberi impak yang lebih positif kepada sektor perniagaan koperasi. Usaha ini juga dilihat seiring dengan salah satu matlamat yang terkandung melalui Dasar Keusahawanan Nasional iaitu meningkatkan kapasiti dan keupayaan koperasi dalam sektor ekonomi utama melalui perluasan akses kepada program, bantuan dan peluang perniagaan setara dengan PKS. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh koperasi ahli ANGKASA yang sentiasa bersama mengukuhkan rantaian perniagaan koperasi secara berjemaah. Semoga tahun 2022 memberi cahaya yang lebih gemilang kepada gerakan koperasi.

Transformasi dan pembaharuan dalam sektor perniagaan masa kini sebenarnya telah banyak mempengaruhi landskap dan pencapaian ekonomi gerakan koperasi. Segala usaha yang dijalankan adalah demi kelangsungan sosioekonomi anggota selain meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap fungsi utama penubuhan koperasi itu sendiri. ANGKASA sememangnya banyak memainkan peranan secara signifikan sejak mula ditubuhkan 50 tahun lalu dalam usaha untuk memartabatkan ekonomi koperasi melalui perniagaan yang dijalankan. Sesuai dengan misinya untuk menjadi pemangkin kecemerlangan sosioekonomi gerakan koperasi ke arah globalisasi, antara yang mahu ditekankan adalah mentransformasi landskap ekonomi koperasi selaras dengan perkembangan inovasi dan teknologi. Selain menerapkan pelbagai aspek tadbir urus seperti khidmat bimbingan dan latihan, program rangsangan dan pembangunan perniagaan koperasi dan pemerkasaan aktiviti perniagaan

Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease